Peralihan kuasa di Kelantan tak perlu disegerakan

>> Jumaat, November 27, 2009

Peralihan kuasa di Kelantan tidak perlu disegerakan kerana menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat masih sihat dan mampu menguruskan pentadbiran kerajaan dengan baik, kata timbalan menteri besar, Datuk Ahmad Yakob.

"Perkara ini tidak berbangkit. Ia tidak perlu dicerita dan disegerakan. Sekarang ini kita lihat Tok Guru (Nik Aziz) pun masih sihat.

"Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri pun berjalan dengan baik," katanya.
Beliau - yang disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Aziz - diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kelantan.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan berkata, Ahmad lebih lanyak menggantikan Nik Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, pandangan dan cadangan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Mengulas mengenai nama-nama yang sering dispekulasikan itu pula, Ahmad hanya berkata:

"Semua orang ada keistimewaan masing-masing. Kalau amanah, (beliau) akan boleh bawa (mentadbir). Tidak ada sebab perkara ini (peralihan kuasa) untuk disegerakan."

Walaupun disebut-sebut sebagai calon pilihan, Ahmad berkata beliau "tidak terfikir" lagi berhubung perkara itu.

"Masing-masing patut buat kerja masing-masing. Apabila sampai masanya, patah tumbuh, hilang berganti," katanya.

Read More...

Selamat hari raya aidiladha

Berikut adalah percubaan untuk meningkat kapasiti blog supaya lebih menarik semoaga dengan penambahbaikan ini memberikan kegembiraan kepada pengunjung blog ini.


Kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut aidiladha semoga Allah memberi kerahmatan kepada mereka yang berkorban untuk fakir dan miskin.

Kesyukuran orang kaya memberikan nilai kesabaran kepada orang miskin. Semoga jalinan ini memberi kesejahteraan kepada ummah.

Read More...

Merajuk pun masuk akhbar, macam artis - Nik Abduh

>> Rabu, November 25, 2009

Sikit-sikit tulis blog... sikit-sikit tulis blog... Ini contoh orang tidak berakhlak jemaah. Sepatutnya diselesai secara dalaman tetapi tidak..., tulis blog, masuk akhbar. Kali ini terkena pada Tok Guru Nik Abdul Aziz dan keluarganya sedangkan sebelum ini pemimpin PAS habis dijaja dalam blog. Cara yang cukup mengaibkan.

Ini akibat daripada memperlekehkan orang jemaah. Orang jemaah tidak boleh buat kerja seperti dia. Orang ni pandai.. orang jemaah tidak pandai. Pandai buat filem tetapi duduk kat PMBK. Apa kelayakan dia duduk di situ melainkan kroni... Ada pembela.

Kalau kita bawa orang luar langkah selamat letak dibawah pengawasan bukan secara langsung terus kepada penjaga tetapi susah juga ya kalau dah `ahli PAS VVIP'. Ini kena tanya Ustaz Hasan Shukri ada ke ahli seumpama itu...

Lagi pun kita tidak tahu sejauh mana akhlak jemaah orang yang kita temui tepi jalan ni. Memang dari segi pergaulan bagus tetapi sejauh mana mereka faham dengan akhlak berjemaah kerana banyak hasilnya kita dapati berlaku pemusuhan dalam PAS, antara pemimpin dan ahli.

Pemimpin tidak sedar mereka sudah berpuak hasil kerja tangan orang seperti itu kerana masih teruja dan menyanjung tinggi info yang dia beri. Entah info itu dia reka kita tidak tahu. Orang seperti ini kalau kita pi kat Chow Kit sama dengan jenis jual ubat. Kalau mudah layu dia kencing habis.

Insya Allah saya akan buat artikal berhubung tulisan Nik Abduh ini. Ikuti petikan saya copy and paste daripada blog Abduh.

abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu

....Ia tidak pun mencecah dua bulan sehinggalah isu PMBK pecah. Ayahanda dan Arif diserang hebat. Saya menjadi bungkam tak terkata..

Anda telah melihat bagaimana cekalnya ayahanda mempertahankan keputusannya. Bagaimana

ayahanda mengulas isu kroni dan isu berkaitan Ariffahmi yang melingkari keputusannya itu. Saya diberitahu beberapa kumpulan daripada dalaman parti datang menemui ayahanda dan memberi pandangan. Mereka keluar tanpa berjaya mengubah keyakinan ayahanda.

Tetapi ia tidak mampu untuk menahan ipar saya daripada menerima tikaman demi tikaman dari segenap sudut yang menyukarkan pergerakannya.

Keluarga agak bersedih. Kami melalui saat sukar. Tetapi ia bukanlah yang pertama. Ia tidaklah sesukar saat kekanda saya, ustaz Nik Adli ditahan di bawah ISA hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi ia adalah dua yang berbeza. Melawan kezaliman UMNO tidaklah sukar. UMNO di sisi ayahanda adalah kemuncup dalam perjuangan. Jika ia menyalak, ayahanda adalah bukit. Jika ia bising, ayahanda adalah rotan.

Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.

Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.

Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.

Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.

Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?

Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.

Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?

Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.

Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.

Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.

Saya bersetuju Ariffahmi meletak jawatan. Ia kerana ayahanda bersetuju dan tuan presiden bersetuju. Jika anda mahu lebih, bercakaplah dengan Ariffahmi sendiri. Anda akan terpegun dengan jawabannya sebagaimana anda terpegun dengan skrip gubahan Kickdepella. Hanya menghukum melalui tulisannya samalah seperti sang hakim menghukum dalam mabuk kedarah arak terlarang.

Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.

Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga... laporan penuh boleh klik di sini

Read More...

Kuliah Ustaz Hamzah Jaafar di Markaz malam ini

>> Selasa, November 24, 2009


Dengan kitab Penyucian Jiwa selepas solat Maghrib, 24 November 2009, orang ramai dijemput mengikuti kuliah Ustaz Hamzah Jaafar di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, Gombak.

Kuliah disampaikan dalam bahasa Melayu menjemput semua kaum dan agama untuk menambah ilmu pengetahuan. Penyertaan adalah percuma

Gambar: Ustaz Hamzah kanan bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read More...

Sedih lihat penghujung kehidupan Tok Guru difitnah bloggers dan permainan politik

>> Isnin, November 23, 2009

Sebagaimana posting sebelum ini, maka terasa juga dihati saya bertapa seksa Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam penghujung hidupnya dibuat sedemikian rupa dalam politik.

Malah fitnah daripada bloggers dan media serta permainan politik orang disekeliling beliau cukup mencemar dan mengaibkan maruah serta nama baik beliau sebagai Tok Guru.

Kenapa lapan tahun dahulu semasa beliau melantik menantu sebagai CEO PMBK tidak timbul fitnah sedahsyat itu.... Kenapa? Kenapa baru sekarang?

Saya rasa pendapat saya tidak berubah lagi sejak Ariffahmi dilantik CEO sampai sekarang. Rupanya pendapat saya sama dengan penasihat undang-undang dan orang sekeliling Tok Guru ketika itu. Tidak tahu pula pandangan mereka ketika ini kerana nampaknya mereka tidak pertahan Tok Guru dan pendapat mereka semasa menyokong perlantikan tersebut lapan tahun dahulu.

Kalau mahu kira isu kroni bagi saya perlantikan Syed Azidi lebih kroni lagi berbanding Ariffahmi. Beliau dipersetujui majlis mesyuarat dan berdasarkan merit beliau tetapi kita tidak tahu lantikan Syed Azidi.

Apa kelayakan Syed Azidi dimasukkan ke PMBK? Bukankah kerana kroni rapat dengan Exco?

Jadi dalam kes ini isu kroni sudah jadi silap faham akibat fitnah liar bloggers. Ia bukan sahaja mencemar Tok Guru malah PAS tetapi mereka ini masih berselindung dalam PAS.

Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan

KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

(Gambar: Nik Aziz dan Ariffahmi dalam sidang media hari ini)

Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.

Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.

"Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.

"Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.

____

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Read More...

Susah dengan jenis sakit hati tidak bertempat

Saya pun tidak faham apa perangai bloggers ni. Bila penulis blog hentam Husam, dia tuduh bloggers tu geng kerajaan perpaduan (UG).

Sedangkan kalau kita dok perhati blog yang balun Husam selepas kuncunya, Syed Azidi dipecat daripada PMBK, adalah geng mereka ketika membelasah Tok Guru Abdul Hadi Awang dan puak sealiran Presiden.

Siapa tidak tahu bloggers yang hebat dan hits tinggi dikuasai Husam. Malah mana-mana blog yang puji dan angkat ekor dia, Husam boleh menghubungi terus ucap terima kasih. Penulis blog apa lagi, bila dah pemimpin konteks mereka secara langsung maka kembang buntut.

Husam ni pun pandai berlakun dengan wartawan harakah bukan main sombong tetap bila dekat pemilihan baik semacam.

Penulis blog pemburu syahid misalnya, beliau ini orang anti UG. Orang kuat sokong Husam juga tetapi bila belaan Husam dok pukul kawan kamcing dia Ariffahmi maka dia pulak seronok serang Husam dan hantu Husam.

Tengok sahaja semasa Husam bertanding pemilihan pimpinan PAS Jun tahun lepas, boleh dikatakan semua blog sokong dia tetapi bila nanah busuk dah mula keluar baru orang sedar siapa dia.

(Gambar ni jumpa ya ke tidak nilai dia tu saya tak tahu tapi tengok la kalau betul rumah Arif)

Stetament Syed Azidi yang dok kata beliau kerja untuk Husam, memecah kerahsiaan beliau selama ini. Tidak ada orag nak konspirasi mahu jatuhkan Husam tetapi konspirasi dia sudah jadi nanah... membusuk. Barang busuk lama-lama menggelodak keluar. Akhirnya orang pun tahu siapa yang busuk.

Sekarang puak-puak blog Husam sudah bertengkar sesama sendiri. Mana yang masih pro Husam mahu Ariffahmi letak jawatan.

Bagi saya Ariffahmi duduk kat CEO PMBK pasal dia ada kelayakan. Pemilihan berdasarkan merit. Pemilihan dia sebagai CEO berdasarkan kroni mungkin ada tetapi ditempat kedua.

Apa yang jelasnya dia ada kelayakan pertama keilmuan dia dan kedua kelayakan dia sebagai menentu Tok Guru Nik Abdul Aziz. Pemilihan berdasarkan pertalian keluarga ditempat kedua bukan pertama.

Ini berlainan dengan perlantikan Syed Azidi dalam PMBK oleh Husam. Apakah dia layak duduk disitu kerana orang kenal dia dalam bidang sebaran am dan sewaktu dengannya.

Jadi jelas dan nyata kriteria pertama Syed Azidi ialah kroni kerana dia rapat dengan Husam dan begitu juga sebaliknya Husam boleh mempergunakan Syed Azidi sebagaimana yang diberitahu Syed Azidi.

Jadi jelas langsung tidak berdasarkan faktor kelayakan untuk ditempatkan di situ. Maka kerana kroni itulah banyak kita tengok projek juta ringgit hangus begitu sahaja.

Orang semacam Kelab Greenboc hanya tahu membuat tuduhan melulu apabila menuduh kumpulan UG mahu jatuhkan Husam.

Kumpulan UG sudah sedar siapa puak Husam. Mereka sanggup guna orang luar jatuhkan pemimpin mereka tetapi bukan ini cara untuk membelas dendam kerana mereka sedar Allah SWT itu lebih berkuasa dan tunggu sahaja Allah SWT mendedahkan segalanya. Kalau tidak diatas dunia mungkin di akhirat.

Namun begitu apa yang jelas bila berlaku pertembungan Husam, Ariffahmi dan Syed Azidi dan seumpamanya seperti itu, maka jelas Allah SWT telah mendedahkan siapa sebenar berperanan mahu mengkucar-kacirkan PAS.

Allah SWT boleh bayar `cash' atas dunia kalau dia mahu. Dan apa yang berlaku sepatutnya ia diambil pengajaran bukan sebaliknya menuduh kumpulan UG yang buat auna.

Jenis penulis Greenboc ini yang banyak batu api dan suka dok lagi bagi berapi. Hati dia cukup sakit dengan isu UG maka dia tak terima bila Presiden kata kunci isu UG.

Jadi bukan orang UG yang bangkit isu UG tetapi orang seperti penulis Greenboc dan rakan sewaktu dengannya.

Saya malas nak taruk link kat sini jadi sapa mahu analisis semberono serta batu api Greenboc pergi saja kat bawah blog ni dibawah tajuk Terkini daripada blog dan klik tunjuk semua. Di situ boleh temui blog Greenboc dibawah tajuk Husam ulas mengenai berita di Mingguan.

Read More...

Mereka dah sedar `Scud' salah sasaran, kita bila lagi...

>> Sabtu, November 21, 2009

Ini saya main copy and paste je kat blog Depa kata. Dia nak marah takpa la, saay tak kenal dia, dia pun tak kenal saya. Lagi pun sudah jadi bahan umum.

Namun yang penting ada peringatan dan pengajaran kepada kita di sini. Kalau mereka sudah sedar kenapa kita tengah lena. Posting Depa tu pun kutip dari e-mail, maklumlah orang menulis kalau dah keybord dok bawah jari tak ingat dunia.

Makan pun boleh lupa, apa lagi sembahyang boleh terlewat jadinya. Kita ambil ia sebagai peringatan. Ya la kalau sudah `Scud' telah ubah menghala kita maka kita kena sedia penangkis.

Kalau peluru kita masih lagi serang kawan nanti ditambah `Scud' musuh maka hancurlah kita. Gembiranya Umno kerana musuh sudah tempang...

Saya malas nak bincang apa yang dia dok bincang tapi kalu nak tahu pi masuk blog tu. Apa yang penting bagi saya email tu beri pengajaran baik kepada kita juga. Bacalah...

SENAPANG MENGHALA KE LAWAN, PELURU MENGHALA KAT KAWAN...

Emel:

Saya tak faham dengan sikap sesetengah blogger/pengomen yang menggunakan ruang/blog kawan-kawan, seperti Depakata dan Detguaq untuk menghentam sesama sendiri.

Takkanlah depa ini pun sudah terasuk perangai pembangkang, membawa sifat hantu pembangkang dengan mencari salah kawan-kawan, lepas tu melepaskan geram membantai kawan-kawan sendiri juga.

Macam komen tukang gunting rambut di bawah posting YB PUN TAK TAHAN PANAS, bunyinya taklah sedap didengar. Tak ada cadangan sekadar hentam. Kita pun tak faham ke mana sebenarnya arah kawan-kawan kita ni (pengomen-pengomen itu).

Dalam peperangan siber yang wujud sekarang ni, yang kita nak perangi ialah musuh. Tapi belum pun angkatan musuh jatuh tergolek, kawan-kawan yang membantu berperang dengan musuh dihentam balik.

Medan kita sekarang ialah berhadapan dengan musuh yang mesti kita hancurkan habis-habisan. Jika kehabisan peluru (idea) pun, kita terus berperang. Jangan berpatah balik tembak kawan-kawan.

Saya salute komen kepala angin di bawah posting yang sama. Walaupun komennya tajam menusuk hati dengan lima perkara yang dibangkitkan, ia amat memberi kesan supaya kita bekerja, berusaha dengan segala macam cara. Apa yang ditegur oleh kepala angin itu patut dijadikan teladan.

Ini, dalam keadaan kita tengah sedap hentam pembangkang, hentam Nik Aziz dengan rasuah dan sebagainya, tiba-tiba kita kata mengata sesama sendiri.

Sejuta harapan saya, jika boleh, mulai sekarang kerja hentam-menghentam sesama sendiri ni eloklah dihentikan. Setakat nak komen sikit-sikit tu ok la..

Read More...

Persepsi gembala kambing dengan cendiakawan paderi

>> Jumaat, November 20, 2009

Sebelum ini kita releks sekejap dengan kisah hantu peti sejuk tetapi kali ini kita persoal tentang persepsi. Oleh kerana ia menjadi istilah panas di Seminar Memperkasakan PAS di Markaz Tarbiyah PAS, 7 November, lalu, maka kita cerita sikit hubung kaitnya.

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Cerita ini hampir sama seperti yang diceritakan oleh YB Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam suatu majlis dengan mengaitkan dengan persepsi. Persepsi oh persepsi...

Adapun, cerita ini aku copy & paste dari SINI kerana malas untuk menulis dalam versi Ustaz Harun. Wallahua'lam.

Read More...

Selangor negeri pertama wujud AIMS

>> Khamis, November 19, 2009

Oleh: SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Selangor menjadi negeri pertama mewujudkan Akademi imam (AIMS) yang akan memberi kursus berterusan kepada 1226 imam bagi menjulang martabat imam dan seterusnya Islam di mata dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat, Infranstruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali memaklumkan, AIMS amat penting memandangkan Imam merupakan `institusi' yang berlaku dari generasi ke generasi.


Bercakap dalam perasmian Seminar memantapkan khutbah di dewan Jubli Perak, SUK, beliau berkata, AIMS akan bermula awal Januari tahun depan bertempat di Bukit Beruntung, Rawang.

Menurut beliau, imam sebagai juru penyelamat masyarakat dalam keadaan masyarakat sedang dilanda pelbagai penyakit seperti berpeleseran antara lelaki dan perempuan ditambah dengan tidak tahu membaca al-Quran.

Justeru, katanya, imam perlu melakukan suatu perkara yang boleh membantu menyelamatkan penyakit akidah dan kerosakan akhlak dikalangan anak-anak muda dan masyarakat Islam.

"Bagaimana imam hendak menyelamatkan akidah dan meningkatkan akhlak itu bukan satu perkara yang mudah," katanya bercakap di hadapan lebih 1000 imam.

Menurut beliau, jika para imam mempunyai keluarga yang tidak boleh menunjukkan contoh teladan kepada masyarakat bagaimana imam mahu menyelamatkan akidah dan meningkatkan akhlak anak muda.

Ini yang perlu diadakan Akedemi Imam supaya para imam dapat meningkatkan ilmu dan ketrampilan sebagai suatu `institusi' agama yang dipandang tinggi oleh masyarakat, jelas beliau.

Mengikut statistik Ketua Polis Terengganu katanya, anak-anak yang sedang menghadapi cuti sekolah panjang akan mudah terjerumus dengan kerosakan akhlak.

Sehubungan itu katanya, berapa ramai para imam yang berfikir dan bercadang untuk melaksanakan program bagi mengisi masa kosong anak-anak yang sedang menghadapi cuti sekolah panjang.

Dalam sidang media selepas perasmian beliau turut menjelaskan tentang program Jom Solat iaitu bulan solat yang merupakan seruan kepada anak-anak muda, orang tua dan sesiapa saja.

"November merupakan bulan solat dan kita sudah melancarkan bulan solat dan hampir setiap bulan kita laksanakan bulan itu kepada satu amalan aktiviti agama," jelasnya.

Beliau menjelaskan, Jom Solat bermaksud orang kena faham keperluan solat selain usaha mendakwahkan atau menerangkan kepada orang bukan Islam tentang kepentingan solat.

"Kita kena terangkan apa fungsi solat dalam memajukan umat Islam sehingga boleh melentur akhlak pekerja dalam pentadbiran dan sebagainya," katanya.

Menurut beliau, bulan solat merupakan satu tradisi menjunjung solat secara berterusan sampai akhir hayat dan ia merupakan salah satu alat untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

Bersesuaian dengan pemantapan serta ketrampilan para imam beliau turut berharap seluruh masjid di Selangor akan mencapai taraf lima bintang.

Mengulas tentang pemberian tauliah kepada imam dan penceramah di Selangor beliau kesal dengan pihak yang mempersoalkan tauliah sehingga perkara itu menjadi isu besar.

"Kenapa kita mesti menjadi musuh pada peraturan, apakah kita mempunyai alternatif yang baik daripada itu, kalau kita sudah menolak peraturan maka akan lahir masyarakat `Anaki' yang tak hormat peraturan dan akan menghancurkan masyarakat," tegasnya.

Menurut beliau, tauliah itu peraturan dari Selangor jika tidak ada peraturan maka Rasul Melayu akan memberi khutbah begitu juga dengan Ayah Pin.

Beliau turut menafikan dakwaan mengatakan ada tangan-tangan ghaib daripada pejabat Menteri Besar dan exco tetapi sebaliknya tangan-tangan ghaib itu adalah enakmen Jabatan Agama Islam Selangor. sumber http://rajaida.blogspot.com

Read More...

Sejarah aibkan ulama Islam tercatat hari ini di Keramat

>> Rabu, November 18, 2009


Bolehkah anda terfikir seorang yang berilmu tinggi dalam bidang hadis, bekas mufti, bergiat aktif dalam ceramah, kuliah dan dakwah serta menyampaikan ilmu di pusat pengajian tinggi (IPT) boleh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Islam Gombak Timur, Keramat?

Persepsi umum orang awam apabila ditangkap dan dibicarakan di mahkamah syariah maka orang itu tentu ada masalah, orang itu jahat malah lebih teruk lagi jika ada yang berpandangan ulama itu berkhalwat ke atau bergaduh laki bini.

Sebab itu kita perlu kepada reformasi bukan sahaja kepada pemerintahan tetapi undang-undang yang berkait dengan Islam.

Sejarah telah banyak di hidangkan supaya kita tidak lari daripada panduan yang baik. Malah al-Quran mengambarkan bagaimana manusia menjadi pembunuh utusan Allah seperti Nabi Zakaria.

Sejarah Rasul dan Nabi dengan musuh pada zamannya berlaku pertembungan baik dan jahat. Maka apabila kita menyemak perkara tersebut patutlah kita menghalusi diri kita adakah kita termasuk golongan baik atau golongan jahat. Golongan para utusan Allah atau musuh utusan Allah.

Kita perlu semak apakah kita termasuk orang yang mengfitnah ulama seperti yang berlaku keatas ulama besar Imam Ahmad, Abu Hanifah, Ibnu Taimiyah, Muhammad Abdul Wahab dan lain-lain?

Apakah kita juga termasuk orang yang menangkap ulama muktabar yang mahu menyampaikan ilmu mereka?

Selidik diri kita dipihak mana kita berada. Mungkin ada kalanya kita perlu kepada khalwat, menyendiri untuk menyemak diri kita kembali sama ada diri kita termasuk dalam golongan tersebut.

Bermunajatlah kepada Allah supaya kita tidak termasuk manusia yang gelap hati tentang kebenaran dan kebaikan, supaya kita tidak gelap hati sehingga sanggup menangkap ulama.

Allah SWT mengingatkan kita atas dunia inilah tempat untuk kita mencari jalan kebenaran. Atas dunia inilah tempat untuk kita mengenali baik dan jahat. Atas dunia inilah untuk kita mengenali ulama yang menyampaikan ilmu kebaikan dan kebenaran. Di akhirat bukan lagi tempat menyesal.

Orang tua sudah mengajar kita tentang rasmi padi makin berisi makin tunduk, kerana kesombongan dengan ilmu kita akhirnya membawa padah kepada diri kita sendiri baik atas dunia mahupun di akhirat.

Sikap tidak sombong atau bodoh sombong dengan ilmu dapat cegah kita ke neraka atau atas dunia pula termasuk golongan jahat.

Kita perlu kembali kepada al-Quran, hadis dan ijmak. Jika tidak selagi itu ulama tidak aman menyampaikan ilmu mereka.

Undang-undang yang tidak betul terhadap pendakwah perlu dipinda. Jika tidak Islam tidak berkembang.

Ilmu Islam itu luas. Jangan pula para ustaz yang menyekat keilmuan tersebut sedangkan orang awam boleh terima dan pelajari tanpa berlaku perpecahan.

Sebab yang berlaku perpecahan kerana ada para ustaz yang mempunyai keilmuan tidak tinggi dan menuduh pihak lain ajar ilmu sesat bila dia tidak pernah dengar apa yang ustaz lain ajar.

Orang Islam mahu mencari ilmu supaya dapat mendirikan amalan lebih tepat serta sesuai dengan sunnah Nabi saw dan bukan ajaran yang sengaja diada-adakan.

Mungkin orang tanya, apa buruknya kenduri arwah? Memang tidak buruk apa lagi pada ustaz yang pelahap. Kepala fikir tentang makan sahaja tetapi apakah para ustaz tidak fikir kerana kenduri tahlil itulah yang menyebabkan orang miskin berhutang bila ada kematian keluarga.

Apakah ustaz tidak fikir kerana amalan yang sudah jadi sebati itu menyebabkan mereka yang tidak buat kenduri tahlil dipandang serong.

Sedangkan dalam Islam, Nabi saw mengajar apabila berlaku kematian para jiranlah yang pergi mengembirakan hati keluarga simati.

Bukan kita yang tambah beban mereka. Kitalah yang patut sediakan makanan untuk mereka kerana mereka sedang bersedih.

Mereka sedang gundah gulana kenapa kita pulak mahu membebankan mereka supaya menyediakan makanan untuk kita makan selepas tahlil. Tidak burukkah perangai ustaz macam ni? Ustaz yang hanya pentingkan peruk daripada sunnah yang memuliakan dan tidak menyusahkan keluarga simati.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). tuduh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Beliau tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Dr Mohd Asri telah ditahan Jais kerana didakwa mengajar agama di Ulu Kelang tanpa tauliah pada 1 November lalu.

Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Read More...

Tahniah perjuang lama, Dr Syed Husin Ali dipilih Senator

>> Selasa, November 17, 2009


Lama tidak dengar khabar Dr Syed Husin Ali, bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Kali terakhir saya bertemu dan sempat berbual serta bertanya khabar semasa program Protes membantah kenaikan harga minyak, di Stadium bolasepak Kelana Jaya.

Itupun tidak sempat berbual panjang... hanya sekadar bertanyakan perkembangan politik dan keadaan keluarga beliau. Ketika itu beliau kelihatan agak uzur, seperti tidak seronok berbual panjang.

Sebelum itu saya sempat juga berbual panjang dengan beliau semasa menzairahi pengkebumian penulis terkenal yang juga bekas orang kuat PRM, Rustam Sani, di Gombak.

Diharapkan dan didoakan semuga beliau ketika ini dalam keadaan sihat apalagi beliau dipilih sebagai Senator Selangor.

Saya ucapkan tahniah dan dalam usia yang agak lanjut sempat juga beliau masuk ke Parlimen. Ini sikap perjuang sejati. Bersabar menanti kemenangan. Tidak pernah gopoh dan mudah bertukar prinsip semata mahu menikmati kemenangan.

Beliau tidak mudah kalah atau lemah menghadapi musuh. Tidak mudah dibeli dan dipujuk untuk meninggalkan perjuangan.

Walaupun sekuat mana tekanan kerajaan keatas beliau sehingga di ISAkan, tetapi tetap dengan perjuangan sama ada semasa ditahan atau selepas keluar tahanan.

Pujuk, rayu, seksa, tekanan dan beli tidak boleh disama dengan prinsip perjuangan beliau.

Saya mengenali beliau melalui pembacaan bahan politik dan berkenalan sekitar 1993 ketika membuat tugasan dengan akhbar Harakah di Kampung Chubadak Tambahan. Syed Husin ketika ikon kepada penduduk setinggan.

Mungkin juga penerbitan PRM ketika itu tidak berpengaruh seperti Harakah maka saya menjadi rapat dengan beliau dan pemimpin PRM. Akhbar utama negara langsung tidak memberi ruang kepada pembangkang maka Harakah menjadi alternatif kepada beliau ketika itu. Selepas itu saya sering membuat liputan berkait dengan beliau dan PRM.

Sekiranya Amir, orang Kampung Chubadak membaca tulisan ini tentu ingat Syed Husin bersama perjuang hak asasi lain naik turun balai dan mahkamah mempertahankan penduduk kampung tersebut.

Kampung Chubadak yang dinilai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai setinggan. Sedangkan kerajaan ditahun 60 an lagi menyuruh mereka meneroka di situ, tetapi bila Kuala Lumpur makin maju, orang kampung dicop setinggan.

Kerajaan bila senang sudah lupa jasa tangan penduduk setinggan berperanan sama memajukan bandaraya tersebut.

Dengan Akta Pengambilan Tanah kerajaan rakus meroboh rumah penduduk yang sudha dinilai setinggan. Siapa lagi yang diharapkan penduduk. Kalau wakil rakyat BN sendiri tolong pemaju bukan lagi bertindak sebagai seorang wakil kepada rakyat maka pemimpin pembangkang juga yang dicari penduduk.

Hasil dari perjuangan bertahun-tahun itu yang diterokai Syed Husin dan pemimpin pembangkang lain maka sekarang kita melihat kesannya dan rakyat mula bangun menuntut keadilan.

Sekarang rakyat mahu melihat diakhir perjuangan beliau terus memperjuangkan hak marhaen perumahan, pendapatan, hak sosial yang lebih harmoni dengan kehidupan tenang serta aman tanpa perlu gopoh dan tertekan.

Ikuti berita selanjutnya...

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mencalonkan timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, 73, sebagai senator yang mewakili negeri tersebut.

Pemilihan Syed Husin diluluskan melalui undian di mana 32 ADUN menyokong, tiga ADUN berkecuali manakala 20 ADUN lagi tidak hadir.

Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Syed Hussin yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics and Political Science pada 1972 dan telah berkecimpung dalam bidang politik selama 50 tahun.

Dewan juga turut mencalon dan meluluskan S Ramakrishnan sebagai seorang lagi calon senator.

Nama Ramakrishnan, 53, dicadangkan oleh exco kanan negeri, Teresa Kok dan disokong oleh Yaakob Sapari. Ramakrishnan menjadi ahli DAP sejak 2000.

Tiga puluh dua ADUN menyokong pencalonan Ramakrishnan manakala dua ADUN membantah. Seorang ADUN berkecuali manakala 20 ADUN lagi tidak hadir.

Jawatan senator yang diisi oleh Ramakrishnan pada asalnya hendak diberikan kepada pemimpin Hindraf V Ganabatirao yang disokong oleh pemimpin-pemimpin kanan India dalam DAP kerana peranannya dalam memperjuangkan isu-isu kaum tersebut.

Sebelum itu lagi, jawatan senator itu hendak diberikan kepada pemimpin akar umbi T Kannan tetapi ianya ditolak oleh pemimpin parti seperti naib pengerusi M Kulasegaran, timbalan setiausaha agung P Ramasamy dan setiausaha publisiti DAP Tony Pua yang menyokong pemilihan Ganabatirao.

Bagaimanapun, dipercayai nama Ganabatirao digugurkan selepas Sultan tidak berkenan kerana dia tidak dilahirkan di Selangor.

Read More...

Pembangunan perumahan kerajaan BN gagal atasi setinggan di Bukit Botak


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), membongkar kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah setinggan di Bukit Botak, Selayang sejak 1986 lagi.

Matlamat utama mengatasi masalah limpahan penduduk setinggan yang mendiami Bukit Botak tersasar apabila projek penempatan semula ini gagal menyiapkan kediaman kepada 2,300 keluarga terbabit.

Seluas 201 ekar tanah dikenal pasti terlibat dalam perancangan penyusunan dan penempatan semula setinggan Bukit Botak yang ketika itu, Datuk Ahmad Razali Mohd Ali selaku Menteri Besar Selangor.

Rancangan ini bertukar tangan dan diteruskan apabila Menteri Besar yang baharu, Tan Sri Muhammad Taib meluluskan pelantikan Shah Alam Properties (SAP) sebagai Pengurus Pembangunan Projek malah mereka juga diberi wang pendahuluan sebanyak 17 juta ringgit bagi kerja pembangunan dan rancangan perbekalan air, elektrik dan lampu jalan.

Bagaimanapun akibat masalah teknikal SAP gagal meneruskan projek tersebut malah terbengkalai pada 1992.

Setelah beberapa tahun kemudian, Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) pula diberi kepercayaan untuk meneruskan projek tersebut pada 1996, membabitkan 1,367 rumah berkembar seluas 32.99 ekar. Pada ketika itu, Datuk Abu Hassan Omar merupakan Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu DCSB juga gagal menyiapkan rancangan penempatan tersebut, antaranya gagal membuat bayaran premium tanah, tidak menyiapkan rumah transit setinggan terbabit, tidak memperuntukkan wang subsidi sewa sebanyak 300 ringgit, menyiapkan hanya 82 lot rumah berkembar, 52 hak milik digadaikan bank dan gagal menyiapkan projek pemindahan setinggan kos rendah seluas 32 ekar diberi milik.

Umno mengulangi kesilapannya pada pemerintahan Datuk Seri Khir Toyo apabila mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih pembinaan 1,367 unit rumah berkembar.

Kemusykilan timbul apabila PKNS melantik DCSB semula sebagai kontraktornya untuk membangunkan 592 unit walhal mereka ternyata gagal pada projek lalu.

Akibatnya PKNS sudah menanggung kos projek sebanyak 48 juta ringgit bagi bayaran kontrak, yuran professional, subsidi sewa, saguhati pemindahan dan kos penamatan kontrak malah jika projek ini diteruskan, PKNS bakal menanggung kerugian 136.4 juta ringgit.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah Selangor di bawah pentadbiran Abdul Khalid, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat sebarang penyelewengan atau penipuan berlaku dalam pemberian tanah kepada bekas penduduk setinggan Bukit Botak.

Malah PKNS juga diarahkan menamatkan semua kontrak pembinaan di Bukit Botak bagi mengelak kerugian bertambah lagi.

Read More...

Vedio kejahatan Mahmod Abas dan Fatah menyeksa anggota Hamas di Tebing Barat

Read More...

Alkisah Tuan Penasihat, 20 percent

>> Isnin, November 16, 2009


Saya dah agak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buka mulut bila bekas Timbalan Perdana Menteri semasa pemerintahan beliau, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM1 sebulan.

Mahathir buka mulut tu pasal RM1 sebulan. Dalam ulasan lain beliau tu hak yang dia bangkit selalu tentang Anwar. Kita pun bosan da Anwar pun dah jawab di Parlimen sejak dia jadi Ketua Pembangkang.

Masalahnya Mahathir dah tak bertanding Parlimen kalau tidak boleh tengok dia berdua berbahas di Dewan Rakyat. Ya la rakyat nak dengar juga.

Apa hok Mahathir bangkit tu, itu pandangan dia. Ekonomi pun ada mazhab juga dan Anwar ikut pendapat dia untuk memulihkan ekonomi.

Kalau nak kira salah Mahathir pun salah juga dok jaga kroni nak pulih ekonomi. Usahawan kecil ni biar dia tegak sendiri kalau dah jatuh.

Mahathir perlekeh Anwar dalam bidang ekonomi sebab itu layak gaji RM1 sebulan. Mungkin itu maksud yang mahu dia sampai walaupun dia tulis tidak ke situ.

Sebab itu ada blog mengulas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan mahu penasihat ekonomi kerana dia pun lebih pandai ekonomi tetapi sebagai penasihat politik. Ke situ pulak dia pusing. Tetapi walau macam mana pun politik ekonomi tak boleh pisah.

Apa yang saya dok tunggu sangat bila Mahathir buka mulut ialah beliau tu duit tak kering jadi Penasihat Petronas dapat RM15,000 sebulan. Ini maklumat May 2008. Sekarang mungkin bertambah kot dan Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri.

Ni saya ada lagi maklumat lama yang kita korek kembali. Nasib la Umno... Ini pun geng-geng yang dapat jawatan penasihat semuanya ni... Harus diingat ni masa zaman Pak Lah jang hang kutuk Najib pulak... kah kah kah..

Jumaat, 09 Mei 2008: Teka, berapa gaji Datuk Seri Shahrizat Jalil sebulan sebagai Penasihat hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri? Tidak banyak hanya RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun.

Selain Shahrizat, Tan Sri Abdul Hamid Othman yang tugas beliau adalah
menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, gaji sahaja RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada staf RM18,643.25 sebulan.

Dan untuk rekod beliau dilantik menjadi Penasihat Agama sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.

Manakala Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat Petronas dengan gaji RM15,000 sebulan.

Semua itu menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).

Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila
memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut.

''Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas.

''Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.

Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.

Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih
dengan menteri-menteri kerajaan BN.

Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk
membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin.

''RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.

Read More...

Hantu ketemui hantu dalam peti sejuk


Kita releks sikit lepas penat perah otak dok cite pasal politik. Bagaimanapun cite ni ada tauladan juga kepada bloggers. Jangan tunggu mati atau sampai mati baru nak jumpa kebenaran.

Ikuti Lawak dua hantu...

"Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.

Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya: "Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk! !" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya... " jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je.

Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku.

Aku tanye isteri aku tapi die tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..

Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A.

Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?

Read More...

Tubuh pasukan professional siasat pendedahan Bala - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan terkini penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Namun Anwar menggesa satu pasukan profesional diwujudkan menyiasat dakwaan penyiasat upahan rakan karib Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda ini.

“Sepatutnya ada satu siasatan yang rapi. Ini hanya satu pandangan dari Balasubramaniam yang diambil sebagai penyiasat persendirian oleh Razak Baginda, sepatutnya ada siasatan rapi,”katanya.

Laman web Free Malaysia Today melaporkan pendedahan terbaru dari bekas anggota Cawangan Khas ini. Bala dilaporkan sebagai berkata sejumlah RM5 juta ringgit ditawarkan kepadanya supaya menarik balik akuan bersumpah terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

“Soalnya dinegara kita, bila bersangkut paut dengan pembesar UMNO, siasatan itu jadi remeh,”katanya.

Free Malaysia Today turut melaporkan bahawa saudagar permaidani bernama Deepak yang dikaitkan dengan isteri kepada Perdana Menteri, Rosmah Mansor, membuat sogokan itu.

Anwar bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak bertanggungjawab untuk menyiasat.

“Saya tidak mahu buat apa-apa keputusan, berlaku adil dan buat siasatan rapi oleh pasukan yang professional dan bebas,”katanya.

Read More...

Peringatan: Fitnah bloggers musuh Islam, jangan ada lagi copy & paste


Saya yang desak sahabat saya di Kuala Terengganu tulis dan jawab fitnah terhadap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik dalam blog.

Walaupun isu fitnah terhadap ABC sudah malap tetapi nama ustaz kena bersih sebab penulis blog bila dia berak atas jalan tapi tak pandai nak sapu.

ABC tidak perlu layan orang macam tu tetapi kita penulis bloglah yang kena pertahan Islam dan pemimpin. Presiden PAS pun dah cakap IT PAS dan penulis blog yang memperjuangkan Islam perlu memainkan peranan aktif untuk menerangkan Islam, perjuangan PAS dan dalam masa yang sama menangkis serangan serta fitnah musuh.

Kalau ikut hati, penulis blog musuh Islam ni tidak perlu sangat kita layan tetapi masalahnya penulis blog yang bersama dengan perjuangan Islam terikut-ikut menari dengan musuh.

Kawan kita penulis blog dalam satu perjuangan ni rasa isu ABC itu benar maka di copy and paste dalam blognya. Malah bila Misbah kata dia boleh kontek semua pemimpin AJK PAS Pusat ada kawan kita masuk sama jawab. Di tuduh pulak Misbah... yang bukan-bukan. Kata penulis blog terhadap Misbah konon cara jawab tu pakai alasan dah lama la. Malah dituduh pulak Misbah sombong.

Isu ini sudah tidak main lagi di blog bila Misbah serang balik penulis itu suruh tunjuk diri. Berani buat fitnah tetapi duduk dalam nama samaran tak berani tonjol sapa orangnya tetapi sampai sekarang dia senyap. Diam menikus tapi sekarang dia dok korek cite lain pulak nak tambah fitnah.

Sebagaimana kata Presiden PAS, Tok Guru Abdul Hadi Awang yang nasihat tulisan fitnah boleh masuk neraka jadi penulis blog jangan terikut-ikut cerita fitnah.

Lagipun kita takkan tarik balik dan minta maaf pun dengan orang yang kita turut sama terikut-ikut sambung menyambung fitnah.

Jangan hairanlah dengan kerja musuh Islam dia tak takut punya neraka. Jadi sebaiknya sebelum kita nak copy and paste dalam blog kita... nak jadi tukang sambung menyambung tu selidik dulu penulisnya macam mana kerana saya tengok setengah blog yang buat isu ABC ni semua posting dia cari kesalahan dan kelemahan PAS sahaja.

Bila ada penulis blog kita dedah hal pemimpin dia pun ikut tari. Rupanya tari kita lebih mabuk maka mulalah bagi peluru kepada musuh.

Berikut adalah tulisan sahabat saya di Kuala Terengganu. Copy and paste lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Amdang, mung kena jawab bagi pihak Terengganu." Sapa seorang kenalan yang merupakan seorang penulis dalam beberapa majalah dan akhbar alternatif menerusi YM!. Juga seorang blogger.

Perkenalan kami bermula ketika PRU 12 lalu dan agak sering juga berjumpa di program-program besar parti. Isu yang beliau maksudkan adalah isu-isu yang melibatkan pimpinan PAS Terengganu diserang, terutamanya yang terbaru isu "Ustaz Abu Bakar Chik menyergah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat".

"Bukan tak nak jawab, tapi nak tengok sejauh mana pembohongan mahu terus dilakukan" Aku menjawab beralasan.

Sebenarnya aku tiada kesempatan untuk menulis bagi menjawab tuduhan yang tiada asas langsung. Sudahlah tiada asas, lebih malang lagi disebarkan pula oleh blogger-blogger lain yang mana langsung tidak menyelidik sumber berkenaan, mahupun mahu mendapatkan kebenaran dari isu yang diperkatakan.

Hari ini, sudah seminggu lebih isu tersebut berlalu. Aku bukan mahu memanaskan isu ini kembali, tetapi aku berasa bertanggungjawab untuk menjawab isu ini dari sudut yang sebenar. Sebenar yang aku maksudkan di sini adalah dengan bertanyakan sendiri orang yang dituduh tersebut.

Alhamdulillah, aku berkesempatan makan semeja dengan Ustaz ABC beberapa hari lalu. Peluang yang ada tersebut aku gunakan untuk bertanya sendiri tentang apa yang dihebohkan oleh blog-blog yang menyerang Ustaz ABC.

"Ustaz, ada blog tulis kata ustaz kata TGNA nyanyuk dalam Mesyuarat Khas baru-baru ni. Betul ke?" Aku mencelah ketika mana dia asyik makan.

"Eh, tak dok" Kata Ustaz ABC menafikan. Dia semacam berfikir semula selepas menjawab.

"Blog mana?" Ustaz ABC pula bertanya.

"Blog XXX.blogspot.com" aku menjawab.

Ketika itu aku difahamkan blog terbabit yang mengeluarkan tuduhan tersebut. Akhirnya aku mendapat tahu sumber tulisan asal dari blog lain. Rasanya tak perlu aku tulis nama blog berkenaan di sini kerana blog berkenaan hanya "copy & paste" sahaja artikel asal.

Aku terbaca juga komen Ustaz Misbahul Munir berkenaan fitnah jahat blog berkenaan, yang akhirnya cuba juga dijawab kembali oleh blog jahat tersebut. Apa yang kelakar bilamana diminta Ustaz ABC sendiri tampil untuk menjawab tuduhan tersebut. Sedangkan Ustaz Misbah sudah mendapat kepastian dari individu-individu lain yang hadir dalam Mesyuarat Khas tersebut tentang tiadanya insiden yang dimaksudkan.

Jika benar ada maklumat, tampilkan siapa yang mendedahkan maklumat tersebut barulah adil dalam membuat pertuduhan. Kenapa nak libatkan semua ahli mesyuarat terbabit bersumpah. Tak logik!. Minta ustaz ABC tampil menjawab pertuduhan pun aku rasa tidak logik. Apakah kerja setiap pimpinan membelek blog setiap hari bagi menjawab setiap tuduhan? Ini lagi tiada kerja!

Betapa mudahnya aku melihat para blogger yang kononnya memperjuangkan kebenaran maklumat "copy & paste" artikel dari blog jahat tersebut. Sudahlah, henti-hentilah menyebarkan dosa dan fitnah.

Mungkin blogger berkenaan 'terfikir idea' Ustaz ABC sergah TGNA selepas melihat Ustaz ABC sergah Prof Dr Aziz Bari.

Wallahua'lam.

Read More...

Bank Negara, SPRM siasat MB Negeri Sembilan - Tian Chua

>> Sabtu, November 14, 2009


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Sri Mohd Hasan yang dikatakan terlibat dengan transaksi ke luar negara bernilai 10juta ringgit.

Ekoran daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan Tian Chua semalam, beliau menegaskan perkara ini harus ditangani segera kerana akan membawa kesan buruk kepada ekonomi Negara ini.

“Bank Negara sepatutnya mempertahankan kepentingan dan keutuhan sistem ekonomi dan matawang kita dan dengan tindakan tindakan orang orang yang berpengaruh yang jelas menentang pengeluaran wang kita.Ini akan merosakkan ekonomi kita",katanya.

Tian Chua turut mempersoalkan sikap berdiam diri kedua-dua pihak berkenaan sehingga kini dan menggesa supaya siasatan telus dilakukan dengan segera.

“Saya percaya tindakan BNM harus adil dan tanpa memihak mana pihak,harus professional untuk mempertahankan sistem kewangan kita”,tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor pagi tadi.

Berdasarkan maklumat yang diperolehinya, jelas menunjukkan peningkatan dalam transaksi haram ini sejak tahun 2006 lagi.

Dalam satu kenyataannya bertarikh 13 November 2009, Tian Chua menyentuh mengenai aktiviti pengiriman wang berjumlah 10 juta ringgit ke luar Negara yang melibatkan Mohd Hassan

Mohd Hassan didapati terlibat dengan pengiriman wang tersebut ke London pada tahun 2008 melalui sebuah syarikat pengurup wang.

Syarikat berkenaan merupakan salah sebuah daripada 20 lsyarikat pengurup wang yang dibatalkan lesennya oleh Bank Negara pada 26 Oktober 2009.

Tiada sebarang sebab diberikan oleh Bank Negara mengenai pembatalan lesen berkenaan.

Read More...

Fitnah media, blog turut tertimpa Tok Guru Nik Abdul Aziz


Saya pun ikut sedih bila Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya dan terpaksa mengecewakan hasrat orang ramai untuk ikut bersama beliau mengerjakan ibadah Haji.

Saya difahamkan Tok Guru Nik Abdul Aziz ditaja sebagai mengetuai atau tarikan dalam soal mengerjakan ibadah Haji untuk satu pakej. Ini sudah tentu mengecewakan orang ramai yang mahu ikut mengerjakan Haji bersama beliau disamping untuk mendapatkan nasihat dan panduan beliau.

Ia langsung tidak ada kena mengena dengan jawatan beliau sebagai Menteri Besar. Tawaran mengerjakan Haji tersebut kerana beliau seorang ulama dan ini sudah menjadi perkara biasa kepada pihak tertentu yang kebiasaannya menganjurkan pakej mengerjakan Haji memberi tawaran percuma kepada satu orang yang bertaraf ulama untuk menarik pakej tersebut.

Kita mahu membicara panjang perkara ini tetapi tidak guna kerana Tok Guru Nik Abdul Aziz telah menarik diri daripada penajan tersebut.

Namun begitu apa yang menyedihkan kita ialah beliau terpaksa menolak sponser Haji itu kerana banyak perbicaraan beliau itu dalam media dan blog sehingga sampai kepada fitnah.

Namun begitu walaupun ia cukup mengecewakan Tok Guru Nik Aziz kerana beliau di tahan oleh Qhuraisy Malaysia tetapi setiap kejayaan ada hikmahnya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz cukup terasa bagaimana teruknya media dan blog memberi pandangan sehingga ke peringkat fitnah berkenaan dengan isu beliau ditaja kerja Haji itu.

Begitu juga perasaan orang lain wahai Tok Guru ku bila Tok Guru menulis dalam blog minta diadakan EGM dan pecat beberapa pemimpin kanan PAS.

Saya tidak kisah kalau Tok Guru luahkan atau arahkan pemimpin tersebut letak jawatan dalam mesyuarat atau Tok Guru sebagai Mursyidul Am PAS sendiri mengemukakan usul supaya puak tersebut letak jawatan.

Perkara dalaman mesti dibincang dalam parti bagi menjaga maruah sahabat kita dalam satu perjuangan yang kita tuduh. Kita tidak boleh terikut stail Prof Dr Abdul Aziz Bari sebab dia tu orang luar... takan makan saman punya kaki.

Bila Tok Guru sejuk selepas mesyuarat khas PAS maka jelas ia membayangkan orang sudah perguna Tok Guru dan kita ada maklumat siapa orang itu.

Jadi kejadian Haji tertimpa pada Tok Guru banyak memberi pengajaran dan tazkirah. Kalau perkara ini tidak tertimpa kepada kita..., kita tidak sedar tetapi bila belaku atas kepala kita... baru kita sedar.

Walaupun begitu sikap media dan penulis blog buat perspesi bermacam-macam ia cukup melukakan hati Tok Guru. Kalau pandangan itu betul tak pa tetapi kalau fitnah, ia akhirnya melukan hati seorang yang kita sayangi.

Media dan blog sudah terikut dengan hujah Prof Madya Dr Hassan Hasbullah tetapi kenapa kita tidak terikut peringatan Presiden PAS, Tok Guru Abdul Hadi Awang bahawa persepsi fitnah haram dan berdosa maka tempat di neraka.

Nik Aziz batal ke Mekah selepas tajaan dipertikai

Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang menteri besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. BERNAMA

Read More...

Gaji Anwar RM1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor


Berapa gaji atau elaun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat sebagai Penasihat Petronas. Tanya la Mahathir berapa dia dapat? Kalau tak kering duit minyak tu buat apa dia dok situ.

Pelik dia ni tak nak berganjak daripada penasihat Petronas sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat keputusan sebagai wang ihsan kepada Kelantan sedangkan sepatutnya royalti. Nak tau lebih tepat kena tanya Tengku Razaliegh Hamzah yang lebih kita kenal Ku Li tu.

Ni ha tengok Mahathir... Najib... Anwar hanya minta gaji RM1 sebulan. Jawatan dia tu bukan koman punya kaki sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Jawatan ni kalau dapat puak-puak pencen Umno ni siap minta RM10 ribu sebulan. Mahu lebih lagi ada puak Umno ni. Baru dinamakan Umno.

Anwar betul-betul hebat. Jiwa dia jiwa rakyat. Perasaan dia perasaan rakyat. Rakyat tengah menderita kesan ekonomi dia ikut terasa. Kat mana mahu cari pemimpin seperti ini.

Umno! ha ha ha makin dia sapu licin duit rakyat ada la. Bukan nak baiki ekonomi tapi nak sapu duit ho ho ho...

Umno oiii.... baca ni..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi Selangor, dengan gaji serendah RM1 sebulan, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Khalid berkata demikian ketika menggulungkan perbahasan belanjawan Bajet 2010 hari ini. Menteri Besar berkata perlantikan Anwar akan membantu menjana ekonomi dan memacu pembangunan Selangor.

Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.

Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.

Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut AccountAbility Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa.

Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.

“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” katanya.

Read More...

Runtuh lagi negeriku: Malunya jadi rakyat Terengganu

>> Jumaat, November 13, 2009


Wahai umat Islam doakan jangan sampai langit di Terengganu runtuh. Sebelum ini kita dengar bumbung masjid dekat Kijal runtuh. Masjid tu baru dibina tak berapa jauh dengan pusat timbang JPJ.

Paling memalukannya dekat dengan pusat pelancongan, tempat main golf di Awana, Kijal. Kat situ pelancong luar dan dalan negeri ramai datang. Ohooo malunya.....

Sebelum tu pulak Stadium bola hok baru bina juga runtuh. Kalau dibuat runtuh masa main bola habis pemain bola Terengganu terpaksa beli lain. Duit lagi...

Kali ni runtuh lagi... Ohhhh negeri ku Kemaman Terengganu...

Penghadang Pendingin Hawa ITC Di Kemaman Runtuh

KEMAMAN, 12 Nov (Bernama) -- Beberapa penghadang alat pendingin hawa Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) di Teluk Kalong di sini runtuh dan menimpa bumbung sebuah lagi bangunan berhampiran dalam kejadian malam tadi.

Menurut seorang pengawal keselamatan di situ, kejadian berlaku dikatakan berpunca daripada tiupan angin kencang dari Laut China Selatan pada musim tengkujuh sekarang.

"Ia berlaku malam tadi dan hanya disedari pagi ini apabila beberapa serpihan besi penghadang jatuh di atas bumbung bangunan yang berdekatan," katanya yang enggan dikenali.

Katanya kejadian itu tidak menimbulkan kerosakan yang serius di mana hanya beberapa keping besi penghadang sahaja yang jatuh.

Semalam Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengumumkan ITC yang menelan belanja kira-kira RM50 juta akan diserahkan kepada Kolej Universiti Institut Teknikal Tinggi Terengganu (TATiUC) dan akan dijadikan fakulti baru iaitu Fakulti Pengajian Siswazah serta Fakulti Kewangan dan Perniagaan TATiUC.

Difahamkan ITC berkenaan yang berkonsepkan Harvard Business School di Amerika Syarikat, mempunyai semua kelengkapan meliputi kemudahan internet tanpa wayar di setiap bilik kuliah.

Ahmad ketika ditemui pada majlis pecah tanah rumah mampu milik di Seberang Takir di sini hari ini enggan mengulas lanjut kerana beliau masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kejadian itu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kejadian kali ini merupakan rentetan 'runtuhan' beberapa struktur bangunan termasuk bangunan kerajaan di negeri ini.

Pada 3 Okt lalu, struktur bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, yang sedang dibaiki runtuh menyebabkan seorang buruh cedera parah manakala dua rakannya mengalami cedera ringan.

Sebelum itu, kejadian bumbung runtuh turut berlaku di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak pada 2 Jun lalu. Selain itu, beberapa siling di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tertanggal pada Julai tidak beberapa lama selepas runtuhan bumbung di stadium berkenaan berlaku.-- BERNAMA

Read More...

Penjajahan konsep baru: Barat guna pemimpin Arab bila tidak mampu guna senjata


Arab identitinya dengan Islam. Begitu pula sebaliknya tetapi apa daya, para pemimpin negara Arab ternyata lebih kejam kepada orang Islam daripada pihak lain, termasuk bangsa Yahudi, kata Mursyidul Am Ikhwan.

Mahdi Akef, berkata pada akhir Oktober lalu, terdapat sebuah konspirasi global yang diracun di tengah bangsa Arab.

“Di negara anda, ada orang yang lebih hina daripada Zionis! Mereka membantu negara jahat (Barat) yang ingin menakluk bangsa kita kerana mereka tidak mampu menjajah dengan senjata, mereka menggunakan cara hina.”

Memang ketika ini, banyak terjadi kejadian di Timur Tengah yang membuat umat Islam terhiris. Di Iran, orang Sunni ditangkap dan dibunuh, sedangkan bangsa Yahudi dibiarkan hidup dengan bebas.

Di Saudi, setiap pengajian akan disiasat dan pengajarnya boleh dipenjara. Di Mesir, aktivis dakwah ditangkap dan dipenjara, bahkan diseksa.

Menurut Mahdi, ketika ini para pemimpin bangsa Arab menjalin hubungan dengan Zionis dan penyokongnya.

“Hal ini berlaku di Mesir, khususnya. Ketika itu saya melihat korupsi, apa lagi yang boleh saya katakan? Saya tidak punya kata-kata untuk menggambarkannya. Hal tersebut merupakan suatu kegagalan dalam segala bidang.” ujar Mahdi.

Mahdi juga mengingatkan tentang keadaan Palestin ketika ini dimana orang dari luar negeri Arab melakukan usaha untuk menghentikan serangan Israel terhadap Palestin sebaliknya Liga Arab dan para penguasa Arab berdiam sahaja.

Namun Mahdi juga tidak lupa menyatakan bahawa semua itu sebagai cabaran dan ujian dan merupakan perkara yang memang harus dihadapi oleh setiap aktivis dakwah di manapun mereka berada.

Read More...

Kalau tidak malu ambil la tawaran So Lek ke Tiong Lai

>> Rabu, November 11, 2009

Presiden MCA, Ong Tee Keat kali ini boleh tarik nafas lega mengelak krisis kepimpinan hasil daripada percaturan baru beliau dengan Chua So Lek.

Beliau dilihat berlepas tangan perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA antara So Lek dengan Liow Tiong Lai.

EGM MCA menolak So Lek menjadi Timbalan Presiden. Tiong Lai kemudiannya dilantik Timbalan Presiden MCA mengisi kekosongan jawatan tersebut hasil keputusan EGM.

EGM juga memutuskan menolak kepimpinan Tee Keat. Hasil keputusan EGM itu, kumpulan Tiong Lai mula mendesak Tee Keat meletak jawatan bagi menghormati keputusan perwakilan.

Sebaliknya Tee Keat yang mula curiga dengan Tiong Lai, mula bekerjasama dengan So Lek musuh beliau sebelum EGM. Ini lah politik...

Kumpulan So Lek merujuk jawatan Timbalannya kepada ROS dan ROS mengesahkan beliau sebagai Timbalan Presiden MCA sah.

Akibatnya jawatan itu mula disandang dia pemimpin So Lek dan penyandang yang baru dilantik Tiong Lai.

Dalam kes terbaru So Lek berkata beliau sedia berundur daripada jawatan timbalan tersebut sekiranya Tiong Lai berjumpa dengan beliau dan menyatakan kesungguhan hendakkan jawatan tersebut.

"Kalau dia bersungguh nyatakan depan saya dia mahu jawatan itu dan komitmen saya sedia serahkan," kata So Lek.

Sebelum itu Tiong Lai berkata bukan jawatan yang direbut tetapi perlu kembali kepada demokrasi.

Majoriti Jawatankuasa MCA juga mahukan So Lek sebagai Timbalan Presiden MCA.

Soalnya adakah Tiong Lai tidak malu atau sanggup tebal muka kalau mahukan jawatan tersebut.

Kita ikuti cerekarama MCA selepas EGM seterusnya...

Read More...

Mungkin Khalid Samad je yang baiah talak ni, PAS tak arah pun

Malam tadi jumpa kawan bertanyakan tentang baiah orang PAS yang mahu bertanding Parlimen atau Adun. Baiah dengan taklik talak tiga sekarang banyak diperkatakan di media.

Pemimpin PAS baik Mursyidul Am dan Presiden menafikan adanya arahan rasmi supaya berbaiah dengan cara tersebut.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menulis diblog tentang baiah tersebut.

Saya tidak hairan kalau Khalid boleh menulis mendedahkan isu tersebut kerana dalam ceramah beliau semasa isu lompat parti di Perak menyebabkan kerajaan pakatan rakyat (PR) tumbang kepada Barisan Nasional (BN), pernah bercakap mengenai perkara yang sama.

Mohamad Sabu pun ketika berceramah ketika itu turut membicarakan isu yang sama. Bukan mahu salahkan mereka berdua tetapi itu menunjukkan kekuatan PAS yang tidak mudah dibeli oleh Umno. Memang kerja dia nak jatuhkan orang je.

Saya beritahu kawan saya tersebut, saya rasa mungkin Khalid atau beberapa orang yagn berbaiah cara tersebut. PAS tak arah pun tetapi mereka rasa atau bimbang dengan cabaran masa depan boleh menyebabkan parti jatuh mungkin mereka bersedia membuat pengorbanan dengan baiah seumpama itu.

Kalau Khalid boleh tulis perkara tersebut diblognya itu hak dia dan mungkin dia sahaja yang berbaiah seumpama itu. Jangan pula hendak tuduh PAS arah mereka yang nak bertanding kena berbaiah seperti itu.

Lagipun apa salahnya orang-orang ini melafazkan untuk menandakan hebatnya pengorbanan mereka kepada parti dan perjuangan. Dan pengorbanan ini tidak ada pada parti lain. Sebab itu PAS sukar digugat.

Namun begitu Tok Guru Abdul Hadi Awang ada kata semasa menggulung perbahasan di seminar perkukuhan PAS di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, 7 November lalu.

Katanya, PAS berbaiah dengan mereka yang mahu menjadi calon wakil rakyat tentang dosa besar kepada mereka lari daripada perjuangan. PAS juga memberi amaran menakutkan pembalasan keazaban nereka di akhirat bila mengkhianati perjuangan.

Amaran seumpama itu sesuai dengan dakwah Nabi saw mengingatkan umatnya tentang azab yang menggerunkan, tentang dosa dan keindahan serta kerahmatan bagi mereka yang setia dengan Islam.

Read More...

Sapa larang Tok Guru Nik Abdul Aziz tulis blog

>> Selasa, November 10, 2009

Ini satu lagi jenis pensyarah kutip maklumat tepi jalan. Harap Hamirdhin dapat penjelasan sebenar daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau yang menyebut tentang Tok Guru Nik Abdul Aziz tulis blog.

Jangan dengar cakap orang yang tidak jelas apa sebenarnya yagn dikehendaki pemimpin. Kalau lihat Hamirdhin ulas harakah tidak laku jadi boleh nilai la kat mana dia dapat maklumat. Tidak hebat sangat orang seperti ini kutip tepi jalan. Jangan sampai pengemis tepi jalan sudah la. Tentang tuduhan harakah tidak laku tu ada statistik. Kalau orang seperti Hamirdhin tidak mahu terikut-ikut perspesi buruk carilah maklumat semua akhbar harian yang lain. Laku ke tidak laku.

Tiada sesiapa yang melarang mana-mana pemimpin untuk menulis blog tetapi tulisan dalam blog mereka janganlah menceritakan hal mesyuarat parti dan hal dalaman parti. Sebagai pemimpin yang mempunyai kuasa tertinggi tidak perlu menyuarakan perkara dalaman parti dalam blog. Ini akhlak jemaah. Pemimpin boleh tegur secara terus kepada mana-mana pemimpin PAS yang mereka rasa tidak betul dengan parti melalui mesyuarat parti.

Ini akhlak. Jadi tidaklah yang dituduh suruh orang ini letak jawatan dibicara secara umum hingga orang Umno pun tahu.

Tengok blog Perdana Menteri satu malaysia tu ada ke dia cerita keburukan Mahathir. Ada ke dia mengumpat pemimpin Umno lain atau timbalannya. Jadi biar lah kita waras...

Read More...

Peningkatan perceraian umat Islam daripada perspektif berbeza

Pagi tadi sempat juga minum di kedai roti canai Bang Ajiz dekat Masjid Syaidina Ali, Kampung Padang Balang, Gombak.

Ada beberapa kawan masjid sedang sembang dengan Pak Imam. Kata Pak Imam dekat Wilayah ni pasangan umat Islam bercerai tinggi macam mana hendak tunjuk pada agama lain bahawa institusi perkahwinan kita bagus.

Sambut pula Ustaz Mohd Nor, katanya dekat Selangor kenapa ramai bercerai? Beliau yag mengemukakan soalan beliau juga menjawab katanya: "Sebab artis ramai. Hari ini kahwin esok cerai..."

Ya ke....

Perbualan mereka pagi tadi tu berkisar laporan akhbar seorang suami berusia 70 an membunuh isteri kerana menuntut cerai. Nampak dalam gambar lelaki itu berkupiah dan bergari ditahan polis untuk siasatan.

Jangan sangka ya, Orang lelaki tua itu pun melampau-lampau kasih sayangnya. Si isteri yang jadi mangsa bunuh tu pula dikatakan sudah 11 kali kahwin. Hai minat kahwin cerai pulak. ada kelainan sikit ni apa yang dia minta tentang kahwin.

Tinggallah kisah tu kita masuk perbincangan imam tadi. Saya sempat juga mencelah kenapa perceraian umat Islam tinggi berbanding agama lain walaupun perbincangan ini tidak ada statistik tepat.

Kata saya mungkin Imam melihat sikap orang Islam tetapi saya melihat perceraian tinggi adalah juga kerana umat Islam mengelak daripada berzina. Mereka berkahwin tetapi kemudian cerai.

Saya ada statistik punca utama penceraian kerana tidak ada keserasaian. Alasan mudah. Kenapa? Sebab kemungkinan lelaki mahu kahwin lain. Bila tidak dapat berpoligami maka dia ceraikan isterinya dan dapat kahwin lain.

Orang bukan Islam bila dia kahwin tetapi dalam tempoh perkahwinan itu tidak ada jaminan suami atau isteri terpikat pada yang lain. Tetapi dalam agama lain mereka tidak terikat dengan dosa sebab itu mereka boleh simpan perempuan atau perempuan boleh simpan jantan. Setengah tu amal kebebasan seks. Jadi kes perceraian kurang tetapi dalam soal memenuhi seks mereka bercanggah dengan hukum.

Sebab itu orang Islam mengelak daripada amalan seperti itu. Bagaimana pun tidak dinafikan setengah umat Islam sama juga tingkah lakunya seperti orang bukan Islam itu. Jadi rumah tangga mereka selamat.

Ada juga umat Islam yang mempunyai tingkah laku seks seumpama itu tetapi terperangkap dengan pencegah maksiat maka runtuh la rumah tangga dan kahwin lain pulak. Meningkat lagi statistik.

Saya minta maaf la kerana saya melihat perspektif berbeza kerana salah sebab meningkat cerai kerana hukum Islam tidak boleh berzina.

Saya bukan menyalahkan hukum itu tetapi melihat kepada situasi orang muda zaman sekarang yang lebih terdedah kepada bahan seks serta perempuan cantik yang tidak menutup aurat maka orang lelaki boleh jatuh cinta lagi.

Suasana negara yang lebih mengamalkan monogami maka poligami suatu yang dianggap tidak berapa baik. Jadi cara mudah orang lelaki bercinta lagi cerai yang dirasa tidak serasi dan kahwin lagi. Kan meningkat tu statistik.

Ini persepsi dan bagaimana pandangan anda...

Read More...

Pemimpin Umno kalau diba'ah talak tiga suka sangat la

Ini salah satu beza PAS dengan Umno, kalau betul dakwaan orang PAS nak bertanding Parlimen atau Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) kena baiah talak tiga.

Kenapa PAS begitu berani buat baiah seperti itu kalau betul la. Ini kerana institusi kekeluargaan PAS amat kuat.

Kebiasaan umum masyarakat orang lihat lelaki bila dah kawin kalau ada peluang cerai dengan isteri suka sangat la kerana dapat peluang cari baru.

Kasih sayang dan `aku cinta mu' bukan hanya dipandang melalui luahan seperti yang kita sering tengok dalam cerita orang putih tu. Sebaliknya orang PAS mengamalkan apa dia kasih sayang dan ia tidak mudah tergugat dengan apa sekalipun.

Jadi persatuan NGO wanita tidak usah gusar la kalau PAS ada buat macam tu kerana ia menambah dan memperkukuhkan institusi keluarga orang PAS tetapi kalau Umno saya tidak jamin la.

Cara ini juga bukan mempersenda wanita atau menjadi wanita barang taruhan. Kalau orang lihat ia barang taruhan sekalipun pada pandangan orang PAS ia bukan taruhan isterinya tetapi keluarganya.

Orang PAS ni pada dia isteri dia itu bukan orang asing. Ia sudah satu keluarga. Satu institusi senang susah bersama. Malah boleh dikatakan dua perasaan yang dibentuk bersama menjadi satu. Bukan sebagaimana persepsi NGO wanita yang lihat isteri sebagai satu pengasingan dengan suami dan bila-bila masa isteri jadi mangsa korban suami.

Jangan NGO wanita lihat seperti itu tetapi kita pun tidak mahu salahkan NGO wanita ini kerana mereka berpengalaman bersama Umno. Sebab pemimpin Umno suka je ambil peluang kalau dapat cerai isteri tapi kalau dia tak berani nak cerai isteri dia... dia boleh cari luar. Kalau ikut PAS yang buat baiah macam tu mudah la nak kawin yang luar tu. Nak poligami tak berani.

Cuba la orang Umno kalau dia jadi pembangkang dia buat baiah seperti itu, barangkali ramai isteri pemimpin Umno jadi janda kerana perangai orang Umno memang dia suka kerana mahu cari lain sebagai ganti.

Namun begitu Umno tidak perlu buat baiah seperti itu kerana dia tahu orangnya tidak akan lompat parti. Pasal dia parti memerintah dan duit banyak.

Ada satu kes yang berlaku di Perak, seorang wakil rakyat Umno lompat masuk PKR sebelum kerajaan pakatan rakyat dirampas BN. Sebaliknya Adun itu masuk Umno balik. Entah la kerana apa. Mungkin juga diugut...

Read More...

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP