Tak puas dibiar tergantung

>> Selasa, Mac 10, 2009

Masjid Syaidina Ali Kampung Padang Balang, malam tadi ada ceramah maulidul rasul. Penceramah merupakan pensyarah berkelulusan Dr dari UIA itu berkata sekiranya kamu berpecah belah kembali kepada Quran dan sunnah rasulnya.
Sebenarnya banyak saya menghadiri ceramah agama tetapi tidak puas kerana rumusan tersebut dibiar tergantung tidak dijelas mengikut kesesuaian semasa supaya pendengar lebih memahami.
Bila disebut sekiranya bertelingkah da berpecah kembali pada kita Allah dan rasul. Ini ungkapan dan nas umum.
Tetapi apa gunanya ulama kalau setakat memberi tahu secara umum nas tersebut tetapi tidak mampu menjelaskan mana satu pihak yang bertelagah itu itu betul.
Atau kedua-duanya tidak betul. Atau keduanya betul. Mana satu yang betul? Ini lah tugas ulama untuk menerangkan nas tersebut secara jelas kepada umat Islam.
Jangan selindung kalau ada piahk yang betul kita kena jelas pihak itu betul dan jika pihak itu silap lari daripada landasan kebenaran Islam maka kita kena jelas pihak itu sudah menyeleweng. Ini tugas ulama menjelaskan kesamaran. Menjelaskan kekeliruan. Jangan jadikan umat Islam tambah keliru.
Kenapa perlu berselindung sedangkan kita kata ulama itu pewaris nabi. Pewaris nabi mesti sanggup menyampai kebenaran walaupun nyawa terancam, kedudukan dan harta terancam.
Kena jujur, amanah dan ikhlas.
Sebab itu lah umat Islam banyak mana sekalipun mendengar ceramah agama baik di tv, radio ke apa makin tidak bila hendak disesuaikan dengan semasa. Dengan keadaan hidup sekarang.
Jika ada pihak yang menyeleweng mesti ada pihak yang bawa kebenaran. Siapa pihak kebenaran? Pihak yang mengikut kitab Allah dan sunnah nabinya.
Siapa yang ikut kitab Allah dan sunnah nabinya? Inilah yang kena ulama jelas secara berterus terang. Jangan biarkan tergantung. Nanti tidak puas dan makin celaru. Pening naik ke kepala dibuatnya.
Ulama tidak perlu terikut dengan hujan politik kepartian tidak boleh bawa masuk masjid. Ini hujah orang gila. Hujah orang yang rasa dirinya tidak betul. Kenapa tidak boleh bincang politik kepartian alam masjid? Kenapa?

Ulama

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP