Lebih 28 ribu tentera Nato di Pakistan mengepung pejuang Taliban di daerah Waziristan pada Sabtu minggu lepas tetapi dalam masa tiga hari sahaja Taliban kembali menguasai kawasan tersebut.Bukan hanya sekali dua, Taliban sudah membuktikannya.
Teringat juga kita pemuda PAS diserang pemuda Umno di Bagan Pinang sehingga tak melawan. Bayangkan pejuang Taliban berdepan dengan tentera canggih dengan persenjataan dan berjumlah besar tetapi berkat kesabaran dan kecekalan serta pertolongan Allah mereka mampu mengundurkan tentera Nato dan Amerika.
Bayangkan selama lapan tahun penjajahan Amerika Syarikat dan Nato di Afghanistan, tetapi sehingga sekarang AS dan Nato belum mampu menjatuhkan Taliban. Sebaliknya AS dan Nato boleh dikalahkan oleh pejuang Taliban.
Jangan main-main di tanah air orang lain! Mungkin begitulah yang ingin disampaikan secara tegas oleh Taliban. Walaupun diburu secara berterusan oleh tentera asing di negeri sendiri tetapi para pejuang Taliban tetap sabar malah makin meningkatkan kekuatannya.
Sekarang, pemerintah Pakistan menyebut Taliban sebagai sekumpulan pejuang yang tidak boleh dipandang enteng. Sehingga ketika ini, akibat daripada operasi pemerintah tentera pemerintah, lebih dari 90.000 telah menjadi pelarian. Kerja kebajikan terpaksa dilakukan oleh Taliban bagi membantu pelarian tersebut membuatkan tumpuan Taliban kepada perjuangan menentang tentera musuh sedikit terhalang.Taliban mengingatkan pemerintah bahawa jika pemerintah baik Afghanistan mahupun Pakistan masih tetap bersama dengan keputusan bekerjsama dengan tentera asing, maka apa yang sudah dilakukan Taliban itu masih belum seberapa. “Yang lain akan lebih daripada ini!” tegas Taliban.
0 comments:
Catat Ulasan