Orang berilmu walau beza pendapat tetapi tidak gaduh

>> Selasa, November 10, 2009


Apa yang menjadi masalahnya orang yang tidak berilmu bila beza pendapat mula tuduh orang itu tidak betul. Dia sahaja yang betul. Malah paling teruk dituduh sampai peringkat kafir.

Dr Asri pendapat dia tentang politik berbeza sikit dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Malah Asri dilihat sealiran dengan Tok Guru Abdul Hadi.

Namun begitu orang berilmu dia tidak melihat perkara tersebut suatu yang mesti dibalahkan atau saling tuduh menuduh tetapi ia mesti dibincangkan. Jika salurannya betul natijahnya baik.

PAS adalah pertubuhan jemaah dan mempunyai disiplin berdasarkan Islam. Sebagai orang Islam tidak boleh cakap belakang itu mengumpat. Sebagai pemimpin jemaah Islam, adab musyawarah tidak boleh didedah kepada orang lain kecuali perkara yang diputuskan boleh diisytihar umum.

Saya nak juga sentuh mengenai isu yang ditimbulkan dalam blog terutama Tulang Besi dan dipanjangkan oleh blog lain seperti husein dan sewaktu dengannya. Isunya dikatakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik (ABC) sergah Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam mesyuarat khas PAS, baru-baru ini, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pertama Jawatankuasa PAS Pusat mesti mengambil tindakan kepada sesiapa yang memecah hal atau perkara yang bersangkut paut dalam mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat memang tempat berbincang dan kalau berani kutuk pun kutuk sebab kalau tidak kutuk orang tidak akan dengar pendapat kita. Kalau berani melenting pun melenting la. Jangan berani melenting kat luar mesyuarat dalam paper atau blog tetapi dalam mesyuarat bukan main lembut lagi.

Mesyuarat adalah tempat tertutup dan dibenar balun membalun kalau berani tetapi saya tengok geng-geng yang disokong Tulang Besi hanya berani di luar. Guna orang luar nak balun Presiden. Tengok Khalid Samad dok jolok Dr Abdul Aziz Bari. Kenapa dia tidak suruh geng dia seperti Dr Zulkifli Ahmad ke balun Presiden supaya letak jawatan dalam mesyuarat tetapi tidak mereka ini hanya berani di blog, pepar dan tempat awam. Akhirnya ia menghancurkan parti.

ABC kalau dia sergah Tok Guru sekalipun dia guna saluran betul. Secara berdepan itu dipanggil tidak mengumpat. Tidak sebagaimana Aziz Bari balun kat Malaysiakini pada hari Jumaat tetapi hujahnya boleh pusing 360 darjah bila bentang di Seminar pengukuhan PAS, di Markaz tarbiyah PAS Taman Melewar.

Memang PAS jemput dia sebagai tamu untuk mendengar hujahnya tetapi bila dia pusing kata Pak Lah versi PAS dan pro Umno tidak berbangkit, jadi ia semacam tuduhan liar.

ABC telah menggunakan saluran betul menegur dan berpendapat dalam jamaah. Itu bermakna dia tidak mengumpat kerana orang yang hendak dia kata ada depan dia.

Terasa secara berdepan mana lebih baik terasa di belakang. Terasa di depan kita boleh libas balik atau kalau kita tidak tahan sekalipun pun kita boleh kata yang kita tidak setuju dia balun kita dengan perkataan-perkataan tersebut. Kita boleh minta orang yang kata kepada kita supaya boleh tarik balik. Ini adabnya.

Sebaliknya bila lempar dan mengatakan orang kat luar macam mana orang tu nak jawab balik. Malah orang yagn kena tuduh pun terasa malu. Dia pun ada maruah.

Macam Presiden PAS dia tu ada maruah. Siapa yang bela dia bila diserang secara peribadi oleh Dr Aziz Bari. Orang macam geng Tulang Besi bersorak bila Aziz tulis macam tu. Gegn ini mengaku orang PAS tetapi bukan mahu pertahan Presiden malah ambil peluang tikam sama.

Sejarah Islam banyak menceritakan orang seperti ini. Dia tidak berani dalam mesyuarat tetapi dia berlegar diluar mesyuarat dan dedah hal mesyuarat. Penulis blog pula dapat bahan daripada orang seperti ini jadi tukang sebar perkara dalam jemaah.

Tulisan kutuk Tok Guru Abdul Hadi yang dikatakan Aziz saya tidak kutuk Presiden tu masuk Malaysiakini sedangkan Tok Guru Abdul Hadi langsung tidak diberi ruang. Walaupun Aziz nafi dia keluar bahasa kutuk tetapi perkataan `hilang stim' satu yang boleh menjatuhkan maruah terutama tafsiran pada orang Pantai Timur.

Tetapi siapa yang mempertahankan Presiden atau pemimpinnya. Sebaliknya geng itu beri peluru lagi kepada Aziz untuk perlekeh Presiden.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP