Royalti minyak Kelantan jadi wang ehsan

>> Khamis, November 05, 2009

Idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jadikan royalti kepada wang ehsan di Terengganu masih tidak lekang lagi dari kepala otak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa la sifat PM baru kita ni asyik jadi pengikut Mahathir langsung tidak ada idea baru. Bagi saya keputusan isu royalti di Kelantan hampir menyamai apa yang saya fikir. Itu pun berdasarkan apa yang Mahathir buat dekat Terengganu.

Mereka tukar wang royalti minyak kepada kerajaan negeri kepada wang ehsan. Wang itu pula tidak disalur kepada kerajaan negeri semasa PAS memerintah. Malah dikatakan wang tersebut sampai sekarang masih dikuasai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Hishamuddin Husein. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tidak dapat kuasa penuh kewangan tersebut. Tidak tahu sekarang sudah berubah apabila bebrapa kali dibuat pertemuan.

Semasa bersama kawan-kawan membincangkan isu ini ada yang memuji Kelantan menuntut royalti dan menyalahkan Terengganu tidak berjaya mempertahankan royalti. Saya rasa puji dan kutuk ini pun kerana hasil pertembungan dua pemikiran antara PAS Terengganu dan Kelantan.

Bagi saya ia tiada kaitan. Lagi pun satu pendapat dikatakan salah takkan semua dan pendapat yang lain pun hendak dikatakan salah.

Apabila Umno melihat kejayaan Umno Terengganu menawan kembali negeri itu daripada PAS pada 2004 dan faktor utamanya ialah wang ehsan. Ini juga diakui Ketua Pemuda Umno Kelantan bahawa Umno Terengganu dapat kembali negeri itu kerana wang ehsan apabila menjawab sindiran Umno Terengganu terhadap Umno Kelantan yang sampai sekarang tidak mampu mengambil Kelantan.

Jadi saya melihat wang ehsan yang diberikan kepada Kelantan mungkin akan dilaksanakan seperti di Terengganu. Disalur kepada jabatan persekutuan ataupun Pengerusi Umno Kelantan.

Kesan wang ehsan kepada pentadbiran Terengganu dibawah PAS ialah pengurangan mendadak kewangan kerajaan negeri. Kalau sebelum itu wang royalti termasuk dalam belanja mengurus negeri tetapi wang itu disekat maka banyak pegawai kerajaan bersungut bila PAS memerintah Terengganu jadi miskin. Bukan Terengganu sebenarnya miskin tetapi kewangan negeri miskin.

Wang ehsan diberi terus kepada rakyat melalui program tertentu. Kesannya apabila rakyat memperolehi wang ehsan maka ramai pula yang terima ugutan antaranya dilarang menghadiri program Menteri Besar PAS ketika itu dan dilarang ikuti ceramah PAS. Kena jaga ahli keluarga supaya tidak ikuti program dan bersama PAS.

Mereka yang dapat wang ehsan dan diugut sedemikian rupa akhirnya membawa kesan besar kepada politik di Terengganu. Kesan wang ehsan itu menyebabkan PAS jatuh di Terengganu.

Mungkin di Kelantan keadaan kewangan negeri mungkin tidak memberi kesan sangat pasal PAS sudah lama memerintah berbanding Terengganu dimana kewangannya semasa Umno memerintah pegawainya boleh bermewah tetapi bila PAS perintah mereka miskin.

Apa yang mungkin menjadi ancaman ialah bila wang ehsan tersebut betul-betul sampai kepada rakyat. Kita tengok sahaja di pilihan raya kecil Manik Urai apabila Umno tabur wang kepada pengundi di situ.

Bagus la wang itu sampai kepada rakyat tetapi harus ingat Umno tabur wang bukan saja beb. Umno mesti mahu ganjaran. Ganjarannya mungkin pilihan raya umum akan datang. Umno bukan manis tetapi busuk dan busut itulah yang akan diguna untuk merancuni pemikiran rakyat Kelantan disamping ugut rakyat Kelantan sebagaimana yang dilakukan di Terengganu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP