NGO berkait kerajaan sering mengadakan seminar tentang bahasa Melayu bahkan hingga ke Sarawak kerana kata mereka bahasa Melayu telah berjaya menyatukan banyak suku kaum di negeri tersebut.
Hebat lah tu tetapi mereka lupa bahasa Melayu sudah mula hilang bertuturan oleh masyarakat perniaga terutama golongan elit di negara kita. Mereka lebih senang dan bergaya berbahasa Ienggeris.
Bahasa Melayu tidak lagi menjadi penyatu kepada masyarakat golongan tersebut sebaliknya ia hanya bahasa bagi rakyat kampung, orang Melayu, Cina dan India di kampung.
Inilah yang berlaku kepada pemerintahan Umno. Apa hebatnya Umno semua bawa kemusnahan tetapi orang Melayu kita terutama di kampung tertipu. Media yang agungkan Umno juga menuduh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa tetapi yang menghancurkan bahasa Melayu ialah pemerintah Umno menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar Matematik dan Sains.
Ceramah pilihan raya kecil Bagan Pinang turut tidak ketinggalan oleh pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Beliau tidak jemu dan letih tetap turun berkempen di ceramah PAS supaya dikembalikan bahasa Melayu dalam dua matapelajaran tersebut.
Malam tadi beliau berceramah di Taman Desa Rusa, katanya perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara.
Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama - sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu.
Bagaimanapun, usaha memansuhkan akta itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu.
Beliau yang lebih dikenali khalayak sebagai Pak Samad berharap kempen GMP kali ini akan memberi impak yang lebih besar dalam kalangan rakyat.
Beliau juga berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengetuai Kementerian Pelajaran agar kembali meletakkan bahasa Ibunda (bahasa Melayu) pada luhur perlembagaan.
0 comments:
Catat Ulasan