Golongan pembohong memang tidak takut guna nama Allah

>> Rabu, Oktober 07, 2009

Polis diminta segerakan siasatan laporan polis Azeez dan ramai yang boleh menjadi saksi bahawa Azeez adalah pembohong.

Sahabat saya Rosli memberitahu sebaik sahaja habis perhimpunan dan orang ramai mula mahu pulang, seorang pegawai polis yang berada di situ mengucapakan terima kasih kerana orang ramai memberi kerjasama kepada pihak keselamatan dan tidak berlaku berkara yang tidak diingini.

Jadi pihak polis yang ramai berada mengawal keadaan itu tidak tahu sembilan orang yang pukul Azeez tu. Kalau sembilan orang yang pukul tentu ramai lagi yang akan kerumun beliau. Jadi itu sudah tentu jadi peristiwa besar kerana beliau melalui kawasan orang ramai.

Tidak tahu la kalau jin yang pukul beliau. Kita harap benar pihak polis segerakan siasatan kerana beliau telah membuat laporan palsu. Tipu doktor dan jururawat.

Kami ramai saksi dan boleh tolong pihak polis untuk sumbat beliau dalam jel untuk tahan reman.

KUALA LUMPUR- “Pas tidak perlu hantar isyarat menyuruh saya memohon maaf kononnya saya berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa penyokong Pas memukul saya,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tiga keping gambar yang tersebar di banyak laman sesawang menunjukkan beliau tidak dipukul, ditumbuk dan ditendang seperti yang didakwa.

Azeez yang dibenarkan keluar daripada Hopital Kuala Lumpur semalam setelah mendapat rawatan akibat kecederaan yang dialami berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan menahan mereka yang terlibat dalam kes tersebut.

“Kalau bukan mereka siapa lagi? Saya pasti mereka yang memukul dan terajang belakang saya adalah penyokong-penyokong Pas, berdasarkan pakaian mereka. Saya serah kepada Allah untuk menentukan siapa benar dan siapa salah,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP