Bagan Pinang: Umno mula terdesak mahu takutkan petugas PAS

>> Khamis, Oktober 08, 2009

Sahabat saya seorang kontraktor dari Dungun berkata pilihan raya kecil Bagan Pinang ni tak seronok sebab sunyi. Maksudnya mungkin tidak ada kekecohan. Bila tidak ada kekecohan bermakna Umno menang selesa.

Sebaliknya bila ada pergaduhan bermakna Umno sedang nazak. Andaian beliau yang jugas bekas keselamatan PAS Kawasan Dungun mungkin ada kebenaran melihat perkembangan pilihan raya kecil sebelum ini yang sering tegang.

Namun sejak akhir-akhir berkempen ini mula kedengaran keganasan pemuda Umno menumbuk dan mencederakan pemuda PAS. Mungkin sahlah calon BN, Tan Sri Isa Samad sedang nazak menghadapi calon PAS.

Pemuda PAS membuat kenyataan akhbar pagi tadi meminta lebih ramai pemuda ke Bagan Pinang bagi menjaga keselamatan petugas PAS disamping mengelak keganasan melampau puak tak reti baso.

Ketua Pemuda PAS memberitahu lebih 100 orang serang 40 pemuda PAS di markaz induk pemuda PAS di Bagan Pinang. Ada pemuda PAS yang dihambat sampai ke rumah.

Peristiwa perang Badar kafir Qhurais 1,000 orang dan pejuang Islam 300 orang. Pejuang Islam terus hadap dan bawa kemenangan kepada Islam.

Kalau kita tunjuk takut orang makin berani buat hal keatas kita. Yang peliknya keganasan Umno ini telah ditunjukkan ditempat lain seperti di Taman Abdul Samad dalam upu kampung Bagan Pinang tetapi kenapa tidak kerahkan keselamatan selepas peristiwa itu.

Tuan besar kita yang duduk tu pun takut nak hadapi Umno. Kita harap pemuda jaga nama baik pejuang Islam. Pemuda kena hebat dan menghidu pergerakan musuh yang mahu menyerang kita. Kemana pergi risikan keselamatan pemuda?

Provokasi...provoksi juga tetapi jangan sampai maruah pejuang Islam dilihat lembik. Nama Islam kena jaga. Dalam ceramah kita pun berdegar-degar mencabar tetapi bila sampai bak ni kita hilang tumpuan. Apakah kita mahu berjuang secara selesa?

Ramai pemimpin pas ada ketika itu tapi mengambil jalan yg tak mahu mengeruh kan lagi keadaan....samseng umno nie bukan boleh buat berbincang,dia jer yang betul....

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP