MTD PAS selidik penceramah pencetus fitnah dan batu api

>> Khamis, November 05, 2009

Malam tadi selepas ikuti kuliah Ustaz Wan Abdul Rahman di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar bertemu kawan borak. Macam biasa bincang politik dan semasa tetapi kali ini saya masih bersemangat menulis tentang isu tangkapan bekas Mufti Perak, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana tangkapan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ini lebih kepada motif fahaman Wahabi. Malah bukan Asri seorang yang difitnah tetapi termasuk ustaz kawan saya dan ustaz guru saya berkuliah.

Soalnya siapa peringkat bawah ini yang mencetus perbalahan mazhab atau fahaman? Mereka ini salah seorangnya nama macam Naib Presiden PAS. Dia ni di sokong Pengarah Jais. Unsur Umno mungkin ada kaitan kerana ustaz yang nama macam Naib Presiden PAS itu telah memburuk ustaz yang dituduh mengajar fahaman Wahabi ini. Tindakan memburuk dan memfitnah itu menyebabkan kalangan ahli PAS yang menuntut ilmu turut terpengaruh dan menjadi pecah belah.

Jadi yang menjadi pecah belah masyarakat dan mahu pecah belah ahli PAS ialah ustaz seperti itu bukan fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ialah satu ilmu. Malah tiada ulama pun yang mengkafirkan Wahabi tetapi ustaz dangkal seperti itu boleh mengkafirkan Wahabi dan tuduh fahaman ini bawa pecah belah.

Menjadi persoalan juga MTD PAS boleh menjemput mereka yang buat fitnah ini mengajar. Orang ini Umno yang ambil peluang nak pecah belah orang PAS dengan menuduh ilmu yang dibawa oleh ustaz sealiran dengan Asri sebagai fahaman Wahabi.

Setengah orang PAS pun pelik juga boleh terpengaruh pihak taksud satu mazhab, langsung tidak mahu kembangkan ilmu. Kita perlu ingat keilmuan Islam kita berdasarkan nas al-Quran, Hadis - sunnah dan ijmak serta qias ulama bukan nas mazhab ni atau mazhab tu.

Kita akui keilmuan mazhab memberikan kita bimbingan dalam memudahkan amalan serta pendapat tetapi jangan sampai taksud sehingga tidak boleh terima pendapat orang lain sedangkan pendapat orang lain itu lebih kuat nasnya.

Apabila kita terlalu taksud dengan satu mazhab itu yang menyebabkan berlaku perpecahan umat Islam. Satu contoh orang mazhab Imam Syafie tidak bersembahyang berimankan orang mazhab Imam Hanafi kerana orang Hanafi tidak batal air sembahyang bila bersentuh dengan perempuan.

Jadi perpecahan bukan kerana bertambahnya ilmu atau pendapat tetapi akibat kesempitan pemikiran dan ilmu umat Islam.

Sama juga yang menjadi isu tegang dalam PAS sekarang iaitu terdapat dua aliran satu sokong kerajaan perpaduan dan satu lagi sokong kerajaan pakatan rakyat. Ini dua pendapat dan bagi mereka yang berilmu dan membolehkan menerima pendapat dia tidak kisah.

Sebab itu dalam posting saya sebelum ini menerima dua pendapat dan aliran ni. Bagi saya dua pendapat ini bukan menjadi bahan fitnah orang terutama penulis blog yang tidak berilmu sebaliknya saya dituduh orang kerajaan perpaduan.

Pihak yang menyokong kerajaan pakatan rakyat membuat tuduhan dan fitnah keterlaluan maka saya rasa bertanggungjawab membetul hal dan hakikat sebenar dan perkara ini pula bukan sewenangnya didedah umum kerana antara kerjasama perlu menjaga kepentingan hubungan.

Arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah berkata bukan semua perkara perlu didedahkan kepada ahli.

1 comments:

sheikh teluk intan 5 November 2009 pada 10:18 PG  

Salam Nan,

N3 ini bagus sekali. Ada pencerahan minda. Teruskan.

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP