Peningkatan perceraian umat Islam daripada perspektif berbeza

>> Selasa, November 10, 2009

Pagi tadi sempat juga minum di kedai roti canai Bang Ajiz dekat Masjid Syaidina Ali, Kampung Padang Balang, Gombak.

Ada beberapa kawan masjid sedang sembang dengan Pak Imam. Kata Pak Imam dekat Wilayah ni pasangan umat Islam bercerai tinggi macam mana hendak tunjuk pada agama lain bahawa institusi perkahwinan kita bagus.

Sambut pula Ustaz Mohd Nor, katanya dekat Selangor kenapa ramai bercerai? Beliau yag mengemukakan soalan beliau juga menjawab katanya: "Sebab artis ramai. Hari ini kahwin esok cerai..."

Ya ke....

Perbualan mereka pagi tadi tu berkisar laporan akhbar seorang suami berusia 70 an membunuh isteri kerana menuntut cerai. Nampak dalam gambar lelaki itu berkupiah dan bergari ditahan polis untuk siasatan.

Jangan sangka ya, Orang lelaki tua itu pun melampau-lampau kasih sayangnya. Si isteri yang jadi mangsa bunuh tu pula dikatakan sudah 11 kali kahwin. Hai minat kahwin cerai pulak. ada kelainan sikit ni apa yang dia minta tentang kahwin.

Tinggallah kisah tu kita masuk perbincangan imam tadi. Saya sempat juga mencelah kenapa perceraian umat Islam tinggi berbanding agama lain walaupun perbincangan ini tidak ada statistik tepat.

Kata saya mungkin Imam melihat sikap orang Islam tetapi saya melihat perceraian tinggi adalah juga kerana umat Islam mengelak daripada berzina. Mereka berkahwin tetapi kemudian cerai.

Saya ada statistik punca utama penceraian kerana tidak ada keserasaian. Alasan mudah. Kenapa? Sebab kemungkinan lelaki mahu kahwin lain. Bila tidak dapat berpoligami maka dia ceraikan isterinya dan dapat kahwin lain.

Orang bukan Islam bila dia kahwin tetapi dalam tempoh perkahwinan itu tidak ada jaminan suami atau isteri terpikat pada yang lain. Tetapi dalam agama lain mereka tidak terikat dengan dosa sebab itu mereka boleh simpan perempuan atau perempuan boleh simpan jantan. Setengah tu amal kebebasan seks. Jadi kes perceraian kurang tetapi dalam soal memenuhi seks mereka bercanggah dengan hukum.

Sebab itu orang Islam mengelak daripada amalan seperti itu. Bagaimana pun tidak dinafikan setengah umat Islam sama juga tingkah lakunya seperti orang bukan Islam itu. Jadi rumah tangga mereka selamat.

Ada juga umat Islam yang mempunyai tingkah laku seks seumpama itu tetapi terperangkap dengan pencegah maksiat maka runtuh la rumah tangga dan kahwin lain pulak. Meningkat lagi statistik.

Saya minta maaf la kerana saya melihat perspektif berbeza kerana salah sebab meningkat cerai kerana hukum Islam tidak boleh berzina.

Saya bukan menyalahkan hukum itu tetapi melihat kepada situasi orang muda zaman sekarang yang lebih terdedah kepada bahan seks serta perempuan cantik yang tidak menutup aurat maka orang lelaki boleh jatuh cinta lagi.

Suasana negara yang lebih mengamalkan monogami maka poligami suatu yang dianggap tidak berapa baik. Jadi cara mudah orang lelaki bercinta lagi cerai yang dirasa tidak serasi dan kahwin lagi. Kan meningkat tu statistik.

Ini persepsi dan bagaimana pandangan anda...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP