Mungkin Khalid Samad je yang baiah talak ni, PAS tak arah pun

>> Rabu, November 11, 2009

Malam tadi jumpa kawan bertanyakan tentang baiah orang PAS yang mahu bertanding Parlimen atau Adun. Baiah dengan taklik talak tiga sekarang banyak diperkatakan di media.

Pemimpin PAS baik Mursyidul Am dan Presiden menafikan adanya arahan rasmi supaya berbaiah dengan cara tersebut.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menulis diblog tentang baiah tersebut.

Saya tidak hairan kalau Khalid boleh menulis mendedahkan isu tersebut kerana dalam ceramah beliau semasa isu lompat parti di Perak menyebabkan kerajaan pakatan rakyat (PR) tumbang kepada Barisan Nasional (BN), pernah bercakap mengenai perkara yang sama.

Mohamad Sabu pun ketika berceramah ketika itu turut membicarakan isu yang sama. Bukan mahu salahkan mereka berdua tetapi itu menunjukkan kekuatan PAS yang tidak mudah dibeli oleh Umno. Memang kerja dia nak jatuhkan orang je.

Saya beritahu kawan saya tersebut, saya rasa mungkin Khalid atau beberapa orang yagn berbaiah cara tersebut. PAS tak arah pun tetapi mereka rasa atau bimbang dengan cabaran masa depan boleh menyebabkan parti jatuh mungkin mereka bersedia membuat pengorbanan dengan baiah seumpama itu.

Kalau Khalid boleh tulis perkara tersebut diblognya itu hak dia dan mungkin dia sahaja yang berbaiah seumpama itu. Jangan pula hendak tuduh PAS arah mereka yang nak bertanding kena berbaiah seperti itu.

Lagipun apa salahnya orang-orang ini melafazkan untuk menandakan hebatnya pengorbanan mereka kepada parti dan perjuangan. Dan pengorbanan ini tidak ada pada parti lain. Sebab itu PAS sukar digugat.

Namun begitu Tok Guru Abdul Hadi Awang ada kata semasa menggulung perbahasan di seminar perkukuhan PAS di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, 7 November lalu.

Katanya, PAS berbaiah dengan mereka yang mahu menjadi calon wakil rakyat tentang dosa besar kepada mereka lari daripada perjuangan. PAS juga memberi amaran menakutkan pembalasan keazaban nereka di akhirat bila mengkhianati perjuangan.

Amaran seumpama itu sesuai dengan dakwah Nabi saw mengingatkan umatnya tentang azab yang menggerunkan, tentang dosa dan keindahan serta kerahmatan bagi mereka yang setia dengan Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP