Bermula tindakan Umno merampas kerajaan pakaran rakyat di Perak. Lakonan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memangsakan wakil rakyat pakatan rakyat.
Tindakan SPRM yang terlalu cepat betindak terhadap wakil rakyat pakatan rakyat. Akhirnya arahan atasan Umno ini memakan diri sendiri.
Menjadi hak pakatan rakyat mengarahkan wakil rakyat meletak jawatan sekiranya terdapat bukti terlibat dalam rasuah untuk menjaga nama baik pemerintah pakatan rakyat dan parti daripada pakatan rakyat.
Peraturan moral ini tidak berlaku dalam Umno kecuali dalam perkara yang sudah tidak dapat dielak apabila pembangkang mendedahkan kes tersebut dalam parlimen seperti kes bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik. Bagaimanapun Rahim sekarang masih cergas dalam politik Umno.
Umno mahu menjatuhkan pakatan rakyat melalui tuduhan rasuah terhadap wakil rakyatnya. Maka lakonan dengan menggunakan orang-orang tertentu dibuat bagi memerangkap wakil rakyat tersebut.
Seperti yang berlaku kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) Behrang dan Changkat Jering. Sebaliknya bila kedua Ahli Dun ini keluar pakatan rakyat kesnya menajdi perlahan. Begitu juga kes Mohammad Firus, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.
Ini jelas mengambarkan perancangan Umno.
Apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat, Najib pula jadi gelabah. Mungkin maksudnya tidak sampai kepada perletakan jawatan kerana BN boleh menawarkan wang berjuta ringgit. Sebaliknya wakil rakyat pakatan bermaruah dan tidak mudah dibeli.
Jadi Najib makin melopong.
Sekarang ini dah mula umum tak mahu bertanding. Kenapa? Takut kalah ke?
Tidak pernah berlaku dalam sejarah BN
Jika benar Najib tidak mahu melawan, ini bererti berlaku sejarah luar biasa dalam Barisan Nasional (BN).
Ini kali pertama dalam sejarah BN mengaku kalah sebelum berjuang. Jadi sahlah Perdana Menteri ke enam tidak lah sehebat sangat pun.
Pak Lah walaupun dikatakan lemah tetapi berani hadapi musuh. Najib dikatakan lebih hebat daripada Pak Lah tetapi amat penakut.
Najib jangan jadi macam sepupu kamu Hishamuddin berani ditempat sendiri tapi tak berani temu musuh.
Tengok macam Nazri Abdul Aziz tu, Menteri Jabatan Perdana Menteri berani bila ada yang cabar dia berdebat.
Walaupun dia bawa hujah yang lekeh tetapi itu beraninya Nazri. Jangan jadi berani tidak bertempat sudahlah Nazri.
Satu lagi yang berani Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Chik. Ini lebih kurang sama dengan Nazri.
Najib kenapa kamu tidak berani. Atau banyak isu Altantuya dibicarakan dalam pilihan raya kecil? Pakatan rakyat ini baik tidak cakap pun isu Altantuya tetapi meminta kamu saman akhbar perancis yang tuduh kamu macam-macam .
Malu kami ni sebagai rakyat bermenterikan seperti yang dituduh akhbar tersebut.
Kalau kamu tidak saman kamu sudah dichop sebagai pembohong nombor dua negara selepas Mahathir.
BN perlu rebranding
Memang betul juga kalau sudah tidak lahir pejuang dalam Umno maka perlulah BN tukar nama lain.
Cadangan bekas Presiden Gerakan, Kheng Yeik tu bagus juga. Carilah nama baru supaya boleh pulih BN tu.
Itu pun kalau rakyat masih setuju sebab hok duk dalam tu hok yang sama. Orang tak ubah cuma yang nak ubah tapak dia.
Apa sebenarnya yang busuk tapak dia ke atau orang dok dalam tapak tu?
Daam keadaan macam teringat kita kepada novel Shahnon. Kalau sudah shit tu tukarlah tapak lain pun tetap tinggal shit membusuk dan amat membusukkan.
-
0 comments:
Catat Ulasan