Mudahnya pemerintah habiskan wang tetapi bila rakyat minta bonus kata ekonomi merosot

>> Khamis, November 05, 2009


Sejak dahulu sampai sekarang begitu feel pemerintah suka berhibur berseronok dan berfoya. Hasilnya feel ini banyak wang dihabiskan.

Di Terengganu musim tengkujuh makin menjelang tiba. Lepas ini berseronoklah pembesar negara menghabiskan wang rakyat dalam sukan Monsoon Cup. Sukan mewah di anjurkan di Terengganu dimana rakyatnya miskin.

Setiap kali sukan ini berlangsung kerajaan membelanjakan lebih 300 juta. Hasil kepada rakyat Terengganu tidak seberapa kecuali pulangan pihak kroni pemerintah yang mengaut hasil mahysul negara.

Tidak serik dengan itu, kerajaan pula dikatakan akan terlibat dalam perlumbaan kereta Formula One. Penglibatan Malaysia dalam perlumbaan F1 ini juga dikatakan akan menelan lebih RM300 juta setahun.

Tahun depan pasukan F1 Toyota mengumumkan mahu menarik diri kerana hendak menumpukan pengeluaran kereta. Syarikat kereta terbesar di Jepun itu mula berdepan masalah kewangan dan pulangan yang tidak menguntungkan dalam penglibatan sukan terbabit.

Sebelum itu pada tahun lepas pasukan F1 Honda menarik diri daripada penyertai perlumbaan tersebut kerana faktor yang sama.

Setakat ini syarikat kereta yang masih memberi pulangan keuntungan dalam penglibatan sukan tersebut iaitu Ferreri. Mercedes tidak melibatkan syarikat tersebut secara langsung tetapi pelaburannya cukup menguntugkan kerana syarikat yang terlibat dalam F1 membeli enjin mercedes.

Tidak ada negara yang terlibat secara langsung dengan F1 tetapi Malaysia dikatakan cukup berani mahu habiskan wang tetapi PM kata bukan duit kerajaan tetapi syarikat.

Syarikat mana tu wahai Najib kalau tidak dapat projek kerajaan? Sama la macam Piala Monsun tu. Yang pelik kau ni Najib bila kakitangan kerajaan mahu bonus kau boleh siniskan mereka supaya orang kerajaan ni sedar sikit masa nak minta bonus. Masa ni tak sesuai kata Najib tetapi yang kau menghabiskan duit tu sesuai sangat la tu.

2 comments:

Tanpa Nama,  5 November 2009 pada 11:54 PTG  

Melihat kepada tulisan tn, rasanya tn tidak layak untuk mengajar PM terutamanya dalam keputusannya mengenai bonus kakitangan awam 2009. Membayar bonus melibatkan berbillion rm , itu yang membantutkan bayaran bonus tahun ini. Saya kakitangan awam, kumpulan A, saya dapat menerima kenyataan bahawa keadaan semasa tidak mengizinkan kerajaan untuk membayar bonus.

Lain kali kalau tn nak menulis, biarlah informatif bukannya sedap dibaca tetapi faktanya kosong, menyalahkan orang lain tak sedar diri sendiri haprak dan muflis.

Nan al-Binjai 6 November 2009 pada 4:01 PTG  

Kamu Tarak nama kumpulan A punya kaki memang tidak ada hati peruk tidak memahami langsung perasaan kakitangan kerajaan peringkat bawah.

Nak ampu PM pun jangan sampai tidak boleh terima kritikan orang bengong.

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP