Najib kau naik secara berhikmah kenapa Perak kau kacau punah ranah

>> Sabtu, April 04, 2009

Kita ni nak marah tak habis-habis dengan Najib. Ini isu terbaru beliau angkat sumpah jadi PM.
Agaknya la kalau Pak Lah tak letak jawatan, Najib akan sapu macam kat Perak ke.
Boleh ke macam tu?
Bagi Najib apa pulak tak boleh. Boleh buat perjanjian sulit dengan sultan. Apa payahnya.
Kalau tak ikut peraturan dan perlembagaan tidak pula dipanggil Umno.
Sebaliknya Pak Lah letak jawatan PM. Jadi esoknya Najib angkat sumpah jadi PM. Itulah peraturan. Itulah undang-undang. Itulah perlembagaan.
Kalau ikut semua tu kan tidak bergaduh. Selesai masalah di Perak.
Jadi bila Nizar, menteri besar Perak tidak letak jawatan maka tidak berlaku perlantikan menteri besar baru.
Yang peliknya ada sorang tu berpendidikan phd (dr) tapi otak letak kat lutut. Tidak bermaruah, tidak bermoral dan tidak tahu malu boleh terima jadi menteri besar sedangkan Perak masih ada Menteri Besar.
Isu Najib naik jadi PM itulah yang patut dicontohi Perak. Bukan main rampas kot dan je.
Misal katakan Pak Lah tidak letak jawatan maka selagi itu Najib tidak boleh diangkat jadi PM.
Takkan hal ini tidak difahami Umno. Atau sengaja mahu menimbulkan huru-hara dan kacau bilau di Perak.
Tidak mahu menghormati rakyat. Mahu berkuasa cara mudah. Biar rakyat marah sekali pun, tidak kesah yang penting aku berkuasa.
Inilah Umno. Bagi dia menyalahi undang-undang dikira betul. Rasuah politik wang malah macam-macam istilah diguna dalam rasuah semata-mata mahu menghalalkan rasuah golongan mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP