Bebanan berat yang perlu digalas PAS bagi mengekalkan prestasi 7 pakatan rakyat dan lopong BN

>> Khamis, Oktober 01, 2009

Mungkin sukar tetapi tidak mustahil PAS boleh kalahkan Umno di Bagan Pinang. Namun begitu untuk menghasilkan kemenangan kena kerja kuat dan beberapa pendekatan perlu dibuat.

Bagaimanapun setakat maklumat yang diperolehi sehingga kini mungkin sukar untuk menang kerana terdapat petugas negeri belum turun di Bagan Pinang. Wilayah Persekutuan umpamanya baru bermesyuarat malam kelmarin dan malam tadi bagi peringkat kawasan di Wilayah Kuala Lumpur sedangkan negeri lain sudah turun pada 27 September lagi. Ini yang sedih kata mahu menang tetapi kerja kita tidak menampakkan mahu menang.

Kita peru turun awal untuk mengubah pendekatan. Kita juga perlu tenaga kerja yang ramai kerana pendekatan kempen pilihan raya kita perlu ubah kepada ziarah atau dakwah.

Kempen hanya menyakiti hati pengundi bila kita menemui mereka dan bercakap kempen untuk PAS sedangkan kita langsung tidak mahu dengar masalah mereka.

Sebab itu kita perlu turun awal. Kita ubah kempen kepada ziarah. Tidak perlu kempen awal tetapi ziarah setiap hari untuk dekat dengan pengundi disamping kita menjadi pendengar yang baik memahami para pengundi.

Inilah kerja petugas tiap-tiap hari menziarah pengundi yang sama. Sebab itu petugas perlu ramai untuk menziarah setiap rumah pengundi dan tiada rumah yang terlepas dari pandangan petugas.

Semasa Syawal ini maka orang PAS juga perlu jihad harta untuk mengadakan rumah terbuka di rumah-rumah para pengundi yang secara tidak langsung menjemput jiran persekitaran. Ini umpama ceramah kelompok.

Ziarah mengenali hati budi pengundi lebih baik daripada hanya berkempen semata-mata tanpa kita kenal rapat pengundi. Daripada ziarah perkenalan dan pendengar setia kita jadikan pengundi sebagai kawan.

Daripada kawan yang boleh diziarah setiap hari maka dalam masa itu kita boleh mengambil peluang dihujung hari kempen supaya mengundi PAS.

Kalau kita masih tetap dengan kempen yang hanya ditemui sekadar sekejap atau lima minit sahaja kita langsung tidak menyelami hati pengundi dan kita tidak menjadi orang yang baik kepada pengundi. Macam mana kita mahu undi mereka.

Oleh itu pendekatan perlu diubah sekiranya mahu menang.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Dun Bagan Pinang tersebut yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

Maka sasaran kita ialah lebih kurang 10 ribu pengundi. Katakan kita letak 5,000 petugas menemui pengundi membuat kerja berulang setiap hari maka pasti hati pengundi boleh berubah.

PAS ramai petugas. Hari penamaan calon sahaja berpuluh ribu yang turun maka tidak menjadi masalah kalau dikerahkan lebih 5 ribu petugas untuk menemui dan menziarah pengundi di Bagan Pinang.

Kalau mahu kekalkan prestasi 7 lopong maka kita perlu turun beramai ramai di Bagan Pinang. Bukan turun tengok suasana Bagan Pinang tetapi turun temui pengundi. Kalau tidak maka sukar bagi kita mahu atasi Isa Samad.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP