Arab identitinya dengan Islam. Begitu pula sebaliknya tetapi apa daya, para pemimpin negara Arab ternyata lebih kejam kepada orang Islam daripada pihak lain, termasuk bangsa Yahudi, kata Mursyidul Am Ikhwan.
Mahdi Akef, berkata pada akhir Oktober lalu, terdapat sebuah konspirasi global yang diracun di tengah bangsa Arab.
“Di negara anda, ada orang yang lebih hina daripada Zionis! Mereka membantu negara jahat (Barat) yang ingin menakluk bangsa kita kerana mereka tidak mampu menjajah dengan senjata, mereka menggunakan cara hina.”
Memang ketika ini, banyak terjadi kejadian di Timur Tengah yang membuat umat Islam terhiris. Di Iran, orang Sunni ditangkap dan dibunuh, sedangkan bangsa Yahudi dibiarkan hidup dengan bebas.
Di Saudi, setiap pengajian akan disiasat dan pengajarnya boleh dipenjara. Di Mesir, aktivis dakwah ditangkap dan dipenjara, bahkan diseksa.
Menurut Mahdi, ketika ini para pemimpin bangsa Arab menjalin hubungan dengan Zionis dan penyokongnya.
“Hal ini berlaku di Mesir, khususnya. Ketika itu saya melihat korupsi, apa lagi yang boleh saya katakan? Saya tidak punya kata-kata untuk menggambarkannya. Hal tersebut merupakan suatu kegagalan dalam segala bidang.” ujar Mahdi.
Mahdi juga mengingatkan tentang keadaan Palestin ketika ini dimana orang dari luar negeri Arab melakukan usaha untuk menghentikan serangan Israel terhadap Palestin sebaliknya Liga Arab dan para penguasa Arab berdiam sahaja.
Namun Mahdi juga tidak lupa menyatakan bahawa semua itu sebagai cabaran dan ujian dan merupakan perkara yang memang harus dihadapi oleh setiap aktivis dakwah di manapun mereka berada.
-
0 comments:
Catat Ulasan