Kenapa pendapat Aziz Bari sorang, kita perlu ada EGM, tunggu laporan penuh

>> Sabtu, Oktober 24, 2009

Tulisan Aziz Bari termasuk dalam post morten mengenai kekalahan PAS di pilihan raya kecil Bagan Pinang dan itu adalah pendapat beliau, mengapa pemimpin PAS perlu melenting malah ada pula sampai mencadangkan ada muktamar khas?

Jawatankuasa yang dilantik oleh PAS untuk mengkaji kekalahan PAS boleh mencari punca besar yang menyebabkan kekalahan PAS di Bagan Pinang. Pendapat Aziz Bari boleh dimasukkan dalam kajian tersebut.

Ustaz Idris dan Tok Guru Nik Aziz tidak perlu melenting atau kalau orang nak istilah mengamuk pun boleh gunalah.

Kita tunggu laporan penuh jawatankuasa yagn dilantik PAS. Selepas itu kalau nak adakan EGM pun buat. Pasal kita mahu cari yang terbaik tetapi bukan hanya kerana pendapat Aziz Bari sorang kita terus ada EGM.

Aziz Bari pernah kritik BN dalam isu di Perak dan lain-lain tetapi BN tidak melenting dan berkocak pun sebaliknya pemimpin PAS boleh geger habis.

Kita setuju pendapat Aziz tetapi apakah pandangan beliau itu merupakan punca utama kekalahan PAS di Bagan Pinang. Kita tunggu laporan penuh jawatankuasa post morten yang diketuai Haji Mohamad Sabu. Selepas itu bolehlah kita mengamuk sama ada mahu adakan EGM atau tidak?

Tetapi satu perkara yang perlu kita kritik kepada Aziz Bari ialah beliau tidak boleh tentukan siapa pemimpin PAS selepas menjatuhkan Tok Guru Abdul Hadi. Kalau itu pandangan beliau, tidak mengapa tetapi kalau beliau yang berhasrat menentukan siapa pemimpin PAS memang beliau tidak patut.

Terpulang kepada perwakilan PAS mahu melantik siapa pemimpin sama ada mahu jatuhkan group Tok Guru Abdul Hadi. Mustafa Ali hanya tumpang tuah Tok Guru Abdul Hadi. Ustaz Nasharudin yang ikut terpias terpaksalah terima hakikat. Dr Hasan Ali yang dikata bawa punca terimalah padah.

Seperkara yang perlu dingat seperti mana pandangan Ustaz Idris ketika mengkritik balik tulisan Aziz Bari juga boleh diambil kira kerana kita melihat PAS bukan semata parti politik. Ia juga gerakan Islam. Kalau semata parti politik saya pun tak hingin... selamat tinggallah PAS tetapi kerana ia kepentingan Islam maka selesa lagi saya di sini.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP