Dua sejarah akan ditempa hari ini

>> Sabtu, November 07, 2009


Pagi ini hingga ke petang, kemungkinan hawa Taman Melewar panas berikutan orang berbahas di Markaz Tarbiyyah PAS di situ.

Keputusan yang akan dicapai dalam perdebatan berikutan masalah PAS dibicarakan secara umum tersebut insya Allah akan diketahui petang nanti.

Selepas itu bagi menenangkan perasaan yang panas orang PAS terutama Kelantan dan Negeri Sembilan boleh pi Bukit Jalil tengok bola.

Siapa menang dan siapa kalah akan diketahui malam itu juga. Pasukan yang menang akan dijulang dan malanglah nasib bagi pasukan kalah, silap-silap boleh dibedah macam PAS.

Mana satu nak sokong ni Kelantan negeri PAS tetapi orang PAS negeri Sembilan berdoa supaya negerinya menang apa lagi masing-masing tak pernah pegang piala Malaysia.

Kepada PAS kita ucapakan selamat berbincang. Cari jalan yang terbaik bagi memajukan dan meningkatkan keupayaan parti daripada berbalah berpanjangan. Contoh jelas kita boleh tengok MCA sampai sekarang tidak sendik.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP