Baik Umno dan pakatan rakyat masing-masing menjadikan filem laksamana do re mi yang mengisahkan raja kerajaan paisr dua butir bersidang bawah pokok sebagai kiasan dengan apa yang berlaku di Perak apabila speaker mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok.
Kata Tan Sri Isa Samad bekas menteri besar negeri sembilan, apa yang diramal P Ramlee berlaku sekarang. bersidang bawah pokok.
Begitu juga dalam blog pro Umno turut membangkit cerita dan sindiran yang sama. Tetapi sedarkah mereka kenapa kerajaan pasir dua butir yang mempunyai tamadun itu terpaksa bersidang bawah pokok.
Ini tidak lain tidak bukan kerana angkara menteri Pasola. nama menteri ini pun juga wujud pada sebuah motorsikal yahama.
Menteri pasola telah bertindak ganas umpama mafia memusnah kerajaan pasir dua butir sehingga terpaksa kerajaan tersebut bersidang bawah pokok.
P Ramlee mereka cerita itu bukan saja-saja tetapi kerana adanya kejahatan menyebabkan kerajaan itu bersidang bawah pokok.
Jadi jika nak dikaitkan dengan Perak memang jelas siapa yang menghalang sidang Dun dan bertindak seperti menteri pasola seumpama mafia tanpa peraturan dan undang-undang.
Oleh kerajaan adanya orang seumpama menteri pasola maka terpaksalah speaker Dun Perak mengadakan sidang bawah pokok.
Kalau Umno mahu sindir pun tengok jalan ceritanya. Akhirnya makan diri sendiri.
-
0 comments:
Catat Ulasan