Hadioh besor Isa pada perhimpunan Umno dan negori

>> Rabu, Oktober 14, 2009

Terkembang besar hidung Isa Samad kerana popularitinya bertambah walaupun pernah disabit dengan kes politik wang pada pemilihan Umno.

Gara-gara Umno Teluk Kemang ugut Umno pusat maka berjaya juga Isa jadi calon. Hakikat sebenarnya PAS memang gerun sikit berdepan dengan Isa berbanding calon lain kerana Isa dapet satukan jentera Umno malah bertambah samseng laih.

Kalau lain Isa yang bertandeng boleh jadi jentera Umno di Bagan Pinang boleh ngunyut. Kalau sampai duit banyak tak pe tetapi kalau dibuet nya orang Isa sekat habeh Umno.

Samseng sungguh orang Isa ni. Nanti lepeh ni saya nak crite orang muda Umno pakai kain merah lilit kat lengan ni. Maknanya ini dah memang dirancang neh.

Isa menang dekat dengan perhimpunan Umno maka bertambah besor la hadeah den. Maka tak terkata la Datuk Seri Mohamad Hassan kerana Isa telah mengembalikan zaman nostalgianya kembali dalam Umno.

Orang yang tidak suka kat Isa dan naikkan Mohamad Hassan sebagai Menteri Bosar Negori sudah tidak ada atas dunia ni maka boleh Isa bermaharajelela.

Mohamad tidak ada pengaroh besor keatas negori malah beliau kalah dalam pertandingan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno pada Mac 2009. Jadi Den Mohamad Hassan ni orengnya lomeh laih.

Mohamad tidak mampu minta campurtangan Umno pusat supaya Isa tidak bertanding. Sekarang kedudukan Mohamad makin terancang kerana Isa bertanding di state.

Mengikut perkiraan dan ramalan Negori Sembilan akan jadi ketiga selepas Terengganu dan Perlis bermalahan dalaman Umno. Mentori Besornya boleh goyah macam kedua negori tersebut.

Mohamad Hassan pun bukanlah orang yang berpendirian dan berperinsip sangat pun. Dia kalah dalam MT Umno tetapi tetap terus pegang MB tidak macam Datuk Shahril Samad terus letak jawatan menteri bila Umno tidak suka sama dia.

Allah SWT buat ada hikmah, sekarang ada politik baru di negori. heh heh heh...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP