Ustaz Abu Bakar Chik, Kamaruzaman pulak jadi mangsa serangan

>> Isnin, November 09, 2009

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan selepas itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharudin Tantawi kena balun bila mereka ini pertahan ketua mereka.

Setiap pemimpin ada pengikut setia. Jadi apa salahnya mereka pertahan pemimpin mereka kerana persepsi orang luar itu belum tentu betul dan belum tentu salah. Pengikut setia ini tentu lebih maklum dan tahu kelemahan pemimpin mereka. Jadi pengikut setia ini bertanya dari mana sandaran yang mengatakan Presiden PAS itu sama seperti dikatakan Pak Lah versi PAS.

Kalau Aziz Bari bersedia mengemukakan pandangan mengatakan Presiden pro-Umno tentu ada hujah kukuh beliau bagi mensabitkan betulnya persepsi beliau. Kalau tidak orang lihat pandangan seorang Prof hanya dikutip tepi jalan. Di kutip daripada orang yang kecewa dan jatuh dalam PAS.

Dalam ucapan awal Aziz sudah pusing 360 darjah katanya Pak Lah versi PAS dan pro-Umno tidak lagi berbangkit. Sedangkan peserta seminat perkukuhan PAS di Taman Melewar mahu dengar hujah beliau apa yang dikatakan pro Umno dan Pak Lah versi PAS.

Beliau tidak berani berterus terang dan akhirnya orang melihat hujah Prof hanya dikutip tepi jalan dan bukan selayaknya dicakap dan ditulis oleh orang seperti Prof. Ketika itu orang lihat Prof drop habis dan sudah tidak layak lagi bercakap atas kapasiti prof sehingga Prof terpaksa disokong dan dijolok oleh Khalid Samad baru mampu bersuara tetapi tetap berselindung.

Akhirnya beliau menyifatkan sukar untuk beliau bercakap di sini tempat umum dan mungkin sesuai jika dalam majlis yang jumlah agak kecil.

Kalau tang orang yang dia kutuk boleh tulis tempat umum tetapi kenapa pulak bila diasak bukti dia mahu tertutup. Ini macam lempar batu sembunyi tangan.

Nasib baik pagi tu Prof Dr Hassan Hasbullah yang pertahankan beliau. Kalau tidak malu besar juga Aziz Bari.

PAS sedia dikritik. Malah pemimpinnya pun begitu tetapi dengan perkataan yang tidak elok itu sudah dianggap menghina. walaupun Aziz tidak akui itu hina tetapi perkataan `hilang stim' bagi orang sebelah pantai Timur dia ada unsur lucah malah satu kelamahan yagn dianggap hina kepada orang lelaki.

Aziz bukan orang hebat pun kerana sifatnya yang terikut dengan sentimen puak tertentu atau geng sepengajian dia dahulu. Orang-oragn seperti ini sebenarnya sudah keluar dari PAS mahu makan sedap dalam perjuangan dan joint dengan Anwar.

Kalau perangai dia ni boleh mudah masuk Umno tanpa kajian ilmiah al-Quran, Hadis dan ijmak sebab itu dia boleh tuduh orang mudah-mudah nak masuk Umno. Orang kata kita berdsarkan hukum dan nas dia kata kita nak masuk joint Umno. Apa punya manusia macam ni.

Dia sudah makan enak ketika itu dan bila tak dapat tempat kerana Anwar diterajang dalam Umno dia orang ini terhegeh-hegeh masuk PAS. Kalau masuk tolong dan buat baik bagus la tapi jadi pengacau. Orang PAS lama sedia korban bagi dia jadi calon tetapi mereka ni tidak tahu berterima kasih malah jadi spy dalam PAS dedah kepada orang lain luar parti.

Orang luar parti ni diguna serang PAS. Kenapa mereka tidak berani tegur dalam mesyurat Ajk PAS Pusat. Kepada perlu dikebel diluar. Kenapa berani diluar wahai Dr Zul. Hang oragn AJK PAS Pusat terus terang la supaya Hadi, Mustafa Ali, Nasharuddin, Hasan Ali letak jawatan.

Tegurlah secara beradap. Jangan sampai londeh seluar kawan tu... Adapnya Dr Zul hang kena tegur kat dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Kalau malam ni mesyuarat malam tu juga Anwar Ibrahim tahu isi mesyuarat AJK PAS Pusat, apa nama adapnya wahai geng-geng Erdogan. Ini bukan nak baiki jemaah tapi nak hancur jemaah namanya. Kalau hang orang tak berani jangan nak salahkan orang lain.

Jangan marah Dr Zulkifli Ahmad ya ni persepsi...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP