Keganasan Umno mengundang kebanjiran petugas PAS di Bagan Pinang

>> Ahad, Oktober 11, 2009

Di mana-mana pusat peti undi semua bergaduh. Tidak tahu apa taktik Umno pakai mengarahkan pemuda mabuk buat keganasan di markaz PAS.

Atau apakah kesan daripada pembohongan Azeez yang mengatakan dia kena tumbuk jadi pemuda gempur Umno membalas secara ganas.

Jika ini puncanya kenapa polis tidak menahan sahaja Azeez yang menjadi punca keganasan pilihan raya kecil kali ini. Ini kerana laporan palsu beliau mengatakan ditumbuk sembilan orang PAS telah menjadikan suasana pilihan raya kali ini lebih ganas.

Sepatutnya Azeez ditahan kerana membuat laporan palsu bukan sahaja tekanan keatas Salahuddin yang dikatakan membuat kenyataan palsu.

Namun begitu ada hikmat disebalik keganasan Umno. Selepas peristiwa pemuda PAS dibelasah Umno, petugas PAS makin ketara bertambah secara mendadak di Bagan Pinang.

Keadaan ini menyebabkan markas PAS bertambah terkawal dan Umno yang mahu bertindak ganas mula ketakutan.

Dalam orang PAS makin bertambah pun Umno tetap mahu bertindak ganas tetapi tidak sampai berlaku seperti mana hari pertama Umno tumbuk orang PAS.

Sepatutnya Umno belajar daripada pengalaman lalu. PAS boleh mengarahkan orangnya turun beramai-ramai di Bagan Pinang sekiranya Umno mahu bermain kasar.

Kesannya boleh dilihat pagi ini begitu ramai orang PAS berbanding Umno di pusat membuang undi.

Jalan cukup sesak. Sedangkan PAS pada peringkat awal tidak mahu mengundang kesesakan ini dan tidak mengarahkan orang PAS ramai datang ke Bagan Pinang tetapi Umno memang berjiwa ganas maka selamanya ganas.

Keganasan Umno itu akhirnya membawa masalah kepada Umno dalam berdepan dengan PAS dan SPR yang mahu orang ramai tidak datang ke Bagan Pinang kerana bimbang menimbulkan kesesakan.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP