Selangkah lagi empayar Mahathir berleluasa

>> Jumaat, Mac 20, 2009

Sebaik jatuh Abdullah Ahmad Badawi maka berleluasa kembali kekuasaan dinasti Mahathir. Susun atur Mahathir kali ini cukup terancang memastikan keluarga kembali berkuasa di Malaysia.
Nama Khairy Jamaluddin sudah tercemar dan Mohamad Khir Toyo pun disabitkan sama memberi erti ruang yang cukup selesa untuk Mukhriz jadi Ketua Pemuda.
Walaupun Mukhriz kalah dalam pertandingan ketua pemuda Umno bukan bererti kekuasaan tidak boleh direbut kembali.
Mukhriz boleh bertanding Naib Presiden untuk masa akan datang dan ketika itu kuasanya sudah mula terasa dalam Umno.
Bila Najib menjadi Perdana Menteri memudahkan Mahathir mengatur atau Mou bagaimana kuasa eksekutif kembali kepada keluarganya.
Hishamuddin tidak akan sempat menjadi Perdana Menteri atau sekadar merasa tapuk tersebut untuk seketika sebagaimana bapanya Tun Hussein Onn yang akhirnya menyerah kepada keluarga Mahathir.
Bagi Mahathir menguasai pemerintahan Najib lebih mudah daripada Abdullah. Maka apa yang dikecapi Lee Kuan Yu di Singapura, boleh dirasai sama oleh Mahathir. Memang pun.
Umno sekarang pun cukup celaru. Dengan jawatankuasa disiplinnya dan rasuah yang sudah tidak terkawal.
Undang-undang rasuah untuk dikenakan kepada ahli bawah bukan ahli atasan, kata Tengku Razaliegh Hamzah.
Sama undang-undang orang Yahudi. Sesama Yahudi selamat tetapi lain daripada Yahudi, maut, memang kena hukum punya.
Undang-undang yang menghancur kekuasaan Yahudi sendiri tetapi sekarang sedang diikut rapat oleh Umno dan kerajaan Umno.
Yang pelik lagi Mahathir bukan ahli Umno tetapi memandai-mandai mahu Abdullah undur cepat.
Bila Zaid Ibrahim komen Sultan jangan serah PM kepada Najib, melenting sakan orang tua tu marahkan Zaid.
Kalau sebelum ini komen beliau tentang rampasan kuasa di Perak boleh dikatakan konsisten tanpa berat tetapi tidak untuk ini.
Malah boleh diingatkan Agong jangan baca surat orang bodoh untuk memberi gambaran boleh terikut bodoh baca surat orang bodoh.
Kalau ikut kata Tan Sri Isa Samad, bukan beliau seorang sahaja yang terlibat dengan politik wang tetapi saya dikambing hitamkan.
Ini sama dengan Ali Rustam walaupun Ali tidak mengaku dikambing hitamkan. Tetapi yang jelasnya Mahathir yang bukan ahli Umno sudah atur dan nyatakan orang nombor dua itu.
Mahyuddin pun orang yang boleh ditambat hidung tidak menjadi masalah kepada Mahathir tetapi Mahyuddin tidak sedar yang dia tidak akan dapat jadi PM.
Pasal tu Mahathir cukup bimbang kekuasaan beralih kepada Tengku Razaliegh, Dr Rais Yatim, Shahril Samad kerana orang ini baik dalam Umno.
Mereka ni boleh dikatakan bersih tetapi orang Umno tak suka bersih kerana tak dapat duit.
Inilah kehancuran Umno orang bawah dilarang rasuah, pemimpin tak apa. Pandai la buat. Jangan mengaku. Nasib tak baik Ali Rustam guna pegawainya dan tu mengaku pulak.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP