Bukit Gantang: Zairah pengundi berbilang kaum

>> Sabtu, April 04, 2009

Rasanya lebih seronok berkempen di kawasan yang mempunyai penduduk berbilang kaum daripada satu kaum iaitu hanya Melayu sahaja.
Terus terang dalam pengalaman berkempen ini kali pertama saya menemui pengundi daripada kaum India dan Cina.
Sebelum ini lebih majoriti kaum Melayu.
Bezanya ialah perasaan kita. Kalau selama ini berkempen majoriti Melayu kita agak kebimbangan kerana mungkin berdepan dengan tuan punya rumah yang garang daripada Umno.
Ini memang sering berlaku. Kena maki itu biasala tu.
Sebaliknya kali ini kami menemui ramai kaum Cina dan India di Taman Kaya, kawasan peti undi Simpang Setia dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Changkat Jering.
Apa yang seronok mereka sambut dengan lebih mesra daripada orang Melayu. Malah kita boleh mengajak mereka berbual tentang politik.
Contoh saya cuba mencungkil isu Najib, PM baru bebaskan 13 tahanan ISA termasuk tahanan Hindraf.
Namun begitu India tersebut masih menampakkan keraguannya terhadap PM baru. Ini kerana kata beliau masih ada tiga lagi yang belum dibebaskan.
Maknanya pembaharuan politik Najib masih diragui oleh India.
Sementara kaum Cina pula cukup tidak suka dengan BN kerana mereka menjatuhkan kerajaan mereka sebelum ini yang menang secara demokrasi.
Sebaliknya orang Melayu yang ditemui cuba menunjukkan taringnya sebagai orang Umno. Bila ditunjukkan gambar Nizar dan minta bliau beralih sokong PAS, belau berkata: "Tak kenal pun (merujuk kepada gambar Nizar yang kami tunjuk)."
Saya sempat sindir: "Aik baru sebulan dua tak jadi MB dah tak kenal."
Dalam hati berkata apa punya budi manusia seperti ini. Hendak menunjukkan kebencian dengan sikap melampau da fanatik Umno.
Seorang lagi Umno yang ditemui bagaimanapun menyambut dengan mesra. Saya kata: "Kami datang hendak berkempen menyokong Nizar dalam pilihan raya kali ini."
Bagaimanapun dengan senyum beliau mengakui: "Saya Ahli Jawatankuasa Umno di sini."
Saya tambah: "Takkan mahu buat perubahan kali ini."
Dia kata: "Tak apalah." sambil ketawa.
Berkempen dengan mereka yang mempunyai pemikiran terbuka cukup seronok dan ia bukanlah satu yang menakutkan.
Sebaliknya yang mengugut kita ialah kenderaan polis yang kerap melali tempat kami berkempen.
Mungkin mereka dapat maklumat Umno. Sebaliknya mereka ini datang bukan mahu jaga keselamatan tetapi cuba menakutkan dan lebih menjaga Umno.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP