Selamat datang rakyat Terengganu ke Kemaman pada 29, 30 dan 31 Oktober ini di program Himpit.
Program ni akan diadakan di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga. Saya orang asal Kemaman pun tak pasti kat mana dataran ni dan bila tempat tersebut dinama tok guru.
Sebelum ini Terengganu baru sahaja selesai mengadakan ijtimak di Manir, Terengganu pada 16 dan 17 Oktober lalu. Program ini sebaik sahaja lepas pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Belum hilang dalam menghadapi pilihan raya kena bertumpu di program tersebut pulak. Orang politik terutama pemimpin sepenuh sama dengan politik tidak akan rasa penat dan beban kerana memang kerja dia kena isi banyak program politik tetapi bagi orang PAS yang separuh masa untuk politik tentu penat dan membebankan.
Pilihan raya kecil kali ini pula purata lebih kurang dua bulan sekali. Sebagaimana yang dikatakan orang politik sepenuh masa dan penulis blog berpencen dia tidak kisah kerana bertambah bahan yang dia nak tulis tetapi yang sambilan sini dan sambilan sana tentu letih tak bermaya.
Malah dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru ini pun kita dapati duit dah kering untuk petugas membuat program dan menjalankan program. Sebab itu hati kecil kita mendoakan janganlah berlaku pilihan raya kecil lagi.
Sebaliknya orang Terengganu ni kita tengok tidak penat dan letih. Lepas pilihan raya di Bagan Pinang ada program ijtimak lepas tu Himpit pulak di Kemaman. Sepatutnya kita selaraskan program supaya tidak penat dan membebankan dari segi tubuh badan, mental dan kewangan.
Kalau kita boleh tunda Himpit daripada kebiasaannya disambut pada 31 Ogos kepada 31 Oktober kenapa kita tidak pinda lagi supaya tidak padat dan rapat dengan tarikh ijtimak PAS Terengganu pada bulan yang sama.
Kaji-kajilah... jangan kita fikir mengikut kesesuaian kita tetapi fikirlah tentang orang lain.
-
1 comments:
Penat memang penat.. tapi masalah gak kalu setiap program yang dirancang asyik ditangguh jer. Alih-alih tak jadi.
Pasal Ijtimak dengan HIMPIT ni semacam dah jadi adik beradik kembar. Selepas Ijtimak, mesti akan disusuli dengan HIMPIT di akhir-akhir ni.
Apapun, yang paling terasa adalah PENAT POKET laa. Nak mengadap lagi muka-muka dermawan yang nak menyumbang pun makin segan.
Wallahua'lam.
Catat Ulasan