Sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapat maklumat kehadiran yang begitu ramai dalam demontrasi PPSMI yang berhimpun di Masjid Negara berarak menuju Istana Negara.
Perhimpunan dan perarakan itu dikatakan hampir menyamai jumlah kehadiran demontrasi Bersih September tahun lalu.
Ini memeranjatkan Umno yang menjangka kehadiran tidak ramai kerana ia bukan ditangani orang politik.
Sebaliknya jangkaan Umno itu meleset dan para pejuang bahasa membuktikan bahawa ramai rakyat sebenarnya yang membantah PPSMI.
Akhirnya Pak Lah membuat kenyataan berikut di Bernama klik di sini dan Menteri Pelajaran, Dauk Hishamuddin Husein Onn, mula mahu mengkaji. Tetapi katanya kenapa sudah enam baru sekrang mahu bantah.
Kita ingatkan 6 tahun belum lama bagi 100 tahun akan datang. Bahasa bukan untuk setahun dua tetapi bagi budaya dan identiti Melayu masyarakat akan datang.
Pejuang bahasa sudah puas merayu secara formal dan tak formal malah secara peribadi dengan menteri-menteri. Pejuang bahasa ini bukan orang asing bagi menteri.
Mereka boleh bawa bincang tetapi seperti kata Prof A Samad Said mereka lidah bercabang dua dan bertelinga satu.
Mungkin juga bertelinga bocor. Mereka dengar tetapi hilang begitu sahaja.
Oleh yang demikian sebelum sampai 10 tahun patut lah kita turun berdemontrasi.
-
0 comments:
Catat Ulasan