Bagan Pinang: Polis mesti siasat Abdul Azeez kerana buat laporan palsu

>> Rabu, Oktober 07, 2009

Pengarah Pilihan raya kecil PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Salahuddin Ayub patut arahkan polis siasat laporan Azeez dan sekiranya didapati palsu maka polis sepatutnya saisat dan reman Azeez kerana ia manusia pembohong yang telah melakukan kerja berulang-ulang. Tak serik-serik.

Manusia seperti ini bukan sahaja tipu rakyat malah pihak hospital pun dia boleh bohong. Pihak polis sudah dua tiga kali dia tipu dalam siri pilihan raya kecil di Malaysia.

Tak malu ke pihak polis dikencng hidup-hidup oleh Abdul Azeez sekor ni.

Kita bimbang pasukan keselamatan negara boleh dipermainkan sewenangnya oleh golongan manusia seperti Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengikut media harian negara, Abdul Azeez dimaklumkan telah membuat laporan berita tersebut seperti berikut:

Abdul Azeez buat laporan dakwa ditumbuk

PORT DICKSON: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, membuat laporan polis mendakwa ditumbuk sembilan penyokong parti lawan ketika masuk ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini, semalam.

Beliau membuat laporan polis itu kira-kira jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, di sini.

Turut menemani beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Difahamkan, dalam kejadian itu, Abdul Azeez mendakwa ditumbuk bertubi-tubi penyokong parti lawan sehingga cedera di leher kiri. Beliau turut mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson di sini.

Terdahulu, Abdul Azeez ketika diminta mengulas mengenai insiden itu berkata, beliau bersama Ismail Sabri berjalan ke pusat penamaan calon di Dewan MPPD.

Bagaimanapun, katanya, laluan mereka disekat sekumpulan penyokong Pas yang melakukan provokasi dengan melaungkan perkataan rasuah kepada beliau dan Ismail Sabri.

Pihak polis mesti siasat laporan Abdul Azeez tersebut dan jika didapati laporan tersebut palsu maka pihak keselamatan mesti saman Abdul Azeez.

Negara kita ada undang-undang dan polis pernah bertindak keatas mereka yang telah membuat laporan palsu.

Kita tidak boleh biarkan penipuan ini berterusan kerana mengikut pengalaman dan laporan Harakahdaily.net beliau telah membuat berita berunsur penipuan ini sejak pilihan raya di Kuala Terengganu lagi.

Daripada kejadian berulang tersebut maka sudah semestinya pihak polis menyiasat Abdul Azeez.

Kenapa beliau pihak polis tidak beleh mengambil satu tanggungjawab yang besar dengan penipuan ini? Polis juga jangan bertindak double standart bila pihak yang mengkritik pemimpin negara seperti Raja Petra diambil tindakan segera apabila raja petra membuat akuan bersumpah.

Polis tidak siasat perkara yang disumpahkan dalam akuan tersebut sebaliknya menyiasat Raja Petra yang didakwa oleh pihak polis bahawa Raja Petra telah membuat akuan bersumpah palsu.

Jadi polis kena cergas dan pantas serta profesional dan tidak bertindak secara terpilih. Jangan pilih bulu nanti polis pun sama macam SPRM... itulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP