Bolehkah anda terfikir seorang yang berilmu tinggi dalam bidang hadis, bekas mufti, bergiat aktif dalam ceramah, kuliah dan dakwah serta menyampaikan ilmu di pusat pengajian tinggi (IPT) boleh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Islam Gombak Timur, Keramat?
Persepsi umum orang awam apabila ditangkap dan dibicarakan di mahkamah syariah maka orang itu tentu ada masalah, orang itu jahat malah lebih teruk lagi jika ada yang berpandangan ulama itu berkhalwat ke atau bergaduh laki bini.
Sebab itu kita perlu kepada reformasi bukan sahaja kepada pemerintahan tetapi undang-undang yang berkait dengan Islam.
Sejarah telah banyak di hidangkan supaya kita tidak lari daripada panduan yang baik. Malah al-Quran mengambarkan bagaimana manusia menjadi pembunuh utusan Allah seperti Nabi Zakaria.
Sejarah Rasul dan Nabi dengan musuh pada zamannya berlaku pertembungan baik dan jahat. Maka apabila kita menyemak perkara tersebut patutlah kita menghalusi diri kita adakah kita termasuk golongan baik atau golongan jahat. Golongan para utusan Allah atau musuh utusan Allah.
Kita perlu semak apakah kita termasuk orang yang mengfitnah ulama seperti yang berlaku keatas ulama besar Imam Ahmad, Abu Hanifah, Ibnu Taimiyah, Muhammad Abdul Wahab dan lain-lain?
Apakah kita juga termasuk orang yang menangkap ulama muktabar yang mahu menyampaikan ilmu mereka?
Selidik diri kita dipihak mana kita berada. Mungkin ada kalanya kita perlu kepada khalwat, menyendiri untuk menyemak diri kita kembali sama ada diri kita termasuk dalam golongan tersebut.
Bermunajatlah kepada Allah supaya kita tidak termasuk manusia yang gelap hati tentang kebenaran dan kebaikan, supaya kita tidak gelap hati sehingga sanggup menangkap ulama.
Allah SWT mengingatkan kita atas dunia inilah tempat untuk kita mencari jalan kebenaran. Atas dunia inilah tempat untuk kita mengenali baik dan jahat. Atas dunia inilah untuk kita mengenali ulama yang menyampaikan ilmu kebaikan dan kebenaran. Di akhirat bukan lagi tempat menyesal.
Orang tua sudah mengajar kita tentang rasmi padi makin berisi makin tunduk, kerana kesombongan dengan ilmu kita akhirnya membawa padah kepada diri kita sendiri baik atas dunia mahupun di akhirat.
Sikap tidak sombong atau bodoh sombong dengan ilmu dapat cegah kita ke neraka atau atas dunia pula termasuk golongan jahat.
Kita perlu kembali kepada al-Quran, hadis dan ijmak. Jika tidak selagi itu ulama tidak aman menyampaikan ilmu mereka.
Undang-undang yang tidak betul terhadap pendakwah perlu dipinda. Jika tidak Islam tidak berkembang.
Ilmu Islam itu luas. Jangan pula para ustaz yang menyekat keilmuan tersebut sedangkan orang awam boleh terima dan pelajari tanpa berlaku perpecahan.
Sebab yang berlaku perpecahan kerana ada para ustaz yang mempunyai keilmuan tidak tinggi dan menuduh pihak lain ajar ilmu sesat bila dia tidak pernah dengar apa yang ustaz lain ajar.
Orang Islam mahu mencari ilmu supaya dapat mendirikan amalan lebih tepat serta sesuai dengan sunnah Nabi saw dan bukan ajaran yang sengaja diada-adakan.
Mungkin orang tanya, apa buruknya kenduri arwah? Memang tidak buruk apa lagi pada ustaz yang pelahap. Kepala fikir tentang makan sahaja tetapi apakah para ustaz tidak fikir kerana kenduri tahlil itulah yang menyebabkan orang miskin berhutang bila ada kematian keluarga.
Apakah ustaz tidak fikir kerana amalan yang sudah jadi sebati itu menyebabkan mereka yang tidak buat kenduri tahlil dipandang serong.
Sedangkan dalam Islam, Nabi saw mengajar apabila berlaku kematian para jiranlah yang pergi mengembirakan hati keluarga simati.
Bukan kita yang tambah beban mereka. Kitalah yang patut sediakan makanan untuk mereka kerana mereka sedang bersedih.
Mereka sedang gundah gulana kenapa kita pulak mahu membebankan mereka supaya menyediakan makanan untuk kita makan selepas tahlil. Tidak burukkah perangai ustaz macam ni? Ustaz yang hanya pentingkan peruk daripada sunnah yang memuliakan dan tidak menyusahkan keluarga simati.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). tuduh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Beliau tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, Dr Mohd Asri telah ditahan Jais kerana didakwa mengajar agama di Ulu Kelang tanpa tauliah pada 1 November lalu.
Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.
-
0 comments:
Catat Ulasan