Tiba-tiba dia pusing cerita yang dia kena tumbuk. Barangkali memang keturunan Umno suka reka cerita dan bohong daripada Presiden, Timbalan Presiden hingga ke cicit Presiden iaitu Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Kita harap pihak Sultan tarik balik anugerah Datuk kepada pendusta. Pihak istana kena buat peraturan ini. Kalau tidak nilai Datuk cukup memalukan dianugerah orang seperti itu. Malu...malu..malu...
Saya pun rasa kenal muka Azeez maklumlah putera. Hanya golongan bangsawan yang boleh dipanggil macam tu.
Kebetulan pula saya ada dikawasan tersebut. Saya tak ikut berarak naik bukit ke belakang bangunan tempat penamaan calon hari Sabtu lalu. Posting ni pun terlambat pasal tak ada komputer. Jadi terpaksa ambil masa sikit nak hebah cerita.
Jadi saya dan kawan-kawan keturunan tak larat panjat bukit pun berlepak kat bawah dan selamatkan diri dari hujan, dok kat kaki lima bangunan. Saya tengok cuaca mendung dan menganalisis hujan turun bila-bila masa. Jadi jalan selamat tak ikut terus berarak ke atas bukit.
Menang jangkaan tepat dan saya selamat daripada kebasahan. Selepas hujan reda dan orang ramai mula berkumpul dan berselerak kembali lalu putera tak diundang. Jalan dengan menteri pulak tu.
Tengok menteri senyum la juga tetapi dia ni betul-betul tunjuk goh. Maklumlah dia punya pengawal peribadi sekeliling. Dia ni orang suruh berkumpula awal tetapi lambat datang. Dah jadi cerita disiplin pulak tak tepati masa. Oooiii malangnya dapat putera macam ni.
Nak jadi cerita bila lalu tempat orang maka kena tebal telinga la. Orang PAS, PKR dan DAP yang berkumpul di situ bila nampak mereka ni mula la jerit `rasuah...rasuah...rasuah...' sampai garau anak tekak tetapi jenis manusia politik ni dia selamba je. Kita pulak yang naik geram tapi tahan je la kan demokrasi.
Ada sahabat kita yang dok gantung gambar Teoh Beng Hock rapatkan diri dekat Azeez. Sahabat kita ni bukan penceramah tapi boleh la suara berpatah kata demi keadilan. Barangkali peluang macam ni pun payah jumpa. Ya la geng bangsawan bukan senang jumpa.
Jadi sahabat kita ambil peluang tunjuk gambar Teoh Beng Hock yang mati dekat pejabat SPRM, Shah Alam, tu la. Gambar tu digantung kat leher sambil berjalan beriring dengan Azeez menunjukkan gambar Teoh didadanya tu.
Mungkin dari bibirnya kita boleh agak minta dikembalikan keadilan kepada kematian Teoh. Sahabat kita ni cukup prihatin saudaranya mati ketika disiasat SPRM walaupun berbeza agama tetapi soal keadilan tidak mengira hal tersebut.
Ni gambar sahabat kita tengah pujuk Azeez supaya sedar diri. Saya ambil gambar dari blog kekawan lain. Gambar saya sendiri tak ada tapi cerita benar.
Bertaubat la Azeez. Jangan buat fitnah je manjang. Berdosa...
Sahabat kita orang baik dan lurus orangnya. Jangan la kerana lurus sahabat kita kamu pula mahu fitnah.
Selain itu saya nak tambah bukan Azeez seorang je lalu situ ramai yang lalu. Wanita Umno pun ada yang lalu dalam perhimpunan orang PAS, PKR dan DAP.
Malah puteri comel lote pun ada lalu. Hai takkan puteri tak buat repot kena raba kot.
Jadi Azeez ni betul-betul gatel mulut reka cerita karut marut. Kalau puteri reka syok juga. Azeez tu tengok pun tak naik nafsu.
Azeez saman la orang PAS yang tumbuk hang tu. Macam tadok cerita lain tiap kali pilihan raya cerita tu je dok ulang.
Orang Umno yang lalu kawasan PAS tu satu bula roma pun tak tanggal tetapi Umno ni cuba nak gambarkan orang PAS ni jahat.
Kalau kita perhati cuba la orang PAS yang sesat lalu kawasan Umno. Saya rasa mungkin digempur habis orang PAS. Lepas banyak lagi cerita kat Bagan Pinang menyusul selama saya bertugas di sana. Selamat membaca
-
0 comments:
Catat Ulasan