Peringatan: Fitnah bloggers musuh Islam, jangan ada lagi copy & paste

>> Isnin, November 16, 2009


Saya yang desak sahabat saya di Kuala Terengganu tulis dan jawab fitnah terhadap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik dalam blog.

Walaupun isu fitnah terhadap ABC sudah malap tetapi nama ustaz kena bersih sebab penulis blog bila dia berak atas jalan tapi tak pandai nak sapu.

ABC tidak perlu layan orang macam tu tetapi kita penulis bloglah yang kena pertahan Islam dan pemimpin. Presiden PAS pun dah cakap IT PAS dan penulis blog yang memperjuangkan Islam perlu memainkan peranan aktif untuk menerangkan Islam, perjuangan PAS dan dalam masa yang sama menangkis serangan serta fitnah musuh.

Kalau ikut hati, penulis blog musuh Islam ni tidak perlu sangat kita layan tetapi masalahnya penulis blog yang bersama dengan perjuangan Islam terikut-ikut menari dengan musuh.

Kawan kita penulis blog dalam satu perjuangan ni rasa isu ABC itu benar maka di copy and paste dalam blognya. Malah bila Misbah kata dia boleh kontek semua pemimpin AJK PAS Pusat ada kawan kita masuk sama jawab. Di tuduh pulak Misbah... yang bukan-bukan. Kata penulis blog terhadap Misbah konon cara jawab tu pakai alasan dah lama la. Malah dituduh pulak Misbah sombong.

Isu ini sudah tidak main lagi di blog bila Misbah serang balik penulis itu suruh tunjuk diri. Berani buat fitnah tetapi duduk dalam nama samaran tak berani tonjol sapa orangnya tetapi sampai sekarang dia senyap. Diam menikus tapi sekarang dia dok korek cite lain pulak nak tambah fitnah.

Sebagaimana kata Presiden PAS, Tok Guru Abdul Hadi Awang yang nasihat tulisan fitnah boleh masuk neraka jadi penulis blog jangan terikut-ikut cerita fitnah.

Lagipun kita takkan tarik balik dan minta maaf pun dengan orang yang kita turut sama terikut-ikut sambung menyambung fitnah.

Jangan hairanlah dengan kerja musuh Islam dia tak takut punya neraka. Jadi sebaiknya sebelum kita nak copy and paste dalam blog kita... nak jadi tukang sambung menyambung tu selidik dulu penulisnya macam mana kerana saya tengok setengah blog yang buat isu ABC ni semua posting dia cari kesalahan dan kelemahan PAS sahaja.

Bila ada penulis blog kita dedah hal pemimpin dia pun ikut tari. Rupanya tari kita lebih mabuk maka mulalah bagi peluru kepada musuh.

Berikut adalah tulisan sahabat saya di Kuala Terengganu. Copy and paste lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Amdang, mung kena jawab bagi pihak Terengganu." Sapa seorang kenalan yang merupakan seorang penulis dalam beberapa majalah dan akhbar alternatif menerusi YM!. Juga seorang blogger.

Perkenalan kami bermula ketika PRU 12 lalu dan agak sering juga berjumpa di program-program besar parti. Isu yang beliau maksudkan adalah isu-isu yang melibatkan pimpinan PAS Terengganu diserang, terutamanya yang terbaru isu "Ustaz Abu Bakar Chik menyergah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat".

"Bukan tak nak jawab, tapi nak tengok sejauh mana pembohongan mahu terus dilakukan" Aku menjawab beralasan.

Sebenarnya aku tiada kesempatan untuk menulis bagi menjawab tuduhan yang tiada asas langsung. Sudahlah tiada asas, lebih malang lagi disebarkan pula oleh blogger-blogger lain yang mana langsung tidak menyelidik sumber berkenaan, mahupun mahu mendapatkan kebenaran dari isu yang diperkatakan.

Hari ini, sudah seminggu lebih isu tersebut berlalu. Aku bukan mahu memanaskan isu ini kembali, tetapi aku berasa bertanggungjawab untuk menjawab isu ini dari sudut yang sebenar. Sebenar yang aku maksudkan di sini adalah dengan bertanyakan sendiri orang yang dituduh tersebut.

Alhamdulillah, aku berkesempatan makan semeja dengan Ustaz ABC beberapa hari lalu. Peluang yang ada tersebut aku gunakan untuk bertanya sendiri tentang apa yang dihebohkan oleh blog-blog yang menyerang Ustaz ABC.

"Ustaz, ada blog tulis kata ustaz kata TGNA nyanyuk dalam Mesyuarat Khas baru-baru ni. Betul ke?" Aku mencelah ketika mana dia asyik makan.

"Eh, tak dok" Kata Ustaz ABC menafikan. Dia semacam berfikir semula selepas menjawab.

"Blog mana?" Ustaz ABC pula bertanya.

"Blog XXX.blogspot.com" aku menjawab.

Ketika itu aku difahamkan blog terbabit yang mengeluarkan tuduhan tersebut. Akhirnya aku mendapat tahu sumber tulisan asal dari blog lain. Rasanya tak perlu aku tulis nama blog berkenaan di sini kerana blog berkenaan hanya "copy & paste" sahaja artikel asal.

Aku terbaca juga komen Ustaz Misbahul Munir berkenaan fitnah jahat blog berkenaan, yang akhirnya cuba juga dijawab kembali oleh blog jahat tersebut. Apa yang kelakar bilamana diminta Ustaz ABC sendiri tampil untuk menjawab tuduhan tersebut. Sedangkan Ustaz Misbah sudah mendapat kepastian dari individu-individu lain yang hadir dalam Mesyuarat Khas tersebut tentang tiadanya insiden yang dimaksudkan.

Jika benar ada maklumat, tampilkan siapa yang mendedahkan maklumat tersebut barulah adil dalam membuat pertuduhan. Kenapa nak libatkan semua ahli mesyuarat terbabit bersumpah. Tak logik!. Minta ustaz ABC tampil menjawab pertuduhan pun aku rasa tidak logik. Apakah kerja setiap pimpinan membelek blog setiap hari bagi menjawab setiap tuduhan? Ini lagi tiada kerja!

Betapa mudahnya aku melihat para blogger yang kononnya memperjuangkan kebenaran maklumat "copy & paste" artikel dari blog jahat tersebut. Sudahlah, henti-hentilah menyebarkan dosa dan fitnah.

Mungkin blogger berkenaan 'terfikir idea' Ustaz ABC sergah TGNA selepas melihat Ustaz ABC sergah Prof Dr Aziz Bari.

Wallahua'lam.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP