Siapa yang bangkit isu kerajaan perpaduan sedangkan telah diputuskan tutup

>> Rabu, Oktober 28, 2009

Saya sebenar tidak mahu membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang telah diputuskan oleh PAS telah ditutup. Ia sepatutnya tidak lagi berbangkit. Jika ada pun pihak yang mahu bangkit bincang sahaja dalam jawatankuasa, kenapa perlu dibawa keluar parti tetapi kita pelik Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad masih membangkit perkara tersebut di media.

Sekiranya bukan ahli PAS yang membangkitkan perkara tersebut ia bukanlah perkara yang perlu digusar oleh PAS tetapi sekiranya dia ahli PAS bermakna ia telah melanggar disiplin parti dan keputusan parti. Mereka ini tidak mematuhi arahan pemimpin. Terpulang kepada parti untuk mengambil tindakan atau tidak.

Dalam soal melebel orang ini Presiden PAS versi Pak Lah bekas Perdana Menteri dahulu atau pro Umno atau pro pakatan rakyat perlu ada bukti. Dalam PAS bukan soal pro, bukan soal jawatan, bukan soal kebendaan tetapi ia adalah soal `tahaluh siyasi' iaitu berhubungan dengan pihak lain mengambil kira kepentingan Islam yang diutamakan. Tidak wujud mahu tuduh pemimpin ini pro Umno atau pro pr.

Pemimpin tertinggi perlu menghormati keputusan tutup kerajaan perpaduan tersebut kenapa perlu melenting diluar? Bawa sahaja perkara yang tidak puas hati kepada mesyuarat parti. Tok Guru Nik Abdul Aziz bukan orang lain dalam PAS. Beliau Mursyidul Am PAS satu jawatan tertinggi parti dan kuasa pemutus parti.

Jika ada perkara yang beliau tidak puas hati bawa sahaja kepada Majlis Syura PAS dan memanggil jawatankuasa PAS Pusat untuk memberi keterangan bagi mengatasi masalah berbangkit.

Sebaliknya prosuder itu tidak berlaku. Ia seolah ada agenda pihak tertentu. Kenapa kesalahan Dr Hasan Ali mahu dikaitkan dengan kerajaan perpaduan? Isu kerajaan perpaduan sudah ditutup dan kesalahan Dr Hasan adalah perkara yang lain dan hal dirinya sendiri.

Kalau mahu jatuhkan Hasan Ali, jatuhkan sahaja beliau? Atau apakah pihak yang mahu menjatuhkan Hasan Ali tidak akan berjaya kalau tidak membangkitkan isu kerajaan perpaduan. Pihak ini telah dikenal pasti rapat dengan orang Kelantan. Mungkin juga golongan ini merasakan sekiranya peluang untuk terus naik di Selangor tipis maka boleh melangsungkan membina kerjaya politik di Kelantan.

Jadi untuk meneruskan agenda itu maka mesti diteruskan guna isu kerajaan perpaduan, guna Mursyidul Am PAS. Bila Mursyidul Am melenting maka isu itu mesti hangat dibincangkan dalam media dan blog. Kaitkan sama orang yang boleh disalahkan iaitu Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang penting Hasan Ali jatuh.

Sebaliknya pihak ni tidak berani pula menjatuhkan Presiden sedangkan Abdul Aziz Bari mahu Presiden yang ditukar diganti dengan Ustaz Azizan Abdul Razak.

Bagi kita kalau mahu atur siapa layak pegang ni, jawatan ni takat bincang sama sama kawan bukan tulis di media. Sebalik Aziz ini sudah tersebar di media. Beliau menjalankan tugas melebihi tugas perwakilan PAS. Dah pandai atur pemimpin. Saya ingat perwakilan PAS pun tidak setuju. Apa kata perwakilan PAS?

Pihak ini tahu penulis blog boleh menghangatkan lagi isu tersebut. Jadi guna pemimpin tertentu supaya api tu boleh cetus. Bangkit kembali isu lama dan cerita lama, tambah hangat. Tambah lagi idea dan andaian sendiri maka bertambah panas.

Inilah kerja orang tidak berakhlak Islam. Tidak mengaji ilmu Islam bagaimana menghormati pemimpin. Kerja pihak ini mahu selamat politik mereka tanpa merujuk kaedah Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP