Kes Dr Asri: Jabatan Agama perlu tingkatkan keilmuan Islam

>> Isnin, November 02, 2009

Malu... aib. Itu kita dapat luahkan kepada Jabtan Agama Islam Selangor (Jais). Akibat segelintir pihak tertentu yang kurang dan cetek berpengetahuan Islam maka yang cemar imaj Jais.

Sepatutnya sebelum bertindak selidik dahulu siapa yang mereka nak tangkap. Jangan main dok pakai dengar laporan sahaja lepas tu terus tangkap. Laporan pulak tu mungkin main pakai call phone je kot.

Walaupun Jais boleh bertindak dibawah prosuder mengajar tanpa tauliah tetapi pendekatan budi bicara perlu digunakan terlebih dahulu sebelum bertindak. Ini kerana peraturan tauliah atau tidak tauliah itu pun diwarta kerana kepentingan politik pemerintah ketika itu, Barisan Nasional (BN).

Jadi penguatkuasa sebagai pegawai kerajaan kena faham bahawa mereka dibawah kerajaan lain daripada BN. Kerajaan sekarang kerajaan pakatan rakyat (pr). Walaupun undang-undang itu tetap dikuatkuasakan atau tidak dimansuhkan sejak pr memerintah tetapi budi bicara perlu diguna pakai.

Kalau kita nak guna 100 peratus peraturan memang boleh guna malah orang tua pun boleh kita lokap tetapi dalam keadaan tertentu ada budi bicara.

Maka Exco mengenai agama Selangor perlu memastikan kakitangan kerajaan Jais perlu dilengkapi keilmuan Islam yang tinggi bukan sekadar satu mazhab sahaja malah berpengetahuan empat mazhab dan kaedah Islam yang berdasarkan nas al-Quran, Hadith dan ijmak.

Jangan kita asyik tertumpu hendak makmur masjid dan ceramah perdana serta nak ramai orang sahaja yang datang dalam ceramah tetapi lupa untuk memeprtingkat keilmuan Islam kepada orang Jais.

Kita bimbang kot nanti orang Jais hanya faham agama mengikut kepercayaan mak bapak dan nenek moyang dia kerana keturunannya Islam. Langsung tidak fikir mahu tambah keilmuan Islam.

Tambah ilmu Islam secara lebih meluas ini tidak semesti secara formal sahaja malah di masjid dan surau pun boleh dapat. Apa yang pentingnya rajin ke masjid dan surau ikuti kuliah agama. Kalau Exco, Hasan Ali tak jumpa orang bagi tambah keilmuan Islam boleh saya cadangkan nama ustaz yang boleh mengajar Ustaz Mohd Zain ke.. itu salah seorang darinya.

Saya cadangkan tu supaya ilmu Islam kita tambah melas bukan sakadar dalam tempurung. Bila ada perkara baru yang tidak pernah kita dengar kita dah tuduh ustaz tu sesat. Soalnya bukan ustaz itu yang sesat tapi ilmu Islam kita tidak tinggi.

Macam kes bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin sepatutnya diselidiki dahulu apabila terdapat pihak yang membuat laporan. Ini kerana kemungkinan juga pihak yang membuat laporan tu berniat buruk, dengki atau persaingan jawatan. Ulama pun berebut jawatan juga apa lagi jawatan penuh dengan duit.

Kena buat kajian siapa Asri jika tidak yang boleh malu Jais. Kita tengok pagi ini pegawai yang tangkap Asri malam tadi pun tidak muncul di Mahkamah Syariah Dato' Keramat, Selangor.

Jadi siapa yang boleh malu? Semua wartawan dan penyokong Asri menunggu berjam-jam di luar mahkamah. Pegawai penguatkuasa tidak turun pendakwaraya hilang entah ke mana.

Saya pagi ni ada ada memerhati Dr Asri di mahkamah Dato' Keramat ni tetapi oleh kerana malas nak tulis banyak maka ambil laporan Malaysiakini untuk maklumat lanjuk.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai untuk didakwa mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu kehadiran pihak pendakwaan daripada Jais.

Bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Sementara itu ketua unit perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

Mohd Hidayat berkata pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.

"(Tindakan) ini berdasarkan aduan orang ramai yang keliru dengan ajaran-ajaran yang dibawa (Dr Mohd Asri) dan kita bimbang ini akan memecah-belahkan masyarakat," kata Mohd Hidayat.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais. Sewaktu mereka menyemak dengan pihak pendaftar mahkamah, tiada pertuduhan terhadap anak guam mereka difailkan.

Aktivis NGO terkenal Datuk Marina Mahathir turut hadir di mahkamah, selain ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib turut hadir.

Zuraida dan Saari berada di tempat kejadian sewaktu Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

Menurut laporan Bernama tengah malam tadi, Beliau dilaporkan ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jais dan kemudian dibawa ke balai polis Hulu Kelang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor agensi berita itu lagi.

1 comments:

TokTam,  6 November 2009 pada 5:58 PTG  

Maaf cakap. Tok rasa cucu yang dok berbicara tentang Asri perlu selidik hujung pangkal dulu sebelum membuat kesimpulan, tapi bagi tok, Asri tu sebenarnya sedang diuji Allah SWT apabila banyak perkara yang berkaitan agama diajar dengan cara yang salah adabnya dan perlu dibaiki serta muhasabah diri oleh Asri sendiri, itupun kalau dia reti...

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP