Maaf pedang Aziz Bari sumbing

>> Sabtu, November 07, 2009

Feel Prof Dr Abdul Aziz Bari pensyarah undang-undang di Universiti Islam Malaysia (UIA) macam sahabat Nabi saw ketika menegur Abu Bakar. Saya pun tidak berapa pasti kisah ini berlaku zaman Abu Bakar atau Umar, saya minta maaf banyak-banyak kerana lemah ingat kisah ini tetapi yang kita nak ambik pengajarannya ialan keberanian sahabat itu tegur pemimpin.

Kata sahabat yang hebat itu sambil menghunus pedang, wahai Abu Bakar pedang ini akan memancung leher mu kalau kamu keluar daripada nas al-Quran dan hadis. Sebaliknya pemimpin Islam itu tidak pun marah kepada sahabat tersebut malah memuji kerana ada orang yang berani tegur pemimpin demi Allah dan Rasul.

Apakah Aziz Bari seumpama sahabat yang berani tegur pemimpin itu. Namun begitu apa yang jelas Tok Guru Abdul Hadi bukan pemimpin beliau kerana Aziz Bari bukan orang PAS.

Kedua, apakah kesalahan Tok Guru Abdul Hadi sehingga terpesong dan terkeluar daripada nas tersebut sehingga sanggup untuk menghukum sedemikian?

Atau apakah Aziz Bari juga akan menerima padah sebagaimana nasib pemimpin yang kencang mengutuk sebelum Muktamar PAS Jun lalu. Akhirnya para perwakilan menghukum mereka. Orang yang mengumpat biasa tidak mendapat tempat dihati perwakilan.

Kalau pedang sahabat tajam tetapi rupanya pedang Aziz Bari sumbing. Kita tidak tahu sejauh mana pengetahuan Aziz Bari tentang Islam. Apakah beliau tidak faham apabila Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kata PAS ada kaedah dalam hubungan dengan parti-parti lain iaitu tahaluf siyasi. Apakah Aziz Bari faham soal ini.

PAS tidak berhubung dengan mana-mana parti politik dengan semborono tetapi ikut hukum kerana PAS bukan semata-mata parti politik tetapi ia parti politik Islam, gerakan Islam yang mengambil kaedah hukum dalam memutuskan sesuatu. Ia bukan macam PKR atau DAP dan parti politik lain seperti Umno dan lain-lain.

PAS mengambil kaedah demi kepentingan Islam bukan seperti parti lain untuk kepentingan diri dan bangsanya.

Dalam soal nak kutuk tu tak salah nak mengata tetapi berdepanlah dengan orang yang kita nak kutuk. Akhlak Islam nak tegur biar berdepan jangan tegur belakang nanti jadi umpat. Lagi pun bagi adil supaya orang kita kutuk boleh jawab tetapi Aziz Bari terus hayung pedang nasib baik pedang Aziz sumbing tak luk.

Aziz Bari orang yang berani. Guna keberanian demi kepentingan Islam tetapi bersediakah Aziz Bari terjun dalam arena politik seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi.

Ha ha ha bersediakah Aziz Bari hilang wang bulanannya untuk terjun dalam arena politik. Kalau nak tahu pahit manis berjuang eloklah terjun sama. Jangan dok ditebing tak rasa dalam dan derasnya arus.

Ingatlah Aziz, orang PAS tetap bela pejuang Islam daripada orang seumpama Aziz yang mahu turun berjuang bila dah hampir menang. Masa PAS sentiasa kalah dahulu tidak bunyi pun.

Apakah Aziz terlalu mengharap sangat dengan PAS kerana mahu pastikan Anwar jadi PM? Itu menunjukkan PAS sangat diperlukan bukan cemburu jawatan PM.

Artikal ini mengupas wawancara malaysiakini dengan Aziz Bari untuk dapatkan artikal itu klik di sini dan di sini.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP