Alkisah Tuan Penasihat, 20 percent

>> Isnin, November 16, 2009


Saya dah agak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buka mulut bila bekas Timbalan Perdana Menteri semasa pemerintahan beliau, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM1 sebulan.

Mahathir buka mulut tu pasal RM1 sebulan. Dalam ulasan lain beliau tu hak yang dia bangkit selalu tentang Anwar. Kita pun bosan da Anwar pun dah jawab di Parlimen sejak dia jadi Ketua Pembangkang.

Masalahnya Mahathir dah tak bertanding Parlimen kalau tidak boleh tengok dia berdua berbahas di Dewan Rakyat. Ya la rakyat nak dengar juga.

Apa hok Mahathir bangkit tu, itu pandangan dia. Ekonomi pun ada mazhab juga dan Anwar ikut pendapat dia untuk memulihkan ekonomi.

Kalau nak kira salah Mahathir pun salah juga dok jaga kroni nak pulih ekonomi. Usahawan kecil ni biar dia tegak sendiri kalau dah jatuh.

Mahathir perlekeh Anwar dalam bidang ekonomi sebab itu layak gaji RM1 sebulan. Mungkin itu maksud yang mahu dia sampai walaupun dia tulis tidak ke situ.

Sebab itu ada blog mengulas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan mahu penasihat ekonomi kerana dia pun lebih pandai ekonomi tetapi sebagai penasihat politik. Ke situ pulak dia pusing. Tetapi walau macam mana pun politik ekonomi tak boleh pisah.

Apa yang saya dok tunggu sangat bila Mahathir buka mulut ialah beliau tu duit tak kering jadi Penasihat Petronas dapat RM15,000 sebulan. Ini maklumat May 2008. Sekarang mungkin bertambah kot dan Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri.

Ni saya ada lagi maklumat lama yang kita korek kembali. Nasib la Umno... Ini pun geng-geng yang dapat jawatan penasihat semuanya ni... Harus diingat ni masa zaman Pak Lah jang hang kutuk Najib pulak... kah kah kah..

Jumaat, 09 Mei 2008: Teka, berapa gaji Datuk Seri Shahrizat Jalil sebulan sebagai Penasihat hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri? Tidak banyak hanya RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun.

Selain Shahrizat, Tan Sri Abdul Hamid Othman yang tugas beliau adalah
menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, gaji sahaja RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada staf RM18,643.25 sebulan.

Dan untuk rekod beliau dilantik menjadi Penasihat Agama sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.

Manakala Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat Petronas dengan gaji RM15,000 sebulan.

Semua itu menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).

Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila
memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut.

''Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas.

''Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.

Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.

Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih
dengan menteri-menteri kerajaan BN.

Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk
membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin.

''RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP