Namun begitu mengikut sejarah PAS pernah berunding dengan Umno zaman Dato' Asri sebagai Yang Dipertua PAS dahulu.
Ketika itulah PAS menyertai kerajaan perikatan. Kalau tidak silap, pembangkang di Semenanjung ketika itu hanya tinggal Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dan DAP.
Kali ini ada pandangan pula meminta parti politik terlibat dalam masalah di Perak supaya berunding.
Soalnya sediakah mereka ini berunding. Atau apa kata buat permulaan adakan dailog antara Nizar dengan Zambry. Ini Hujah TV9 mesti suka.
PAS pernah kemukakan isu kerajaan campuran. Bagaimana pelaksanaannya perlu ada perundingan tetapi sampai sekarang tidak ada respon daripada Umno.
Kita rasa isu perundingan. Rasanya Umno memang tidak mahu. Sejak dari dulu lagi bila timbul isu kafir mengkafir yang didakwa memecah perpaduan umat Islam.
PAS mahu diadakan muzakarah dengan Umno pada tahun 1986 bagi mencari jalan penyelesaian isu tersebut.
Sebaliknya Umno menggunakan penyimpan mohor diraja untuk membatalkan debat yang telah menjadi isu besar ketika itu.
Jadi sejarahnya memang Umno tidak berani bersemuka. Tidak bersedia untuk berbincang. Sebab itu banyak perkara tidak dapat selesai secara musyawarah.
Banyak isu terbiar tergantung yang akhir rakyat sendiri buat keputusan.
Bila rakyat buat keputusan akibatnya Umno terpaksa terima padahnya.
-
0 comments:
Catat Ulasan