Siasat pemuda lilit kain merah di lengan dan berbaju orenge

>> Rabu, Oktober 14, 2009

Sekali tengok pemuda Umno ni masih bersekolah. Atau mungkin di hujung-hujung persekolahan atau usia awal peninggalan persekolahan.

Kalau betul mereka ini kesian sungguh pasal Umno sudah didik mereka ini jadi samseng. Mereka barangkali disuruh pakai kain lilit merah dilengan. Pemuda ini mendapat arahan dari Umno yang nampak berusia mengatur strategik supaya berlaku rusuhan.

Mereka inilah pencetus keganasan. Kalau mahu tuduh PAS yang baling batu rasa tiada orang Umno yang kena batu tetapi orang PAS sampai berdarah mulut kena batu. Kita ingat botol air meneral sahaja yang dibaling tetapi Umno ini betul-betul jahat batu dijadikan senjata baling kepada orang Melayu PAS. Sama bangsa tu, sama agama.... Gambar tu curi kat blog albanjari kalau dia nak marah-marah la...

Di Teluk Kemang sahaja bermacam cara mereka ini mahu mencetuskan keganasan. Nasib orang PAS tahan sabar kalau tidak agaknya dah bertempur.

Dalam orang PAS ramai pun dia orang masih cari pasal hendak bergaduh dengan orang PAS. Kalau orang PAS ramai tak turun di Bagan Pinang barang kali dah ada yang maut.

Tengok sahaja semasa orang PAS belum dikerahkan ke Bagan Pinang. Pemuda PAS diserang dengan parang hingga ke rumah. Orang PAS ditetak dengan parang. Orang ditumbuk dan dipukul.

Markaz Dewan Ulamak PAS belakang Masjid Bagan Pinang di kepung. Hebat sungguh orang Umno ni dalam bab bergaduh.

Sebaik orang PAS kena pukul maka ramai orang PAS dikerah turun ke Bagan Pinang. Maka rasa selamat sedikit petugas PAS tetapi dalam pada itu ada yang pemuda Umno mabuk yang mahu serang makaz upu di Teluk Kemang dekat batu enam setengah. Bila dia tengok ramai orang PAS dia tak berani.

Masa hari pengundi di Teluk Kemang kita pun hairan. Bila orang PAS kena pukul tak nampak pula muka polis tetapi bila orang PAS melawan bila kena tumbuk ada sahaja muncul polis. Dah orang PAS pun kena tahan sama.

Rasa tidak adil sungguh hidup ni bila dipermainkan Umno. Mereka berani pukul curi seperti sahabat kita dari Terengganu mahu dipukul dengan topi keledar tetapi tangan kawan kita sempat menahan kalau tidak bengang kepala.

Peliknya pemuda laut ni tiba-tiba muncul dikatakan bersembunyi dalam semak mahu cari peluang pukul orang PAS. Lepas pukul lari. Orang PAS kejar lepas tu polis pun datang la campur tangan.

Pemuda Umno yang pakai lilit kain merah dilengan ni pula sengaja pusing melalui kawasan orang PAS. Dengan jumlah yang ramai mereka sengaja buat kecoh tempat PAS supaya berlaku pergaduhan tetapi biasa masa ni polis tetap ada punya selesai tetapi masa inilah botol dan batu melayang.

Hai ganas betul pemuda Umno. Kenapa sampai begitu sekali Isa Samad membentuk anak muda kita mabuk dan ganas. Hancur orang muda kita kerana Umno...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP