Penulis blog seronok hits daripada kepentingan Islam

>> Isnin, November 09, 2009

Malam ketika mahu mengikuti kuliah Ustaz Mohd Zain di Surau Taman Melewar pukul 9.30 malam sempat juga berbincang dengan kawan-kawan sebelum kuliah bermula.

Maklumlah ustaz belum sampai borak la dulu... Isunya tentang penulisan blog. Terdapat penulis blog membelakangkan prinsip kewartawanan, iaitu memberi keadilan kepada pihak yang dituduh kalau persepsi... persepsi la. Tapi ya la itu hak penulis blog cuma jangan sampai jadi fitnah.

Menjadi masalahnya banyak fitnah ataupun persepdi yang tidak tepat. Akhirnya mengundang fitnah. Pembaca pula bersikap menerima tanpa mengkaji maklumlah penulis blog itu lebel dia ustaz dan walaupun tidak ustaz dia rapat dengan pemimpin.

Satu perkara lagi penulis blog langsung tidak fikir tentang amanah pihak lain atau kerahsian pihak lain. Kalau pihak yagn ditanya itu jenis bertanggungjawab atau amanah selamat parti tetapi kalau jenis nak ambil peluang kucar kacir parti... habis...

Mungkin juga mereka tidak bermaksud nak kacau parti tetapi tindakannya itu yang jadi kacau. Pemimpin kena faham. Hal dalaman mesyuarat parti tidak boleh didedah umum. Penulis blog orang Islam atau orang gerakan lagi patut dia faham kalau pemimpin dia tidak faham.

Saya pun mempunyai persepsi juga dalam soal ini. Kebiasaannya penulis blog salin berhubung atau bersambungan diantara satu sama lain. Maklumat itu akan jadi perpanjangan antara blog ke blog yang lain.

Masa Anwar diterajang daripada Umno. Sambutan penulis blog golongan ini cukup tinggi. Apa lagi mereka ini mempunyai sumber dalaman Umno. Tulisan Raja Petra antara yang paling hits disamping penulis-penulis bekas Umno lain.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini penulis tersebut sudah kurang ummph.. barangkali maklumat dalaman parti Umno sudah terputus ataupun Umno mula menyekat amanah parti daripada merebak.

Malah Umno juga mengguna wang membeli penulis blog. Sehingga kini ramai penulis blog mulai dikuasai Umno dengan tawaran wang.

Penulis blog daripada PAS dan PKR atau pembangkang mula kekurangan sumber untuk menulis. Kata arwah Haji Taib yang akhir hayatnya bersama Harakah pernah berkata: "Berita atau bahan sama ada artikal ni ada ketikanya banjir dan ada ketikanya kering. Jadi kita kena ingat dan berjaga musim dia kering."

Itu sebuah organisasi besar penerbitan tetapi penulis blog ni kalau kering dia nak dapat bahan kat mana. Kalau tak ada sekali pun copy and paste la. Itu la kerja mudah dan paling malas dalam dunia blog tetapi kerana mahu jaga hits dan supaya pengunjung tidak hilang maka buat kerja malas tu. Paling bermasalah lagi tanpa dia kaji dulu bahan yang dia ambil sama ada betul ke tidak yang penting hits.

Kalau hits tinggi popular la blog tu. Ini biasa la macam pendakwah bebas juga kalau dia lebih popular lebih banyak job kuliah atau ceramah. Biasa la tu kan tetapi yang penting di sini ikhlas membezakan seseorang ustaz. Bagaimanapun hits blog bukan menguntungkan sangat pun cuma kalau mereka rajin cari iklan tu hits jadi modal.

Walau pun begitu jenis yang suka menulis akan tetap menulis. Itu kepuasan walaupun tak ada orang baca tetapi yang mahu jaga hits walau apa keadaan sekali pun kena cari bahan untuk tulis.

Sahabat saya Ibnu Hasyim dia ni suka ke luar negara. Jadi ada kelainan tulisan dalam blognya. Maka bertambah pengunjung. Dia ni bagus juga kerana ada tarikan tersendiri. Dia tidak pergi negara maju kerana negara maju ni dah ramai orang tulis dalam blog tetapi negeri yang dia pergi negara mundur. Orang tak tulis cerita negara mundur tetapi dia cerdik mahu tambah hits buat lain daripada orang lain buat.

Bila Mat Hasyim ni bila dia pergi luar negeri senang hati kita baca tulisan beliau tetapi bila dia ada dalam negara dia pun pakai main bahan kering juga apa lagi salin dari penulisan lain juga. Kalau dia buat kerja salin tu mengkaji bahan yang dia nak masuk bagus juga tetapi dia pun pakai main sumbat juga.

He he he persepsi Mat Hasyim jangan marah ye.....

Begitu ceritanya kalau orang macam Mat Hasyim buat macam tu apalagi dengan penulis blog lain sama juga la.

Oleh kerana penulis blog yang kering bahan ni orang PAS maka bahan dia banyak tentang PAS. Maka saling berlumba la tulis cerita PAS. Tambah fitnah lagi seronok dan meter hits bertambah. Syaitan pulak tu dok jolok je tambah reka cerita. Bisik syaitan kutuk la sikit lagi. Kalau tak kutuk orang tak baca. Hang kutuk presiden lagi banyak orang baca. he hehehe...

Kalau penulis blog itu orang pertama yang pecah rahsia parti atau dia dapat maklumat dulu dia lah yang paling hebat. Blognya sentiasa akan dibuka. Umno pun buka. Ialah dah ada peluru kat situ ambil je la. Penulis blog hok lain ni orang PAS juga tapi dah rasa hati tu cerita menarik maka disambung-sambung dan dihubung-hubung. Ada juga bahan. Tambah juga atau dapat juga jaga hits.

Mereka ni tidak fikir panjang. Tidak fikir kesan kepada parti. Apakah sebab golongan muda ini mula tidak minat dengan PAS. Apakah kerana sebaran maklumat ini. Orang muda banyak acses internet dan akan menjadi bosan bila mendapat maklumat pemimpin PAS asyik bercakaran.

Amanah kena jaga. AJK PAS jangan begitu mudah menyebar maklumat mesyuarat kepada pihak lain. Kalau ada agenda kita sekalipun guna saluran betul. Kenapa tidak sabar muktamar kan ada lagi tahun-tahun depan...

Baca jangan marah masing-masing ada persepsi... kah kah kah

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP