Setiap kali menjelang pilihan raya umum atau kecil, Umno kebiasaannya meluluskan beberapa projek kecil namun begitu ia bernilai tinggi mungkin jutaan ringgit.
Projek ini diistilahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sebagai projek `mee segera'.
Dia yang buat dia yang bagi istilah. Kita ketawa je la.
Namun begitu PAS kena berhati-hati kerana ia menandakan sebenarnya Umno mengubah strategi daripada memberi wang kepada kontraktor buat jalan atau projek kecil lain supaya rakyat melihat ada pembangunan tetapi kali ini Umno memastikan wang itu diubah haluan.
Akibat daripada kegagalan dua pilihan raya dan pakatan rakyat hampir membuat hitrik maka wang yang diubah haluan boleh digunakan secara langsung untuk membeli undi.
Ini bermakna kalau sebelum ini pengundi dapat rm50 dalam buku kecil surah yasin tetapi kali ini ia berlipat kali ganda.
Mafia dan gengster turut menambah pendapatan. Makin banyak kacau, makin banyak tumbuk dan lanyak orang pakatan rakyat makin besar dapat habuan.
Ini makin bertambah menjadi gila-gila puak-puak ini.
Apa yang pastinya pengundi Bukit Gantang mungkin mendapat rm1,000 dan bonus jika Umno menang.
Bonus tu mungkin boleh tipu sebab Umno biasanya memang kaki tipu. Dulu sebelum pilihan raya umum kata minyak tidak naik tetapi selepas sahaja pilihan raya umum melambung minyak naik.
Akhirnya ia membawa kemusnahan ekonomi negara. Semua barang naik dan tidak turun-turun walaupun minyak sudah turun.
RM1,000 bagi satu pengundi cukup lumayan dan mungkin makin besar bila mampu membawa dua tiga orang kawan yang boleh undi Umno.
Ini macam jualan langsung la tu. Pemberian secara langsung mungkin di masjid, ke rumah dan lain-lain boleh mengaunarkan pengundi.
Keadaan ini cukup berbahaya bagi PAS kecuali pengundi tetap cerdik malah kalau yang bermaruah boleh tangkap pemberi rasuah dalam pilihan raya kecil kali ini.
-
0 comments:
Catat Ulasan