Sheikh Teluk Intan berkata...

>> Isnin, November 02, 2009

BloggerSaya pun lama tidak dengar berita sahabat saya di Kajang ni. Bila ada tulisan beliau di sini terubat juga rindu. Saya sebenarnya tertunggu-tunggu juga posting terbaru beliau bagi menghilangkan perasaan teringatkan beliau tetapi blognya tiada yang baru, Jadi timbul juga pertanyaan tentang keadaan beliau.

Alhamdulillah, dengan komen beliau di sini dapat juga tahu kabar tentang beliau. berikut adalah komen beliau, sheikh teluk intan berkata...

Salam Nan,

Pada pendapat ana terdapat bloggers Pas yang sudah sampai ke tahap melampau mencaci maki ulama yang telah menghabiskan masa hidupnya dalam perjuangan. Bukan tak boleh ditegur ulama, tetapi akhlak berjemaah kena jaga.

Perbezaan pendapat dikalangan pemimpin Jemaah Islam adalah biasa. Tetapi ahli jemaah , contohnya Ikhwan Muslimin Mesir tak pernah jadi batu api melagakan kepimpinan kerana mereka tahu batas-batas adab berjemaah.

Setenggah blog pro Pas, menghala senjata senjata ke arah sesama sendiri sehingga lupa musuh sedang bertepuk tangan melihat gelagat setenggah bloggers Pas yang menulis sesedap hati dan rasa. Berlagak sebagai penganlisa politik yang kononnya tajam dan ada juga cuba berlagak sebagai ulamak yang serba tahu dalam hal agama.

Sepatutnya tugas para bloggers Pas ialah cuba untuk berfikir ke arah memperkuatkan Pas, tetapi tanpa disedari melemahkan Pas dan menulis apa yang belum pasti kesohihannya.

Apa salahnya mereka bertanya pada pemimpin Pas sendiri mengapa sekian-sekian gagasan atau perbedaan pendapat berlaku kalau mereka mahu bersikap adil terhadap pemimpin tertentu.

Adakah dengan memaki hamun pemimpin jemaah sendiri boleh menyelesaikan masalah?.

Memang terdapat beberapa orang pemimpin Pas yang sepatutnya berehat kerana kelemahan memimpin, tetapi jangan hukum mereka dengan maki hamun yang tak banyak membantu.

Berdasarkan keadaan ini, ana mengambil keputusan berehat menulis sementara waktu dan lagipun kesihatan tak mengisinkan.

Selamat berjuang.

2009 Oktober 30 21:08

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP