Sikap polis menyebelahi Umno makin ketara

>> Ahad, Oktober 11, 2009

Apabila Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS di Bagan Pinang, Salahuddin Ayub membuat kenyataan mengatakan petugas dicederakan kumpulan Umno, polis kata Salahuddin membuat kenyataan palsu.

Pihak polis cepat bertindak memanggil Salahuddin ke balai tetapi Ketua Putera Umno, Abdul Azeez buat laporan polis mengatakan dia ditumbuk sembilan orang PAS masa hari penamaan calom sampai sekarang pihak polis senyap.

Saya menulis meminta pihak polis siasat laporan Azeez dan jika tidak benar menunjukkan laporan Azeez itu palsu dan mesti disiasat. Pihak polis harus saman Azeez kerana menipu pihak polis.

Sebaliknya pihak polis senyap malah cepat sahaja bertindak dan menuduh pula kenyataan PAS itu palsu tanpa usul periksa.

Ini nasib PAS sering tidak mendapat keadilan. Sebab itu perjuangan mesti diteruskan untuk kita menikmati keadilan seumpama kes itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP