Rahmat adik Nik Nur Madihah dan keaiban kerajaan PAS Kelantan

>> Khamis, Mac 19, 2009

Sebaik berita kejayaan diraih adik Nik Nur Madihah menyelusup segenap negara maka terpampang kesengsaraan keluarga tersebut selama ini.
Pelik dan ajaibnya kenapa kemiskinan mereka tidak terhidu oleh ketua kampung dan jawatankuasanya.
Sebab itu kalau PAS mahu selamat memerintah harus memastikan kakitangan mereka diperingkat kampung bekerja dengan cekap.
Terutama keadaan ekonomi yang menyebabkan makin ramai rakyat hilang kerja dan pendapatan maka kakitangan kerajaan PAS peringkat kampung dan pegawai zakat mesti bertukus lumus mengenal pasti mereka yang hilang pendapatan dan hidup kesengsaraan.
Mereka ini layak mendapatkan zakat kerana jatuh miskin secara tiba-tiba. Ini bukan soal malah kerja tetapi harus difahami keadaan ekonomi itu menyebabkan mereka miskin.
Seperti zaman kejatuhan ekonomi dizaman Khalifah Umar al-Kattab. Sebab itu Umar bila dihidangkan bahagian daging yang enak kepadanya maka beliau berkata: "Celaka aku sebagai pemimpin makan enak sedangkan rakyat aku ramai yang tidak makan."
Nabi saw memastikan jiran beliau tidak kelaparan sebelum beliau makan. Ini menunjukkan sikap mengambil berat rakyatnya lebih penting daripada diri sendiri.
Kalau pemimpin Islam sekarang mereka kena pastikan rakyat mereka ada kerja dan jangan sampai berlaku sebagaimana ayah kepada Nik Nur Madihah.
Ayah Madihah diberkati Allah dengan adanya Madihah tetapi bagaimana nasib rakyat kita yang lain.
Sikap tidak penting diri sendiri inilah kejayaan besar pemimpin Islam kerana sikap ini orang miskin terselamat dalam negara Islam.
Kita harus wujudkan sebuah kerajaan yang mencintai orang miskin sebagaimana Nabi saw sayang kepada orang miskin dan anak yatim. Jangan hina dan aniaya orang miskin dan anak yatim kerana aku daripada yang sama, kata Nabi saw.
Bagilah zakat itu kepada fakir miskin dan orang yang tidak meminta kerana ada hak baginya.
Ulama mentafsirkan orang fakir itu orang yang meminta-minta dan orang miskin itu ada orang yang tidak meminta tetapi dia layak mendapat zakat. Sebagaimana bapa kepada Madihah.
Beliau cukup bermaruah dan tidak meminta-minta walaupun kewangan tidak mencukupi malah sewa rumah tertunggak tetapi menjadi tanggungjawab pusat zakat mengenal pasti mereka ini untuk diberi zakat.
Jika tidak jawablah kamu diakhirat esok

1 comments:

Vogue 24 Mac 2009 pada 4:41 PTG  

Salam, minta perbetulkan ulasan Adnan berkaitan Maidhah ni. Madihah sendiri mengaku bahawa keluarganya sendiri bukan dari golongan yang meminta-minta untuk diberi zakat walaupun layak. Harap buat penyelidikan teliti sebelum keluarkan kenyataan ok...

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP