Pihak dalam Jais makin berani bertindak keatas Asri kerana ada pihak hantar memorandum kepada Agong

>> Selasa, November 03, 2009

Sebenar pihak dalam Jais ini bukan sahaja tidak suka kepada ajaran yang disampaikan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin malah beberapa orang pengajar yang menyampaikan kuliah juga turut menjadi bidasan pihak terbabit.

Beberapa orang ustaz yang dituduh membawa fahaman wahabi seperti Ustaz Mohd Zain, Ustaz Ibrahim dan beberapa lagi ustaz yang membawa pengajaran dan kelimuan sama dengan ustaz tersebut telah dibidas dengan tuduhan sesat oleh pihak pengajar tertentu.

Penuduh ini mendapat tauliah Jais dan mengambil kesempatan itu untuk melempar fitnah terhadap ustaz yang disebutkan itu. Ustaz Mohd Zain misalnya pernah mencabar bermuzakarah secara ilmiah dengan ustaz pihak penuduh tersebut tetapi penuduh tersebut dikatakan tidak berani. Kata orang penuduh itu hanya berani belakang bila berdepan takut.

Tetapi kenapa begitu lama penuduh ini berani tangkap Dr Asri dan kenapa Dr Asri seorang sahaja yang ditangkap? Kenapa ustaz-ustaz yang dilempar tuduhan sama penuduh tidak berani tangkap?

Saya tidak pasti kenapa Ustaz Mohd Zain dan sahabatnya tidak ditangkap atau kemungkinan ustaz ini mempunyai tauliah di Selangor.

Sebaliknya dalam kes Asri kemungkinan besar pihak penuduh ini mengambil kesempatan atau menjadi berani dan bertaring apabila terdapat pihak seperti Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Okt lepas.

Pihak penuduh dikatakan menghubungi penguatkuasa Jais supaya menangkap Asri pada malam kelmarin.

Malang bagi pihak Jais dan pihak penuduh terbabit apabila ia menjadi isu besar. Kemungkinan pada pihak penuduh itu apabila pertubuhan kerajaan (NGO) terutama bukan calang pertubuhan malah golongan loyar pula maka sudah tentu penuduh ini merasa hujahnya kuat.

Jadi feel penuduh ini tanpa fikir panjang dan kesan akhirnya terkena batang tubuh sendiri dan dikatakan terpaksa membuat laporan keperingkat tinggi iaitu kepada pengarah Jais. Pengarah Jais ni pernah disoal siasat dalam Selcat dalam isu penyelewengan wang RM10 juta Balkis. Pengarah ini dikatakan masih aliran Umno. Ilmu Islam pun barangkali tak dalam sebab itu kes Asri sudah dikatakan bertahun-tahun. Kalau dia ilmu Islam tinggi, isu Asri sudah buang kes tetapi dia dok simpan dan tunggu peluang nak cekup kawan tu.

Kan malu seluruh Malaysia. Lepas terpaksa menjawab kat mesyuarat Exco Selangor. Malang bertambah kepada penuduh tu sebab bekas PM Dr Mahathir pun suka kat Asri. Begitu juga dengan PM. Biasalah Umno ni sentiasa ambil peluang bukan nak buat Islam.

Anak Mahathir, Marina pun ada semalam kat Mahkamah Syariah Dato' Keramat. Ini biasa puak SIS (Sister In Islam) akan ambil kesempatan rapat dengan ulama yang dia rasa pendapat boleh sealiran dengan mereka. Dia ni ambil kenyataan Asri yang sokong wanita la bukan nak ambil keseluruh kenyataan dan apa yang diajar Asri.

Masing-masing ambil kepentingan dan selemat kepentingan mereka bukan mahu kembali kepada Islam yang syumul dan mulia.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP