Khalid berkata demikian ketika menggulungkan perbahasan belanjawan Bajet 2010 hari ini. Menteri Besar berkata perlantikan Anwar akan membantu menjana ekonomi dan memacu pembangunan Selangor. Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega. Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan. Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut AccountAbility Sosial dan Etika yang berpangkalan di London. Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini. “Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim. Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa. Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia. “Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” katanya.
Berapa gaji atau elaun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat sebagai Penasihat Petronas. Tanya la Mahathir berapa dia dapat? Kalau tak kering duit minyak tu buat apa dia dok situ.
Pelik dia ni tak nak berganjak daripada penasihat Petronas sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat keputusan sebagai wang ihsan kepada Kelantan sedangkan sepatutnya royalti. Nak tau lebih tepat kena tanya Tengku Razaliegh Hamzah yang lebih kita kenal Ku Li tu.
Ni ha tengok Mahathir... Najib... Anwar hanya minta gaji RM1 sebulan. Jawatan dia tu bukan koman punya kaki sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Jawatan ni kalau dapat puak-puak pencen Umno ni siap minta RM10 ribu sebulan. Mahu lebih lagi ada puak Umno ni. Baru dinamakan Umno.
Anwar betul-betul hebat. Jiwa dia jiwa rakyat. Perasaan dia perasaan rakyat. Rakyat tengah menderita kesan ekonomi dia ikut terasa. Kat mana mahu cari pemimpin seperti ini.
Umno! ha ha ha makin dia sapu licin duit rakyat ada la. Bukan nak baiki ekonomi tapi nak sapu duit ho ho ho...
Umno oiii.... baca ni..
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi Selangor, dengan gaji serendah RM1 sebulan, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
-
0 comments:
Catat Ulasan