Malam tadi jumpa kawan sembang bermula di restoran Ali Bistro pindah ke kedai Pak Ya di Setiawangsa. Tak puas hati lagi sambung borak kat kedai tom yam milik orang Kelantan di AU3, Keramat.
Banyak cakap hal politik tetapi dalam dok sembang di kedai Pak Ya tiba-tiba saya terkejut dengar orang sorak. Saya perhati sekeliling apa yang mereka sorak? Ohh rupanya bola kat screen besar. Mulanya saya ingat mereka sorak orang lalu lalang. Sangkaan saya melesat.
Lepas tu tengok orang dok syok sangat tengok bola jadi kami rasa lebih baik belah sebab dah lama lepat kat situ nanti tak ada tempat kaki bola nak dok.
Pindah pulak kat Keramat. Sekali lagi tengok dok lepak, dengar pulak riuh rendah dok sorak. Saya perhati kat TV dan ada kawan baru datang lepak beritahu Manchester United lawan Liverpol. Patutlah Malaysia ni kan ramai taksud MU macam taksud Tok Guru juga tu. He he he ada sikit merapu tapi kalu nak tahu cerita taksud tu nanti saya tulis lepas ni la.
LONDON 26 Okt. – Liverpool menceriakan kembali musimnya yang suram apabila membenam musuh tradisi dan penyandang juara, Manchester United 2-0 dalam aksi panas bola sepak Liga Perdana England (EPL) yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain semalam.
Bintang penyerang Liverpool, Fernando Torres membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-65, sebelum penggantinya, David Ngog menambah gol kedua ketika saingan tinggal beberapa saat untuk ditamatkan.
Selepas kalah dalam empat perlawanan berturut-turut, Liverpool berhak mengutip tiga mata penuh selepas mengawal permainan sejak awal saingan malah beroleh banyak peluang.He he he tak pa siar bola pasal MB Kedah minat politik bola...
0 comments:
Catat Ulasan