PAS masih diperingkat dakwah di Negeri Sembilan

>> Khamis, Oktober 15, 2009

Kita silap guna pendekatan menyerang peribadi calon lawan kerana akhirnya orang negori lihat kita jahat. Walaupun isu pada Isa Samad memang hak yang boleh di isukan tetapi Umno berjaya eksploik menjadikan PAS yang nampak ganas.

Cara serangan Abdul Azeez terhadap PAS menuduh orang PAS memukul beliau di hari penamaan calon dilihat pengundi Bagan Pinang bahawa PAS ganas. Orang PAS yang turun beramai-ramai ke Bagan Pinang untuk menjaga keselamatan petugas PAS selepas dipukul Umno dilihat dan dieksploit sebagai ganas.

Cara Umno ini betul-betul macam Amerika dituduh negara Islam yang ganas tetapi hakikat sebenarnya mereka yang ganas.

Rakyat Bagan Pinang melihat dan mengenal PAS daripada perspektif Umno. Sudah tentu apa yang diterima dan didengar tentang PAS semua yang tidak baik, ganas, pesong agama, pemutus silatulrahim dan macam-macam lagi yang negetif.

Saya akui kenyataan klik di sini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memang masa tidak cukup untuk kita berkempen menemui pengundi di Bagan Pinang.

Saya sengaja datang awal ke Bagan Pinang iaitu pada 1 Oktober sebelum penamaan calon pada 3 Oktober. Ini mungki jarak dari Kuala Lumpur ke Bagan Pinang tidak jauh sangat dan perjalanan pun mudah dengan bas walaupun terpaksa naik tiga bas untuk sampai ke sana.

Di masjid lama Teluk Kemang sudah ada petugas dari Terengganu sejak 27 September lagi. Saya menemui kawan-kawan dari Kemaman. Di situ saya dapat juga maklumat tentang Bagan Pinang daripada di situ iaitu saudara Reduan.

Saudara Reduan bagi tahu kalau sesiapa yang mahu ke Port Dickson bersantai dan berehlah boleh dapat diskaun. Mereka yang berminat boleh hubungi saya 0133354513 supaya boleh saya aturkan.

Ok kita berbalik kepada cerita asal. Pada hari Jumaat saya mengikuti muslimat berkempen tetapi saya tidak banyak peluang berkempen kerana yang keluar semua wanita. Lelaki bekerja barangkali. Maklumlah hari yang tidak sesuai kerana hari kerja.

Saya masih lagi di Taman Politeknik cuba juga mencari peluang untuk berkempen tetapi semua wanita kalau lelaki adalah tetapi bukan pengundi dan warga asing.

Selepas solat Jumaat saya berehat di masjid lama tempat petugas Terengganu tinggal. Petang kawan Kemaman ajak bersiar di pantai. Jalan..jalan makan angin..

Esoknya hari penamaan calon dan petangnya tidak banyak kerja yang dapat dibuat. Pada hari Ahad, saya mengikut petugas PAS dari Kuala Nerus berjalan disekitar masjid lama tempat saya menginap. Ya la kita dah duduk situ takkan tak mahu kenal jiran masjid kot.

Namun begitu hanya dua tiga lelaki sahaja yang saya temui. Saya ambil kesempatan yang mengenal lebih dekat dengan pengundi. Jadi saya membiarkan mereka meluahkan hasrat mereka terlebih dahulu. Nanti ada peluang kita akan terangkan PAS dan hasrat kita bertanding di Bagan Pinang.

Boleh dikatakan nasib saya baik kerana pengundi yang ditemui boleh mempelawa kami masuk ke rumah. Mereka boleh berbual barangkali yang kami temui bukan piur Umno.

Sebenarnya sepanjang kami pergi ke rumah banyak yang berkunci. Rupanya Umno sudah buat program raya dekat sekolah. Ajak ibu bapa makan raya di sana. Jadi takda peluanglah kami mahu menemui golongan bapa pada hari minggu. hari lain mereka kerja.

Jadi memang betul kata Tok Guru kita tidak ada masa mahu jumpa pengundi. Macam mana kita mahu menang kerana apa yang saya perhati tidak ramai kita dapat temui pengundi. Muslimat kita nak buat cula pun tak dapat.

Sebab itu kita tidak dapat maklumat yang betul daripada pengundi sendiri. Kita hanya dapat maklumat bahawa kita mendapat sokongan pengundi hanya berdasarkan kepada program kita yang dikatakan mendapat sambutan.

Sedangkan kita patut sedar ceramah dan program kita biasanya dihadiri orang PAS sendiri. Maklumat ini tidak mungkin tepat untuk kita membuat analisis.

Selain itu mungkin juga kelemahan petugas tempatan. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana cawangan PAS hanya ada lima berbanding dengan Umno lebih 50 cawangan.

Kawan saya Yusof Arifin memberitahu di tempat PAS Kedah bertugas di Taman Desa Rusa hanya terdapat seorang ahli PAS.

Kerja semakan dan bantahan daftar pemilih juga tidak dibuat sebab itu terdapat nama pengundi bertindih, pengundi berumur 100 tahun dan macam-macam lagi. Adanya pilihan raya kecil seperti ini baru kita sedar cawangan dan kawasan perlu bimbangan.

Saya mahu berbalik kepada sukarnya kita menemui pengundi. Secara tidak langsung kita tidak berjaya terangkan PAS kepada mereka. Tempoh masa yang singkat hari penamaan calon dan hari mengundi sebenarnya tidak menguntungkan kita.

Pengundi lelaki boleh ditemui hanya pada hari cuti sedangkan masa kempen tersebut kita tidak ada masa tersebut. Umno pula membuat program raya pada hari cuti. Jadi peluang kita temui pengundi bertambah tipis.

Hanya muslimat yang dapat temui pengundi wanita. Dalam soal kempen ini PAS kena pastikan petugas berkemampuan bukan sahaja mengemukakan hujah tetapi boleh menjadi pendengar setia kerana untuk mengenali seseorang kita perlu mendengar luahan mereka terlebih dahulu. Bukan terus berkempen sehingga menimbulkan kebencian pendengar.

Namun begitu banyak perkara yang perlu diambil kira. Petugas PAS ada pasukan sukarela. Mereka tidak dibayar sudah tentu sukar untuk mendapatkan yang terbaik.

Selain itu juga masalah wang juga dikatakan menghalang banyak program yang diatur. Program raya untuk diadakan di rumah-rumah pengundi seperti yang saya cadang dalam blog saya sebelum ini. Saya mendapat maklumat wang tidak sampai kepada jentera PAS. Sama ada tiada penderma atau sebaliknya kita tidak tahu.

Atau mungkin juga kerana terlalu kerap pilihan raya boleh dikatakan dua bulan sekali maka kita kekeringan wang. Saya ke sana pun terpaksa keluar belanja sendiri. Kalau sebelum ini boleh kawasn yang belanjakan tetapi tidak bagi pilihan raya Bagan Pinang. Sudahla tenaga kena keluar belanja pun kena keluar sendiri... salam semua ketemui lagi selepas ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP