Keputusan yang sudah dijangka tetapi amat mengejutkan

>> Isnin, Oktober 12, 2009

Terkejut besar kerana majoriti dimenangi BN terlampau tinggi melebihi keputusan pilihan raya umum 2004, dimana calon Umno Mohd Faizal Ramli memperolehi 5,967 manakala PAS, Hassan Alias (1,556) majoriti 4.411.

Tan Sri Isa Samad memperolehi 8,013 manakala Zulkefly Mohamad Omar (2,578) dengan majoriti 5,435.

Apakah kemenangan Isa merupakan gandingan populariti beliau di Teluk Kemang dan rasuah yang melimpah ruah.

Kalau BN boleh mengurangkan majoriti PAS di Manek Urai dengan begitu drastik sekali kerana taburan wang kepada penduduk pendalaman. Maka ia juga berlaku di Bagan Pinang.

Hasilnya BN mendapat dua ganda iaitu populariti Isa dan rasuah. Sebab itu BN boleh menang dengan majoriti besar kali ini.

Hasil perbincangan sebelum ini dengan beberapa pemimpin PAS memang mengakui agak sukar berdepan BN apabila Umno meletakkan calonnya, Isa memandangkan Isa boleh menyatukan gerak kerja Umno di situ serta limpahan wang.

PAS mengharapkan sangat Umno tidak meletakkan Isa sebagai calon supaya berlaku boikot dan memudahkan kerja PAS.

Limpahan wang rasuah juga memberi kemenangan besar kepada Isa sebab Isa pernah menang besar dalam pertandingan Naib Presiden Umno sedangkan calon popular daripada beliau boleh beliau tewaskan.

Isa bukan sahaja dapat mengelak perpecahan jenteranya malah populariti beliau bukan sahaja
dikalangan Melayu tetapi juga bagi kaum Cina. Mungkin ia ada kaitan dengan ternakan babi, juga laba tanah pelancongan yang boleh dibeli hanya dengan Isa. Rasuah lagi...

Walaupun DAP cukup kuat berkempen membantu PAS tetapi masyarakat Cina mengambil pendirian tidak keluar mengundi. Mungkin menghormati kedua-dua calon.

Dianggarkan hampir 600 pengundi Cina tidak keluar mengundi di Teluk Kemang.

PAS juga kalah di estet iaitu kawasan majoriti India sedangkan dalam pilihan raya umum lalu ketiga peti undi tersebut dimenangi PAS. Apakah kerana makkal sakti? Atau ugutan yang cukup kuat keatas kaum India.

Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

Ini adalah bacaan awal...Insya Allah laporan lain menyusul kemudian...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP