Kes Dr Asri tiada kaitan politik tetapi masalah mazhab

>> Isnin, November 02, 2009

Saya dihubungi kawan bertanyakan kes Asri ada kaitan dengan politik? Saya beritahu dia tidak ada ini isu mazhab. Pagi tadi saya ada di mahkamah syariah Dato' Keramat mahu juga ikuti kes ulama terkenal ni.

Saya kagum beliau kerana jarang nak temui mufti yang boleh menulis. Allah menyuruh umatnya membaca `iqrak' tetapi kalau tiada penulis macam mana nak baca. Asri memenuhi arahan itu dan menjadikan ilmu Islam lebih meriah dan ceria.

Selain itu beliau berhujah mengikut nas dan pendapat yang kuat bukan semata-mata atas pengajiannya kepada guru ini dan guru itu... ulama ini, ulama itu. Nanti saya tulis kemudian la hal ni... kita balik kepada kes di mahkamah syariah tadi.

Ketika berbual dengan Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin dan selepas itu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Dr Saari Sungib tidak nampak pula kes bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin sebagai isu berkiatan politik atau sebotaj.

Zuraidah apabila saya bertanyakan kenapa kalau isu tauliah tetapi berlaku tangkapan di negeri pakatan rakyat di Selangor ? Kenapa tidak di negeri Barisan Nasional (BN)?, sebaliknya jawapan sindiran yang diberikan beliau kurang difahami saya. Saya tidak tahu sindiran itu dituju kepada sapa-sapa atau Umno.

Ketika berbual beberapa pegawai Jais lantikan politik dan Saari maka bolehlah dibayangkan isu Asri sebenarnya isu Mazhab.

Walaupun beliau dikatakan mendapat tawaran sebagai orang kuat Yadim hasil daripada usaha Shahidan Kasim dan peranan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tetapi kes tangkapan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berlainan dan tiada kaitan daripada isu tersebut.

Nak tuduh pihak tertentu sebotaj pun tidak boleh diterima kerana ini ada kaitan dengan satu dua orang tertentu yang cetek ilmu Islam.

Mereka ini guna Jais untuk tangkap Asri tetapi akhirnya sepeti tidak berani berhujah untuk menuduh Asri tu bermazhab Wahabi.

Kalau sebelum itu Asri membuat kenyataan beliau difitnah pihak tertentu apabila beliau ditawarkan jawatan orang kuat Yadim.

Orang yang buat fitnah pun barangkali orang yang hendak jawatan itu juga. Jadi fitnah memfitnah sesama ulama pun biasa kerana rebut harta punya pasal. gaji la tu...

Umno ni biasa la suka ambil kesempatan akan beri tawaran kepada mana-mana ulama yang dia rasa untung dia. Masalah Asri ni bila ada jawatan tak berani la nak terus terang sokong ni ke sokong mana satu bila ulas pilihan raya. Jadi guna la bahasa kiasan.

Biasa la tu cari makan. Ulama PAS pun tidak berani berterus terang bila jadi pensyarah. Ada tu guna nama samaran lagi buat kenyataan.

Konon nak jaga dakwah. Tak tahu la nak jaga dakwah ke nak jaga duit.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP