Ramai yang kata lepas naik PM, Najib Tun Razak bukan main baik lagi. Lepas 13 tahanan ISA daripada Hindraf dan Jemaah Islamiyah (JI).
Dua akhbar yang digantung 3 bulan ditarik serta merta berkuatkuasa malam ni. Heh apa kena kau Najib. Pandai betul kau berlakun.
Siapa sebenarnya yang nak gantung terus sampai putus leher. Hilang nyawa kalau tidak kau ke Najib? Sebelum pegang PM.
Siapa yang nasihat kau sedemikian rupa tarik balik pergantungan Harakah dan Suara Keadilan. Baiknya hati kau lepas 13 tahanan ISA.
Bukankah kau yang mahu harakah dan suara keadilan rakyat diharam terus. Nasib baik ehsan Pak Lah tak mahu kedua akhbar tersebut digantung terus sampai tak bernyawa dan terus berkubur.
Jadi Pak Lah ni sebagaimana kata Prof Dr Abdul Latif Ibrahim suka sikap Pak Lah yang terbuka.
Cara Najib ambil alih pemerintahan cuba menutup kebebasan bersuara. Isu Altantuya dan kerajaan Perak tidak boleh sentuh dalam pilihan raya kali ni. Kenapa ya?
Siapa yang buat arahan kalau tidak kedua isu tersebut kau yang dikaitkan peranan.
Kita harus ingat... ingat kata slot kartun. Najib tu pernah tabur gula tepi bibir masa pilihan raya umum tahun lalu.
Dia kata minyak tak akan naik selepas pilihan raya bila pembangkang serang dengan isu kenaikkan harga minyak.
Alih-alih bulan Mei lepas tu naik minyak. Mengamuk habis rakyat Malaysia kerana dibohongi Pak Najib.
Siapa yang undi BN masa tu bukan main lagi nak marah. Pasal minyak naik paling dasyat.
Habis semua harga barang ikut naik.
Letih rakyat Malaysia dibuatnya kerana gaji orang Malaysia bukan besar sangat. Bekas Menteri Luar Bandar, yang kawin dengan perempuan Melayu tercantik tu, Datuk Azmi namanya merungut kat dewan rakyat katanya semasa jadi menteri kita tak tahu terasa bila lalu jalan tol.
Tetapi sejak tidak jadi menteri, baru kita rasa tertekannya bayar tol.
Itu YB bagaimana kita yang gaji sekupang dua ni.
Saya kali ini ada kat Bukit Gantang. Insya Allah ada isu saya akan update blog untuk tatapan semua.
-
0 comments:
Catat Ulasan