Isu Dr Asri: Tan Sri Khalid sentiasa berkata Sultan tidak mahu campur politik dengan masjid

>> Rabu, November 04, 2009

Walaupun Exco agama di Selangor, Dr Hasan Ali tidak membangkitkan perkara tersebut dalam ceramah beliau terutama di masjid tetapi bila program bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sering kali menimbulkan perkara tersebut.

Jadi boleh kita fahamkan di Selangor bukan semudah yang kita jangka dan kita tuduh di blog. Kita tidak tahu hakikat sebenar dalaman Selangor bolehlah kita orang ini dan orang itu tidak buat kerja.

Isu bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan Jais merupakan tindakan pihak Jais yang mendapat sokongan bangsawan. Sebab itu mereka berani bertindak sejauh itu. Bukan mereka tidak tahu Asri mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan anak beliau Marina tetapi mereka lebih sedar sokongan kepada mereka lebih kuat berbanding dengan Mahathir. Apa lagi Perdana Menteri, Najib Razak bukan tahu soal agama.

Pengarah Jais pula rasa lebih besar arahan Sultan daripada Exco. Saki baki biru dalam Jais memang sukar terhakis. Walaupun Umno tidak berkuasa tetapi mereka ada kuasa lain yang menyebabkan sukar kepada kerajaan negeri mengatur bentuk kerajaan negeri yang diinginkan rakyat.

Jadi penulis blog yang gatal menulis tu siasat lebih teliti jangan sentimen lebih menguasai diri sehingga kita menulis menjadi satu fitnah.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP