Populariti PAS meningkat bila keterbukaan seminar bukan EGM, kata Prof Dr Abu Hassan

>> Ahad, November 08, 2009

Dalam kajian Prof Dr Abu Hassan Abdullah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) salah seorang panel seminar PAS semalam di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur menunjukkan imej PAS makin merosot selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Namun begitu beliau tidak menafikan ramai pihak terkejut dan mengikuti perkembangan PAS bila PAS bersedia mengadakan seminar dan mengundang beliau sebagai panel.

"Terus terang saya sebelum ini tidak mengambil peduli dengan PAS tetapi bila timbul isu ini menyebabkan saya mula mengkaji dan terpaksa buka buku di perpustakaan. Saya dapatkan maklumat dari buku Ahmad Lutfi Othman bertajuk dua wajah," katanya.

Beliau turut memuji PAS mengadakan seminar seumpama itu, katanya: "Jangan adakan EGM tetapi baik dengan adanya seminar seperti ini supaya berlaku kecerdikan minda."

Beliau berkata demikan dalam sesi percambahan minda pada sebelah pagi. Seorang lagi panel ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Banyak perkara yang dibincangkan pada pagi itu tetapi saya mengambil anggel ini sebagai perkara yang penting dan ia juga tidak dilapor oleh media walaupun Harakahdaily.

Saya tertarik terutama dalam soal EGM dimana pemimpin dan orang PAS pada awalnya cukup teruja dengan EGM apabila melihat MCA berjaya menyelesaikan kemulut dalamannya melalui Mesyurat Khas tersebut.

Rupanya keputusan MCA yang dikatakan berjaya itu sebaliknya kemulut kepimpinannya bertambah parah dan tidak selesai sehingga kini.

Kalau PAS dilihat berjaya padam api yang mula marak dalam parti itu tetapi MCA sehingga kini belum berjaya macam kebaran hutan di Amerika Syarikat memerlukan berbulan-bulan mahu padam.

Malah dikatakan api dalaman MCA itu sudah merebak ke negeri iaitu perhubungan dan Bahagian.

MCA pada mulanya ada dua kelompok iaitu Ong Tee Keat, Presiden dan Chua So Lek Timbalannya tetapi selepas EGM wujud pula satu lagi iaitu Liow Tiong Lai yang baru dilantik Timbalan Presiden MCA ganti kepada Soi Lek.

Sebaliknya ROS yang lambat buat keputusan tiba-tiba mengeluarkan keputusan bahawa Soi Lek sah Timbalan Presiden MCA. Maka ada dua timbalan. Sebelum ini PPP ada dua Presiden.

Kenapa? Apakah bala keatas Najib PM satu Malaysia. Politik tidak boleh asing dari Islam dan ulasan sudah tentu berkait dengan hukum Allah SWT. Kalau Najib boleh buat dekat Perak menjadikan dua Menteri Besar maka tidak hairan kalau Allah mahu perkena Najib bahawa aku boleh balas apa yang kamu buat ke atas rakyat Perak dan lihatlah apa yang berlaku kepada MCA dan sebelum itu PPP.

Jadi Peristiwa MCA yang Allah SWT tunjukkan menyedarkan kita. Sekali imbas nampak bagusnya EGM tetapi Allah SWT memecah tembelang penyelesaian EGM itu bagus kerana sifat yang ada pada manusia itu.

Dalam Islam mesyuarat itu lebih baik dengan kembali kepada al-Quran, hadis dan ijmak. Penyelesaian berpandukan kepada ilmu bukan kemarahan dan tuduhan yang tidak berasas. Sekiranya kesalahan boleh dibuktikan hukumlah dengan selayaknya bukan dengan cara melampaui batas.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP